Do you ever
feel unwanted?"ALRIGHT, Mr.Jeon, suka atau tidak, awak akan di kaunselingkan oleh saya hari ni. Senyum sikittt" dengan girang Aylin berkata seraya memaparkan senyuman paling manis dihadapan lelaki berhati kering tersebut.
"Huh.. awak betul- betul tak nak berikan saya peluang ke?" soal Aylin bila tak kunjung menerima respon dari lelaki tersebut.
Aylin cuma menerima jelingan dan keluhan kasar saja.
Why tho.
"Tak pelah, saya berikan awak sekeping kertas. Awak lukis apa yang saya minta okay Mr.Jeon?" lembut saja Aylin menyoal seraya meletakkan sekeping kertas dihadapan lelaki itu berserta pensil.
"Jungkook? Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?"
"Bisinglah!" tengking Jungkook bila halwa telinganya terasa bingit mendengar bebelan gadis itu.
"Kalau awak tak nak dengar saya membebel, buat apa yang saya minta! Nah, ambil pensil ni!" Aylin meletakkan pensel ditapak tangan Jungkook. Perasaan geram yang mula menguasai dirinya cuba dikawal.
"Sekarang, cuba lukis seorang manusia. Tak kira lelaki atau perempuan." arah Aylin seraya melabuhkankan punggungnya diatas kerusi. Kertas yang tersisa diambil lalu dijadikan kipas tangan.
Geram, panas!
Jungkook melepaskan keluhan, agak lama pensel yang berada didalam pegangan tangannya itu pegun akhirnya dia memilih untuk mengikutu arahan doktor perempuan tersebut.
"Kalau awak nak lukis orang lidi pun saya terima, asalkan dia serupa dengan manusia. Yakan?" ucapan gadis itu tidak mendapat sebarang respon dari Jungkook.
Dia melakar gambar seorang lelaki yang secara tak sedar merupakan dirinya sendiri.
"Okay, lepastu. Cuba bayangkan waktu tu hujan lebat. Deras sangat. Persekitaran awak basah dan lembap." ucap Aylin seraya berjalan mengelilingi meja tersebut.
Kedua belah tapak tangan dimasukkan kedalam poket jaket doktornya sambil menunggu Jungkook siap dengan lakarannya.
Lelaki itu nampak agak fokus. Rambut Jungkook yang hampir menutupi mata lelaki itu direnungnya.
Lelaki itu nampak sesuai dengan gaya rambut tersebut. Manbun? Huh. Kalau Jungkook bukan banduan, dah lama Aylin tackle! Bisik gadis itu didalam hati.
"Siap."
"Eo?"
"Aku dah siap lukis. Seronok tenung muka aku?" perli Jungkook seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Aylin terkebil- kebil. Rambutnya sengaja diselitkan pada telinga, sengaja mahu cover.
"Ma- mari saya tengok."
Aylin mencapai kertas lakaran Jungkook tadi. Didalam lukisan lelaki tersebut ada seorang lelaki yang dikelilingi dengan banyak tompok- tompok yang menggambarkan hujan lebat.
Aylin meneliti lakaran lelaki itu sebelum melirik memandang kearah Jungkook. Lelaki itu ikut sama merenungnya.
"Mengikut penelitian saya, dari sudut psikologi, awak seorang yang suka selesaikan sesuatu perkara dengan cepat dan teliti. Buktinya ada dari cara awak melakar lelaki ni." terang Aylin.
Jarinya ditundingkan ke arah lakaran seorang lelaki yang dilukis lelaki itu. Lakaran yang agak teliti, baju dan topi lelaki itu.
"Tapi awak juga seorang yang perahsia dan tak suka didekati orang lain. Buktinya, awak lukiskan topi pada lelaki ni. Topi melambangkan tanda seseorang itu tidak ingin didekati. Lebih- lebih lagi bila awak lukis topi ni tunduk hingga paras dahi." ucap Aylin.
Jungkook cuma terdiam saja. Entah fokus ataupun apa, tapi pandangannya dikunci pada wajah gadis itu. Seakan sesuatu mengacau jiwanya.
"Terakhir, awak seorang yang dipenuhi dengan tekanan yang berpanjangan. Disebabkan awak ni seorang yang perahsia, tak suka didekati orang, awak mudah tertekan.
Saya tak pasti awak tertekan sebab apa. Tapi ini, bukti awak lukis hujan lebat dengan tompok- tompok dalam sekala yang besar. Awak juga tak gunakan payung."
"Payung yang saya maksudkan adalah 'healing' atau motivasi bagi menghindar tekanan awak. Awak biarkan diri awak dibelengu dengan tekanan." ucap Aylin panjang lebar.
Setelah selesai menerangkan segala- galanya, Aylin melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Berbalas pandang dengan lelaki itu.
"Boleh saya tahu awak tekanan disebabkan apa? Saya janji tak akan beritahu kepada sesiapa."
"Awak boleh luahkan apa yang awak rasa kepada saya. Perkara yang mungkin awak selesa untuk kongsi dengan saya?" ucap Aylin seraya tersenyum kecil.
Jungkook mendiamkan diri.
"Okay, tak apalah kalau awak tak selesa-"
"Have you ever experienced being outcast?" soal Jungkook.
Aylin terdiam.
"Kau tak pernah. You're lucky. Kau lahir didalam keluarga yang sayangkan kau. Unlike me." ucap Jungkook seraya tersengih kecil. Aylin mengetap bibir, tapak tangannya dikepal.
"Geure... awak pernah rasa kena buang oleh keluarga awak? I did. Its terrible and pathetic. Get raised by someone else." ucap Aylin seraya memberikan senyuman hambar.
Dia mengalihkan pandangan.
"Okay, sesi kaunseling dah tamat. Jumpa lagi, bye!" cepat- cepat Aylin melangkah keluar dari situ.
Entah, bila luka lama dibuka kembali. Hatinya pecah.
Dia bukanlah gadis yang kuat seperti yang mereka sangkakan.
She just ordinary girl with dark past, same like him.
.
Hai, amacam story ni?
Sha tau hambar,
maaf maaf.[🙆]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]