Bab 10🥀

1.5K 337 103
                                    

[Zon larangan silent reader]
















Hello again.










"SELAMAT pagi, Cik Aylin." sapa salah seorang pegawai penjara seraya menundukkan badannya. Aylin hanya membalas dengan senyuman.

Hampir saja dia terlajak tidur tadi. Nasiblah alarm yang dia pasang berkesan dari membuatkan dia bangun lambat. Kalau tak, tambah cutilah jawabnya.

Entahlah kenapa, walaupun dia sudah bekerja disitu beberapa hari, namun hari ini terasa seperti dirinya baru sahaja masuk bekerja.

Kot doktor yang dikenakannya dia kemaskan, beg tangan yang hampir jatuh ke lengan dia naikkan ke atas bahu. Aylin nampak bersemangat untuk masuk kerja hari ini.

Kenapa?

Entah.

Dia sendiri tak pasti. Semangat dia hari ni lain macam. Heum!

"Eh, Doktor Aylin. Selamat pagi!" sapa Doktor Hyunjin yang kelihatan baru saja melangkah masuk kedalam pejabat kecil di sudut bangunan tersebut. Aylin menundukkan badan sebagai tanda menyapanya.

"Apa cerita ni Cik Aylin? Kenapa lama sangat tak datang penjara? Sampai ada banduan yang rindukan Cik Aylin kita yang cantik ni." ucap Hyunjin lagi. Dia menghulurkan secawan kopi kepada gadis itu.

Aylin mencapainya tanpa banyak soal. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

"Personal problem je."

"Sharelah sikit."

Aylin mengetap bibir, cawan kertas kopi berjenama Mcdonald itu dibelek- beleknya. Sedikit teragak- agak mahu berkongsi kisah hidupnya kepada orang yang baru dia kenal.

"Em... bekas tunang saya. Dia baru keluar penjara beberapa hari atas sebab cubaan untuk mencederakan saya. Saya fikir dia dah berubah, but no.

Dia cari saya lepas dia keluar penjara and thats why saya tak dapat datang kerja beberapa hari sebelum ni." terang Aylin.

"Lah bekas tunang ke? Orang psycho macam tu memang layak duduk dekat rumah sakit mental je." ucap Hyunjin seraya menghirup kopinya yang masih tersisa didalam cawan. Aylin cuma tersenyum hambar.

Dia tak dapat nak bayangkan macam mana lelaki kacak seperti Jaehyun masuk dalam hospital sakit mental? Hshshshsh, i cant imagine it!

"Tak apalah, semuanya dah settle kan? Bekas tunang awak pun dah masuk penjara. Serve him right." ujar Doktor Hyunjin lagi. Cawan kertas itu dibuang kedalam tong sampah. Aylin memberi respon dengan sebuah anggukan saja.

"Oh ya, Aylin. Hari ni ada seorang banduan masuk. Dia dilaporkan polis atas kesalahan penderaan dan cubaan untuk mencederakan tunang dia." ucap Doktor Hyunjin.

Kot doktor yang digantung di penggantung baju ditepi kabinet milik lelaki itu dicapai lalu dipakai.

"Oh ya? Awak ada data pasal banduan baru tu? Saya nak tengok, mana tahu boleh saya boleh tolong dia dan saya tahu serba sedikit pasal diri dia."

"Boleh je. Ni." sebuah fail berisi data maklumat banduan baru itu diberikan kepada Aylin.

Nampak saja wajah lelaki yang terpampang di kertas tersebut, mata Aylin membulat besar.

"Jung... Jaehyun?"

"Ya, kenapa? Takkan awak terpesona dengan muka kacak dia pula?" Hyunjin berseloroh sebelum ketawa dengan lawaknya sendiri.

"Dialah bekas tunang saya."

"Mwo?"


. . .




JUNGKOOK memerhati setiap gerak geri banduan baru itu. Tajam saja pandangan matanya menancap ke susuk tubuh idaman milik lelaki itu.

No, no.

Bukan dia nak admire ke apa. Tu, tu yang Aylin dah kenapa rapat sangat dengan banduan baru tu? Rimas tahu tak?!

"Wuuu banduan baru. Lelaki kacak pula tu." ucap Taehyung seraya melabuhkan punggung disisi Jungkook. Pandangan matanya dilirikkan kepada Jungkook yang kaku.

"Kau usha banduan baru ke atau kau usha doktor perempuan tu?" soal Taehyung, sengaja mahu menarik perhatian Jungkook. Waktu rehat mereka sekarang harus dinikmati agar tak kelaparan pula dalam cell nanti.

Walaupun makanan yang terhidang taklah sesedap makan KFC atau Mcdonald tapi sekurang- kurang perut terisi.

"Kau rindukan doktor perempuan tu kan? Sekarang dah ada depan mata, kan? Kenapa kau tak ngap je?"

"Ngap apa Tae?" soal salah seorang banduan. Tak sangka pasang telinga juga mereka ni.

"Ni anak Jeon sorang ni dah jatuh hati dekat doktor perempuan tu. Dah ada dekat depan mata kan? Ngap jelah!" balasan Taehyung buatkan beberapa orang banduan yang mendengarnya ketawa besar.

"Wuuu bang Jeon sado kita jatuh cinta rupanya!"

"Dahlah aku tak selera nak makan." ucap Jungkook. Bingkas dia bangun dari duduknya seraya membawa pinggan ke sinki.

Jungkook memasukkan kedua tapak tangannya kedalam poket baju. Bila dah tak ada selera makan ni, mood dia pun mudah swing.

Jadi apa kata Jeon cari punch bag?

"Oi-"

"Jeon Jungkook!" panggilan dari seseorang serentak buatkan dunia Jungkook terhenti seketika. Dalam gerakan lambat dia menoleh, wajah ceria Cho Aylin buatkan hatinya kembali bercelaru.

"Annyeong." sapa Aylin dengan senyuman manis.

"Apa?"

"Kenapa pipi awak lebam tu? Awak bergaduh lagi?" soal Aylin, bila jari Aylin hampir menyentuh pipi Jungkook, dengan pantas lelaki itu menjarakkan dirinya.

"Tak ada apa- apalah. Jangan sibuk. Dahlah aku nak masuk cell-"

"Jungkook."

Lengan lelaki itu ditahan membuatkan langkah kaki Jungkook tergendala.

"Apa lagi?"

"Nah plaster untuk luka di pipi awak tu. Ambilah!" tapak tangan Jungkook ditarik lalu plaste diletakkan ditapak tangan lelaki itu.

"Jumpa awak di kelas nanti." ucap Aylin, pegangan tangannya di lengan Jungkook dilepaskan sebelum dia melangkah pergi. Jungkook tetap kaku. Plaster ditangannya dipandang lama.

"Wuuuuu amacam perasaan bila jumpa crush tadi?"

"Diamlah."






.


Grrrr

[C] Fix me, Doctor! ✓Where stories live. Discover now