20 tahun kemudian...
Jazz muncul secara tiba-tiba di dalam istana bersama dengan orang suruhannya. Atila tidak terkejut dengan kehadiran adik tirinya itu. Para pengawal mengacu tombak ke arah Jazz.
"Kenapa kau datang sini, Jazz?" soal Atila yang tidak gentar dengan Jazz.
"Kau ambil semua kuasa elemental dari bulatan elemen ke?"
"Kalau aku ambil macam mana?" soal Atila.
"Atila, kalau boleh aku nak musnahkan dunia ini. Biar dunia ini hanya ada satu puak dan tiada kuasa"
"Jangan harap. Aku takkan benarkan semua itu terjadi, Jazz" marah Atila.
"Aku cuma nak dunia ini sempadan. Jangan risau, aku akan mudahkan urusan kau dengan bunuh" Jazz menyeluru ke arah Atila.
Atila elak ke tepi. Jazz menyerang Atila dengan tali yang mempunyai kuasa. Atila melindungi dirinya dengan pelindung. Dia terhempas ke dinding. Jazz mengeluarkan pedang untuk menyerang si Atila.
Atila menembak solar cahaya dari kuasanya menyebabkan Jazz terpelanting ke luar istana dengan merempuh dinding istana. Dia memuntahkan darahnya. Hampir saja dirinya mahu mati.
"Hentikan semua ini, Jazz" marah seseorang. Jazz tidak peduli.
Orang suruhannya itu menuju ke arah Jazz. Mereka mendapati sebahagian klan Hyuga berada di situ "Halang mereka"
Orang suruhan Jazz mengangguk kepala. Mereka menyeluru ke arah klan Hyuga. Salah seorang klan Hyuga mara ke hadapan dengan mengangkat tangannya. Dia gerakkan jarinya ke bawah membuat Jazz serta orang suruhannya terduduk.
Jazz terkejut dengan apa yang dilakukan klan Hyuga itu. Orang itu menundukkan Jazz dengan mudah. Jazz tidak boleh bergerak. Seakan-akan kaki dan tangannya terkunci. Atila keluar dari istana. Dia dapati klan Hyuga berada di situ.
"Apa yang kau lakukan pada aku?" soal Jazz
"Kau takkan menang lawan dengan aku, Jazz. Kau kena berhadapan dengan klan Hyuga yang mempunyai kuasa istimewa"
"Tak mungkin. Kuasa istimewa takkan dapat kalahkan aku. Apa yang kau buat?" marah Jazz.
"Betul tu. Jazz seorang yang hebat. Setakat kuasa istimewa milik klan Hyuga takkan dapat kalahkan dia" ujar salah seorang orang suruhannya.
"Kau pasti ke?" soal seorang perempuan yang merupakan klan Hyuga. Dia mengetuk kepala orang suruhan Jazz dengan kuat menyebabkan lelaki itu pengsan.
Perempuan itu pejam matanya. Dalam beberapa minit lelaki yang pengsan itu terjatuh di atas tanah. Lelaki itu dibaling ke arah Jazz. Jazz bergerak perlahan menyentuh kulit lelaki itu. Sejuk. Nadi diperiksa. Tiada lagi dengar bunyi nadi.
"Mustahil. Apa yang kau buat?" marah Jazz. Dia cuba bangun namun kakinya sudah digerakkan.
"Kan aku dah cakap. Kau takkan mampu untuk kalahkan aku, Jazz"
"Tuan kena hidup walau apa pun cara" seorang dari orang suruhannya menarik picu bom.
Jazz terkejut dengan tindakan orang suruhannya itu. Bom itu meletup menyebabkan Jazz dan orang suruhannya terpelanting jauh dari kawasan istana. Mereka masuk ke kawasan hutan. Jazz dapat gerakkan dirinya. Mayat orang suruhannya dapat diambil.
"Macam mana mereka boleh lakukan semua itu?" soal Jazz sendirian.
"Jazz, aku rasa kuasa istimewa klan Hyuga agak berbahaya. Kuasa mereka ialah kuasa yang jarang dijumpai"
"Apa yang kau tahu?" soal Jazz.
"Aku rasa ada tiga kuasa istimewa yang dapat membunuh Jazz. Pertama, kuasa kawalan darah"
"Kuasa kawalan darah? Tak pernah dengar kuasa macam tu" Jazz mengerut keningnya.
