8. Permulaan

104 12 0
                                    

1000 juta tahun dahulu...

Kelihatan seorang lelaki sedang berlari dari dikejar oleh serigala jadian dengan vampire pada waktu malam. Peluh membasahi dahi dan juga pipinya. Dia dikawasan yang gelap dan hanya ditemani cahaya bulan. Menyesal ketika keluar pada waktu malam!

Srek... Srek...

Bunyi semak makin kedengaran di telinga lelaki tersebut. Sepatutnya dia harus tinggal di rumah atau kampung puak manusia. Dia degil kerana sikap nya itu. Sungguh menyesal!

"Makanan, makanan" seekor serigala yang berbadan separuh manusia. Dia berlari dengan cara haiwan berlari. Lidahnya terjelir. Matanya memandang ke arah mangsa nya.

"Jangan harap. Itu makanan aku" ujar seekor vampire. Wajahnya berwarna putih pucat. Gigi taring lebih panjang tan terkeluar dari mulut.

"Tolonglah. Jangan makan aku" rayu lelaki tersebut. Dia sudah tidak lagi larat untuk berlari. Tenaga dia habis digunakan.

"Lepaskan kau? Kau gila ke? Siapa je yang nak lepaskan makanan? Haha" gelak serigala tersebut.

"Itu makanan aku" vampire itu menolak serigala jadian itu ke tepi. Serigala itu tergolek ke tepi.

"Tak guna kau. Aku yang jumpa dia dulu" serigala jadian itu melangkah ke hadapan bersedia untuk menyerang vampire tersebut.

"Kita lawan dulu. Siapa yang menang, kita dapat makanan dulu"

Serigala jadian dan vampire bergaduh antara satu sama lain. Mereka tidak pedulikan lelaki dari puak manusia tersebut menyebabkan manusia itu terlepas dari pandangan mereka. Lelaki itu menuju ke arah kawasan kampung yang merupakan tempat tinggal puak manusia.

Apabila dia sampai di kampung, dia dapati rumah di kampung tersebut dijilat api. Lelaki itu bersembunyi di sebalik semak. Dia terkejut dengan api yang membarak. Dia dapati puak bunian menyerang puak manusia. Puak bunian menculik puak manusia. Mereka masukkan puak manusia ke dalam kalangan serta diperlakukan seperti binatang.

"Tak guna punya puak bunian" geram lelaki itu.

Lelaki itu pergi ke tempat yabg bersembunyi untuk keselamatan dia sendiri. Dia geram dengan semua puak yang hanya gunakan puak manusia sebagai hamba.

Puak duyung menjadikan manusia seperti permainan. Mereka akan jadikan puak manusia seperti patung. Mereka disumpah menjadi patung dan diseksa jika mereka tidak lakukan apa yang disuruh.

Puak vampire dan serigala jadian menjadikan manusia sebagai makanannya. Dua puak ini saling bergaduh antara satu sama lain untuk merebut manusia.

Puak fairy pula suka menyindir manusia. Selain itu, mereka akan sumpah manusia menjadi apa yang mereka mahukan walau puak manusia tiada kesalahan.

Puak bunian menculik serta memaksa puak manusia sebagai hamba. Puak manusia dijadikan sebagai barangan serta seks.

"Tolonglah, aku dah tak tahan hidup macam ni. Tolonglah, bagi manusia mempunyai kuasa. Disebabkan kami tiada kuasa, kami dipandang hina dan dijadikan hamba" rayu lelaki tersebut.

Air mata mencurah-curah di pipinya. Badannya mengigil ketakutan. Dia tak sanggup. Dia lebih baik mati daripada hidup terus di benua Digra.

Benua Digra pada ketika itu masih lagi tidak bersambung. Lima benua saling berjauhan antara satu sama lain. Pada ketika itu, gunung Akrz tidak terbentuk. Ketika itu tanahnya landai.

35 tahun kemudian...

Kelihatan lapan bayi kembar tidak seiras. Kelahiran bayi itu disambut oleh seekor naga. Suami isteri bergembira kerana mereka mempunyai anak yang ramai. Naga itu menjaga mereka berdua dari awal perkahwinan sehingga mereka mempunyai anak.

"Comelnya anak kita kan, sayang. Apa kita nak namakan mereka?" soal si isteri.

