Teera bersama dengan ketua puak berada di dalam bilik mesyuarat di dalam istana yang berada di tingkat dua. Meja berbentuk empat segi berwarna coklat gelap. Alas meja berwarna biru berbentuk segi tiga meliputi sebahagian meja tersebut.
Gelas yang diisi air putih disediakan serta diletakkan di hadapan mereka. Pen serta beberapa helai kertas putih A4 juga disediakan untuk mencatat apa yang penting.
Teera duduk di kerusi yang diukir dengan corak mahkota. Kerusi tersebut mempunyai span di bahagian tempat duduk dan tempat sandar. Kerusi itu dikhaskan untuk pemimpin Digra.
Teera meneguk air liurnya. Dia seorang saja perempuan di dalam bilik mesyuarat tersebut bersama dengan tujuh lelaki dari puak yang berbeza. Jantungnya mengepam dengan laju membuat dia lebih gemuruh.
"Ini pertama kali saya berdepan dengan ketua puak. Saya harap kamu semua dapat membantu saya dalam urus puak serta negara ini"
"Tuanku Teera. Saya Ryan ketua puak angle pohon minta maaf atas puak saya iaitu Betty yang menyerang tuanku ketika hari pertabalan" ujar Ryan iaitu ketua puak angle.
"Oh, tak apa. Lagipun bukan salah kamu, Ryan. Betty memang ahli kumpulan Tyzer dan dia memang nak bunuh saya"
"Tuanku, perbincangan kali ini tentang puak yang baru, kota Atlantis serta ahli kumpulan Tyzer. Jadi,puak yang baru dijumpai tuanku harus memberitahu serba sikit tentang diri puak kamu kepada ratu Teera" bicara Eden iaitu ketua puak vampire.
"Saya Yokari ketua puak musang berekor sembilan. Kami boleh berubah menjadi manusia. Ekor kami ni adalah lambang serta mahkota bagi kami. Mata kami dapat melihat dengan jelas serta kuku kami yang tajam boleh mencederakan musuh. Ekor kami juga boleh mengeluarkan kuasa bila kami kumpul tenaga dari dalam"
"Kamu juga boleh beri nyawa pada seseorang yang kami sayang. Malangnya bila kami beri nyawa kepada seseorang, kami berubah menjadi manusia selamanya. Kami juga setia dengan pasangan. Kami sentiasa berdamping dengan pasangan kami. Jika pasangan kami mati, kami pun akan mati jua. Ekor kami akan berubah warna mengikut emosi tertentu" jelas Tokari iaitu ketua puak musang berekor sembilan.
"Saya Eleden ketua puak manusia myth atau minotaur. Ada sebahagian dari kami separuh badan manusia separuh badan kuda. Ada sebahagian kami dari haiwan. Kami dilatih dari kecil untuk berlawan jadi kami memang hebat dalam berlawan. Kami juga diberi kuasa dari kebolehan kami tersendiri bila kami berumur 6 tahun"
"Kaki kami tangkas serta laju. Pendengaran kami juga baik serta dapat mengesan pergerakan seseorang. Kami juga panas baran bila berhadapan dengan musuh. Kaki kami juga mampu menendang musuh dengan jauh. Medusa juga dari kami cuma dia berbeza sedikit. Dia disumpah dalam kandungan serta dia juga mengasingkan dirinya dari kami" jelas Eleden.
"Ya, saya tahu medusa itu apa. Medusa makhluk berbadan manusia serta berbadan ular. Rambutnya juga ular serta merupakan anak kepada medusa. Anak matanya mampu membuat seseorang berubah menjadi batu" ulas Teera.
"Tuanku, boleh saya tahu kenapa tuanku pakai sarung tangan?" soal Azeyl iaitu ketua puak serigala jadian.
Teera terdiam seketika. Dia melihat kedua tapak tangannya yang disarung dengan sarung tangan. Anak matanya dialihkan menghadap mereka bertujuh "Maaf, ini hal peribadi. Saya takut kalau saya buka sarung tangan ni saya akan jadi buruan ahli kumpulan Tyzer"
"Maafkan saya, tuanku. Saya sepatutnya tak tanya soalan macam tu" pinta Azeyl.
"Tuanku pernah pergi ke maze? Jadi boleh tuanku kongsikan sedikit ada apa di maze tersebut?" pinta Zek iaitu ketua puak bunian.