"Ya, kuasa ini mampu mengawal darah orang lain. Si pengguna akan menarik darah ke arah bahagian tertentu di dalam anggota badan. Jazz ingat tak semasa kau tak dapat bergerak? Aliran darah kau bergerak perlahan di bahagian tertentu. Sebab itu kau rasa susah nak bernafas" jelas orang suruhannya.
"Bahaya juga kuasa kawalan darah ni. Boleh menyebabkan kematian" ujar salah seorang dari mereka.
"Ya, kuasa kawalan darah ini memang berbahaya. Tiada siapa yang boleh kalahkan kuasa ini. Kedua pula ialah kuasa mimpi atau lebih tepat dream walker. Kuasa ini seperti membunuh dalam mimpi. Perkara ini berlaku pada orang suruhan tersebut"
"Bunuh dalam mimpi? Itu memang mustahil" ujar salah seorang orang suruhan.
"Kuasa ini hanya berkesan jika mangsa tidur. Si pengguna akan memasuki mimpi si mangsa lalu membunuhnya dengan pelbagai cara. Si pengguna perlukan mama untuk cari mangsa seterusnya. Jika tidak dapat nama, gambar juga adalah salah satu dari kegunaan si pengguna kuasa"
"Maksud kau?" soal Jazz.
"Si pengguna kuasa akan membunuh dengan cepat jika si pengguna mendapati nama mangsanya. Kalau gambar saja, si pengguna terpaksa cari satu persatu. Jazz, aku takut yang pengguna kuasa mimpi ini akan membunuh kau ketika waktu kau tidur"
"Kita tidak boleh halang ke daripada dia bunuh aku? Suka hati je masuk ke dalam mimpi orang" soal Jazz.
"Kau tak boleh lakukan apa-apa untuk halang si pengguna bunuh kau walau ia berada di dalam mimpi kau. Ketiga ialah kuasa racun. Kuasa ini memang berbahaya disebabkan kau tak boleh kena racun"
"Jadi, macam mana kita nak selesaikan masalah ini?" soal Jazz.
"Bunuh semua klan Hyuga" ujar salah seorang orang suruhannya.
"Idea yang bernas tapi susah sikit sebab ada pengguna kuasa kawalan darah"
"Jangan risau. Kami ada idea. Tuan boleh bantu kami"
Jazz tersenyum lebar. Akhirnya ada orang yang menyokong idea dia dengan membentuk bumi yang baru tanpa puak dan kuasa. Dia akan pastikan semua itu terjadi.
Selepas dua minggu serangan mengejut Jazz di istana, klan Hyuga satu persatu dibunuh oleh sesuatu. Atila makin resah memikirkan semua itu. Klan Hyuga diarahkan pergi dari istana. Atila meminta mereka supaya hilangkan diri mereka supaya klan Hyuga tidak dibunuh lagi.
Peperangan bermula apabila Jazz menyerang negara dengan metero besar menghempas bumi. Penduduk mengalami ketakutan. Mereka hanya berlari tanpa tahu apa yang sedang berlaku. Pasukan askar menyelamatkan beberapa penduduk yang ditimpa musibah.
Atila mengerut keningnya. Fikirannya serabut untuk hentikan peperangan tersebut "Kenapa kau lakukan semua ini, Jazz?"
"Tuanku, tolong kami tuanku" rayu rakyatnya.
"Kami tiada tempat perlindungan. Tolonglah kami"
"Tuanku boleh hentikan peperangan ini, betul tak? Kami percayakan tuanku" itulah kata-kata dari rakyatnya membuat dia pening.
"Atila, aku tahu fikiran kau serabut tapi kau kena kalahkan si Jazz"
"Macam mana? Aku tak tahu"
"Jangan risau. Aku akan tolong kau" senyum rakannya.
Atila bangkit semula. Dia harus hentikan peperangan tersebut. Peperangan yang meragut nyawa.
"Aku akan kalahkan Jazz walaupun apa terjadi"Jazz dan orang suruhan berleluasa menyerang penduduk yang tidak bersalah. Tiba-tiba satu pantulan cahaya menembak Jazz. Jazz terpelanting beberapa meter ke belakang. Orang suruhannya terkejut dengan sinaran cahaya tersebut.
"Jazz, mulai sekarang kau adalah musuh aku. Aku akan bunuh kau walau apa pun terjadi"
YOU ARE READING
Queen Teera
FantezieBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...