"Kita kena fikir dulu"

"Lapan bayi kembar tak seiras merupakan puak manusia yang pertama yang mempunyai kuasa" beritahu naga itu tanpa dipinta.

Si isteri dan suami terkejut dengan keterangan naga itu. Lapan bayi itu dijaga baik oleh naga itu. Puak lain cuba bunuh bayi itu tapi mereka tak mampu serta takut dengan naga itu kerana naga itu ganas serta garang.

Bagi itu dijaga dengan baik. Bayi itu membesar bersama. 12 tahun kemudian, bayi itu membesar menjadi remaja. Ibu bapa kepada bayi itu sudah lama pergi. Naga yang menjaga lapan bayi itu sudah lama pergi.

"Akak" tegur si pengguna kuasa air. Dia mengukir senyuman kepada kakaknya.

"Water, mana makanan yang Flora suruh?" soal Flora iaitu pengguna kuasa elemen tumbuhan.

"Akak Flora lupa ke kita kena tolong puak manusia?"

Flora menepuk dahinya "Flora lupa lah. Terima kasih kerana ingatkan Flora"

Lapan beradik itu mewakili lapan elemen utama iaitu elemen cahaya, kegelapan, api, air, angin, tanah, tumbuhan dan kilat. Mereka membantu puak manusia serta melindungi puak manusia membuat puak lain tidak berani lagi menyerang manusia. Tapi mereka berani menyerang lapan elemen tersebut.

Suatu hari, mereka berlapan mengadakan perbincangan di tempat mesyuarat.

"Aku kasihan lah dengan puak manusia. Mereka ni tiada kuasa" keluh Dark iaitu pengguna kuasa elemen kegelapan.

"Apa kita nak buat? Kalau kita sudah tiada, puak lain akan menyerang manusia lagi" ujar Light iaitu pengguna kuasa elemen cahaya.

"Apa kata kita beri kuasa kita pada puak manusia. Nanti kita tak perlu risau ketika kita sudah tiada lagi" cadang Fire iaitu pengguna kuasa elemen api.

"Tapi, macam mana kita nak beri kuasa kita sama rata dengan puak manusia. Maksud aku, sejak dari bayi, mereka perlu ada kuasa dengan lambang kuasa kita?" soal Erath iaitu pengguna kuasa elemen tanah.

"Apa kata kita buat bulatan elemental? Kita letak simbol kuasa kita dan letak pelindung supaya puak lain tak boleh musnahkan bulatan elemental?" cadang Flash iaitu pengguna elemen kilat.

"Cadangan yang bagus" sokong mereka secara serentak.

"Aku tak setuju" ujar seseorang.

Mereka dapati puak bunian iaitu lelaki menuju ke arah mereka. Pasti puak bunian itu dengar secara mencuri perbincangan mereka berlapan.

"Kenapa tak kau tak setuju?" soal Wind iaitu pengguna kuasa elemen angin.

"Puak manusia tak sepatutnya ada kuasa. Mereka tu sudah bijak. Mereka boleh hidup tanpa kuasa"

"Tapi, kalau mereka tiada kuasa macam mana mereka nak lawan dengan korang? Kenapa jadikan manusia sebagai hamba dan memandang rendah kepada manusia sebab mereka tiada kuasa?" soal sinis Flora.

Puak bunian itu tersentap. Dia tidak boleh membalas apa-apa. Lapan adik-beradik itu membina bulatan elemen dengan kuasa mereka. Mereka mencari kristal sebagai pelindung bulatan elemental.

"Tak lama lagi, puak manusia akan ada kuasa" ujar gembira Light.

"Ya, betul tu. Lepas ni kita tak perlu risau lagi dengan mereka selepas kita tiada" ujar Dark.

"Tak sabar. Bila kita nak letak kuasa kita?" soal Water.

"Lagi dua minggu. Kita kena tunggu dulu pelindung halimunan ni kukuh baru kita letak kuasa kita"

Puak bunian yang mendengar perbincangan mereka berasa geram. Dia mengetap bibirnya "Aku takkan benarkan puak manusia mempunyai kuasa. Aku akan musnahkan bulatan elemental tersebut. Puak manusia hanya layak menjadi hamba selamanya"

Queen Teera Where stories live. Discover now