Kaki kanan Teera melangkah ke belakang manakala kaki kiri masih di posisi yang sama. Tangannya dinaikkan di aras bahunya. Jari telunjuk dituju kepada pengguna muzik itu.
Pengguna muzik itu tidak beredar tempat. Dia memetik gitar lagi menghasilkan gelombang muzik ke arah Teera. Teera bekukan gelombang muzik itu dengan kuasa ais.
Si pengguna muzik itu terus menarik gitar tetapi petikan nya makin rancak. Gelombang muzik itu makin lama makin besar dan makin banyak serta laju. Kaki kanan Teera selaras dengan kaki kirinya sekarang.
Dia membentuk dinding ais setebal lima cm untuk halang gelombang muzik itu. Teera mempertahankan dirinya dari terkena kuasa itu. Pengguna muzik itu bertukar dari gitar kepada drum.
Dia ketuk drum menghasilkan not muzik yang boleh melepasi dinding ais. Teera terkejut melihat not muzik yang berputar-putar di ruang udara. Teera melangkah ke beberapa ke belakang. Sikit lagi not muzik itu terkena padanya.
"Cis, tak guna" geram Teera.
Pengguna muzik mengetuk drum dengan rancak menyebabkan dinding ais pecah. Not-not muzik menuju ke arah Teera dengan perlahan. Teera menggunakan kuasa air menembak not muzik itu. Not muzik itu elak dari terkena kuasa not muzik itu.
"Maaf lah, permaisuri Teera. Not muzik ni memang elak semua serangan. Tak guna kau nak serang" sinis pengguna muzik itu.
"Jadi, apa masalah?" soal Teera.
Teera elak dari not muzik itu. Not muzik itu terus menuju ke arah Teera seperti peluru pemandu. Teera menetap bibirnya. Dia bentukkan jalan ais berlari dari kawasan itu.
"Jangan harap kau dapat lari, Teera"
"Kau pasti ke?"
Teera pusing ke kanan menyebabkan not muzik itu ikut dia. Teera menoleh ke belakang. Dia dapati pengguna muzik itu mengikut dia.
"Teera" panggil Hana dari jauh.
"Ya?"
"Aku dah jumpa kawasan yang ada air"
"Baiklah, aku nak kau tolong aku sementara aku berlawan dengan dia"
"Apa dia?" soal Hana
"Sini lah"
Hana mendekati Teera. Dia berhati-hati dengan kuasa muzik itu. Not muzik itu menghiris pipi Hana menyebabkan pipi nya berdarah.
"Ouch, sakitnya" Hana lap darah dari pipi itu.
"Hana, kau tak apa-apa ke?" soal Teera.
"Tak. Apa dia?"
"Aku beritahu kau semasa aku berlawan dengan dia. Tolong aku lawan ya"
"Baiklah"
Hana ikut berlawan dengan Teera. Dia dengar apa yang disuruh oleh Teera. Si pengguna kuasa itu tidak dapat dengar apa yang mereka berdua bincangkan.
"Jangan berbual semasa berlawan. Korang berdua pandang rendah pada aku ya" marah pengguna muzik itu.
Dia mengetuk drum dengan laju dan menambah lagi dua drum. Hatinya berasa panas dengan kelakuan mereka berdua "Mati, mati, mati"
Hana yang mendengar rancangan Teera agak terkejut mendengar apa yang Teera disuruh "Kau biar betul?"
"Ya"
"Cepat, buat sekarang. Kau seorang je yang boleh tolong aku"
"Baiklah"
Hana beredar dari situ menuju ke kawasan yang ada tempat air. Si pengguna muzik itu hanya mempedulikan Hana. Dia menetap bibirnya lalu dia keluarkan seluring.
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...