Peperangan yang besar antara elemen kegelapan dan elemen cahaya berlaku secara tiba-tiba akibat serangan gempa bumi. Dua elemen itu mengisytiharkan perang.
Dua elemen terkuat itu menyerang satu sama lain menyebabkan separuh Digra musnah. Pertumpahan darah dan nyawa di mana-mana saja.
"Macam mana kita nak hentikan peperangan dua elemen ni? Kalau berterusan, hancur dunia ni?" soal Lyla.
"Jangan putus asa. Pasti ada cara untuk hentikan peperangan ni" kata Zein.
"Tapi macam mana?" soal Kyla.
"Kita serang mereka dengan bantuan elemen lain. Itu saja cara kita untuk hentikan dua elemen tersebut" cadang Avie
"Berjaya ke rancangan tersebut? Dua elemen tersebut merupakan elemen yang paling kuat" ujar Hazl.
"Berjaya punya. Jangan risau"
Elemen yang telah berdamai membantu lapan elemen tersebut memberhentikan dua elemen terkuat itu dari berperang. Bukan senang ingin hentikan peperangan tersebut.
Ketua elemen kegelapan seorang perempuan yang angkuh. Dia menetap bibirnya apabila dia mendapat tahu ada saja yang halang rancangannya itu untuk takluki Digra.
"Tak guna lapan elemen tu. Aku takkan maafkan korang" geram wanita tersebut.
"Ibu" ujar seorang budak lelaki kepada ibunya. Wanita itu memandang ke arah ibunya.
"Siapa ibu kau? Panggil aku puan. Kau nak apa?" soal wanita yang tidak mengaku bahawa budak lelaki itu anak dia. Budak lelaki itu merupakan anak luar nikah dia dengan bekas teman lelakinya.
"Ibu, kenapa ibu nak takluki Digra? Kan bagus kalau kita berdamai?"
Wanita itu melempang pipi anaknya itu. Anaknya itu terbaring di atas lantai sambil memegang pipinya itu.
"Berambus! Aku tak ada anak luar nikah macam kau!" halau wanita itu.
Budak lelaki itu hanya berdiam lalu pergi dari situ. Wanita itu berjalan ke arah kiri dan ke kanan. Fikirannya kusut memikir hal tersebut.
Ketua elemen cahaya iaitu seorang lelaki juga fikir yang sama. Dia tak boleh berfikir secara waras telah menyebabkan dia membunuh ahli keluarganya.
Dua minggu kemudian...
Peperangan dua elemen terkuat iaitu elemen kegelapan dan elemen cahaya. Mereka berperang berhabis-habisan namun diberhentikan oleh lapan elemen dengan naga mereka.
"Hentikan peperangan ni. Boleh bawa bincang kan" marah Layla.
"Ya, benda boleh bawa bincang kot. Kenapa korang masih bergaduh sedangkan elemen lain sudah berbaik? Apa masalah korang ni?" soal Aline.
"Suruh elemen kegelapan minta maaf pada elemen cahaya kerana mereka bunuh elemen api" ujar ketua elemen cahaya.
"Apa? Ketua kami tak bunuh elemen api lah"
"Sudah. Elemen kegelapan tak bunuh elemen api 1000 juta tahun dahulu. Elemen air yang bunuh elemen api sebab salah faham. Elemen air dihasut oleh puak bunian menyebabkan elemen air membunuh elemen api. Lalu pengguna elemen air tu meletak ribon milik elemen kegelapan untuk menutup kesalahan dia" jelas Eali.
"Kau ingat kami akan percaya dengan cerita kau? Kau ingat kami senang-senang nak percaya dengan reka cerita tu. Apa bukti elemen air yang bunuh elemen api?" soal ketua elemen cahaya.
"Dah semestinya ada bukti. Tengok reben ni. Ia ada cap jari kepunyaan pengguna elemen air yang 1000 juta tahun dahulu" ujar Hazl.
"Kami takkan percaya. Serang mereka"
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...