Bab 7🥀

1.7K 298 85
                                    

Where are you?



JUNGKOOK melirik ke luar cell, cahaya matahari sudah naik diatas kepala menandakan waktu itu sudah hampir masuk tengah hari.

Mereka sudah keluar rehat jam 9 pagi tadi dan sepatutnya dia berada didalam bilik kaunseling sekarang.

Namun dari tadi dia menunggu, namanya langsung tidak diseru untuk keluar dari cell dan menemui gadis itu. Heum...

KLENG!

Pintu jeriji besi disamping cellnya dibuka, Taehyung baru saja selesai dileteri oleh penasihatnya. Wajahnya lelaki itu masam mencuka bila tubuhnya ditolak masuk kedalam cell.

"Eh? Kau tak keluar cell, Kook?" soalnya dengan dahi yang berkerut. Dia mengesot perlahan agar berada dekat dengan lelaki itu. Jungkook cuma mendiamkan diri, cebisan kain yang melilit di tapak tangannya dibuka sebelum dia ketatkan lagi.

"Oh ya, aku perasan yang awek doktor tu macam tak datang pula hari ni. Dia tak ada masa meronda dekat kantin tadi." ucap Taehyung seraya menyandarkan tubuhnya di jeriji besi tersebut.

"Kau rindu dia eah? Sebab tulah dari tadi membisu je. Macam orang bisu je aku tengok." ujar Taehyung lagi. Jungkook masih kekal mendiamkan diri, matanya merenung lantai simen yang penuh dengan contengan kata- kata kesat.

Mungkin hasil tangan dari bekas banduan sebelum dia.

"Aku nak pergi tandas." Jungkook menggoncang jeriji besi yang ditempatnya hingga seorang pegawai penjara datang. Rimas dengan bunyi besi yang membingitkan telinganya.

"Apa kau nak, budak?"

"Aku nak ke tandas. Keluarkan aku."

"Tch, menyusahkan betullah kau ni." ucap lelaki itu sebelum mengeluarkan segugus kunci lalu membuka pintu jeriji besi milik Jungkook itu.

Jungkook melangkah mendahului pegawai tersebut menuju ke tandas yang terletak di hujung bangunan. Dua orang pegawai penjara mengiringinya, agar tak berlaku kes seperti tempoh hari.

Yalah, seorang pegawai penjara cedera kerana Jungkook menumbuk mukanya tanpa sengaja.

Hasilnya, lelaki itu terpaksa dilarikan ke hospital kerana pembuluh darah yang pecah dibahagian leher yang Jungkook cekik terlebih dahulu.

Eish, bukan calang- calang banduan bernama Jeon Jungkook.

"Eo, kau pun nak melabur ke?" soal seorang banduan lelaki sebaik Jungkook melangkah masuk kedalam tandas tersebut.

Banduan lelaki berambut perang yang dikerjakan oleh dia dikantin tempoh hari.

"Aku masih tak puas hati dengan kau. Disebabkan doktor perempuan hari tu, kau hampir patahkan tangan aku, tau? Apa hubungan kau dengan dia?" soal lelaki itu.

Jungkook cuma mendiamkan diri, wajahnya dibasuh.

"Oi- akh! Jangan! Aku minta maaf!" lelaki itu mengerang sakit bila Jungkook menarik tangannya lalu memulasnya ke belakang. Jungkook menolak tubuh lelaki itu agak kasar.

"Kau ni kenapa? Frust ke sebab doktor perempuan tu tak datang hari ni? Aku pun frust weh sebab tak ada benda yang nak diusya- Akh! Kali ini aku minta maaf!"

Buk!

Satu tumbukan melayang mengenai batang hidung lelaki itu. Sah, mood Jungkook swing sangat hari ini.




___________________





AYLIN mencelikkan matanya, cahaya lampu yang terang benderang menyilaukan pandangan matanya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Lelaki itu tak ada disana.

Aylin mengeluh lega bila dia masih mengenakan pakaian ditubuhnya. Dia cuma takut yang lelaki itu bertindak gila dengan memperkosanya.

Aylin merenung ke arah bekas makanan yang diletakkan diatas meja di ruang tamu tersebut. Matanya menoleh ke arah jam dinding bulat yang besar, sudah masuk pukul 7 malam.

Hurm...

Dia tak tahu lelaki itu sedang berada dimana. Namun dia yakin, Jaehyun tak jauh dari tempatnya berada.

Dia akui yang bekas tunangnya itu begitu mencintainya, namun cara lelaki itu meluahkan perasaannya begitu ekstrim. Jaehyun langsung tak suka melihat dirinya bergaul dengan lelaki, walaupun lelaki itu adalah kawan sekerjanya.

Jaehyun akan bertindak mencederakan Aylin ataupun sebaliknya kerana cemburunya sudah naik ke ubun- ubun.

"Aylin?"

Aylin sedikit tersentak bila namanya diseru lelaki itu. Bibirnya diketap bila tubuh Jaehyun yang basah kuyup itu memasuki rumahnya, mata lelaki itu merenung tepat ke mata Aylin membuat gadis itu sedikit gugup.

"Aku basah..."

"Sa- saya ambil awak tuala." ucap Aylin, bingkas dia bangun bagi mendapatkan tuala untuk lelaki itu, namun secara drastik tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

"Jae- Jaehyun?"

"I ain't need any towel, you're enough for me." bisiknya sebelum pelukan dieratkan.

Aylin mengetap bibir. Dia sudah mengenal Jaehyun agak lama dan lelaki itu mempunyai dua keperibadian. Kadang kala Jaehyun boleh jadi seperti malaikat maut yang akan mencabut nyawanya bila- bila masa saja.

Dan keperibadiannya yang kedua adalah Jaehyun yang ini...

.

KORANG NAK

JAEHYUN OR JUNGKOOK?

50 comment to unlock next chapter. Huehue.

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now