"Sedikit sejarah 1000 juta tahun dahulu. Apa yang saya tahu, pengguna lapan elemen yang pertama mereka adalah adik-beradik. Mereka berlapan akrab serta saling berkerjasama. Tapi disebabkan sesuatu mereka bergaduh serta mencetuskan peperangan lapan elemen"
"Jadi, macam mana peperangan lapan elemen boleh ditamatkan?" soal Dern iaitu ketua puak ikan duyung.
"Saya tak tahu. Maklumat nya tergantung. Mereka bergaduh serta selisih faham pun tak tahu apa sebabnya. Tak silap saya peperangan itu berlaku selama 500 tahun. Saya juga dapati ada lapan remaja pengguna elemen di situ. Saya tertanya apa kaitan mereka dengan sejarah 1000 juta tahun dahulu?" gumam Teera.
"Mungkin mereka berlapan yang menamatkan peperangan?" ulas Azely.
"Menamatkan peperangan lapan elemen yang berlaku selama beratus tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Mereka hanya berlapan, jadi macam mana mereka boleh tamatkan peperangan macam tu saja" komen Ryan.
"Semasa di maze, saya jumpa beberapa rumah tinggalan di situ. Saya berpendapat bahawa mereka berlapan meminta bantuan dari puak lain untuk menamatkan peperangan lapan elemen" ujar Teera.
"Mungkin mereka berlapan juga yang membentuk bulatan elemen" ujar Zek.
"Jangan risau. Saya akan cari kota Atlantis itu untuk ambil buku sejarah kita yang disembunyikan oleh ahli kumpulan Tyzer"
"Tuanku, apa kata tuanku suruh tentera yang ambik buku tersebut. Bahaya jika tuanku ke sana. Tuanku tak tahu apa halangan untuk ke kota Atlantis" nasihat Dern.
"Tak apa. Saya nak lihat macam mana kota Atlantis tu"
"Tuanku, tentang ahli kumpulan Tyzer. Saya takut je mereka akan serang kita pada bila-bila masa. Tuanku ada cadangan tak?" soal Azeyl.
"Saya cadangkan tentera untuk berlatih mulai esok. Saya akan suruh para falsafah mencipta alatan untuk membantu kita melawan ahli kumpulan Tyzer"
"Ahli kumpulan Tyzer mesti tahu di mana Jazz ditidurkan" bicara Eleden.
"Tapi untuk bangkitkan Jazz, mereka perlu titiskan darah dari lapan pengguna elemen. Dua pengguna elemen yang hilang mereka takkan jumpa" bicara Eden.
"Saya rasa mereka tinggal seorang pengguna elemen" terlepas cakap Teera.
"Huh? Apa maksud tuanku?" soal Yokari yang mengerut keningnya.
"Er, maksud saya mereka tidak tahu di mana pengguna elemen yang hilang"
"Hmm, tuanku. Ada sesuatu tuanku sembunyi dari kami ke?" soal Azeyl dengan curiga.
"Ya, tentang kuasa saya serta tentang ibu saya"
"Tuanku, kami tak paksa tuanku untuk memberitahunya tapi kalau ia berkaitan dengan lapan elemen baik tuanku beritahu" ujar Dern.
"Saya akan beritahu tapi bukan hari ini. Saya akan beritahu lusa tentang kuasa saya. Maafkan saya" pinta Teera.
"Tak mengapa, tuanku. Kami faham" ujar lembut Eleden.
"Tuanku, kalau tentera diraja tak mencukupi, saya boleh beri tentera saya" kata Zek.
"Ya, saya pun sama tuanku" sokong Ryan.
"Betul tu. Kita kena berkerjasama untuk kalahkan ahli kumpulan Tyzer" sokong Azeyl.
"Terima kasih atas bantuan dan sokongan kamu semua. Lagi sekali saya nak minta maaf sebab tak dapat nak beritahu apa kuasa saya hari ini. Saya nak kawan saya juga tahu apa kuasa saya"
"Baiklah, tuanku" ujar Zek.
"Perbincangan seterusnya pada hari Selasa. Baiklah, kamu semua bersurai"
Teera keluar dari bilik mesyuarat. Jantung dipam dengan laju. Dia menuju ke arah bilik nya lalu menutup pintu "Aku tak sanggup untuk memendam lagi. Aku akan beritahu mereka"
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasíaBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...