29. Peperangan

69 8 0
                                    

Digra diserang oleh kumpulan Tyzer sejak dua hari yang lalu. Sebahagian penduduk Digra berjaya dipindahkan di tempat yang selamat. Sebahagian penduduk menolong unit tentera untuk mengurangkan kegawatan yang berlaku.

Penduduk Digra dipindahkan di kawasan pelindung bawah tanah. Mereka diberi makanan dan air serta tempat pelindung sementara waktu. Kanak-kanak kecil menangis. Mereka bersandar di dinding hanya pasrah.

"Apa lah yang kita patut buat? Kita perlu tolong unit tentera" ujar seorang lelaki.

"Kau pergilah tolong sana. Aku nak tidur"

Rakannya hanya geleng kepala. Mereka terlalu dalam keadaan aman. Mereka dilindungi oleh unit tentera. Jadi, mereka tidak perlu risau apa-apa.

Sementara di Digra, bunyi letupan kuat dan berlawan kuasa kelihatan di situ. Banyak rumah yang berada di persekitaran di situ musnah sama juga bangunan di situ.

Para kumpulan Tyzer berlawanan dengan para unit tentera. Kuasa dibalas dengan kuasa. Pertumpahan darah kurang berlaku disebabkan pasukan musuh dan pasukan tentera mempunyai kuasa penyembuhan.

Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael menolong para unit tentera. Mereka berada di dalam khemah sedang berbincang sesuatu.

"Perlu ke kita beritahu Teera tentang hal ni?" soal Robin

"Tak perlu. Pihak musuh nakkan darah Teera" ujar Nayrael.

"Sebab tu kita kena putuskan hubungan telekomunikasi di Digra agar Teera tidak tahu situasi peperangan di sini" kata Ruby.

"Tapi kalau alat telekomunikasi dipotong, susah lah kita nak berhubung" omel Akaily. Memang benar apa yang dikatakan oleh Akaily. Telekomunikasi untuk mengesan mangsa dan sebagainya.

"Kita perlukan seseorang untuk putuskan telekomunikasi di pulau Ninga. Kena cari sesiapa yang belajar dalam bidang telekomunikasi" ulas Robin.

"Ya, betul tu"

"Jangan risau, Teera takkan tahu apa yang berlaku di sini. Kita kena bincang macam mana nak elakkan peperangan ni. Kesian tahu tak" ujar Nayrael yang agak marah.

"Tak tahu lah. Kita kena bergerak segera" mereka mengangguk kepala.

Mereka berlima keluar dari khemah. Mereka bersedia untuk berlawan dengan kumpulan Tyzer.

[................]

Teera mencelik matanya. Pandangan yang dia lihat ialah syiling rumah. Dia bangun perlahan memandang ke arah jam loceng di sebelahnya.

Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Teera menggosok matanya beberapa kali. Hatinya berasa tidak tenteram seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Kenapa aku rasa tak sedap hati? Adakah sesuatu terjadi di Digra?" soal Teera sendiri.

"Teera" ujar burung phoenix di dalam badannya.

"Ya"

"Kalau kau nak tahu, Digra diserang oleh kumpulan Tyzer"

"Ah, apa?" terkejut Teera yang mendengar apa yang diberitahu oleh burung itu.

"Macam mana kau tahu?" soal Teera yang tidak percaya.

"Aku melawat sekejap di Digra. Memang betul Digra kena serang"

"Kau nak aku ke sana ke?" soal Teera.

"Ikut kau lah sama ada kau nak ke sana atau tak. Tapi, aku sarankan kau kawal kuasa kau dulu baru kau ke medan perang"

"Tapi, macam mana dengan keadaan rakyat di situ. Adakah mereka tak apa-apa?" soal Teera yang risau.

"Jangan risau, mereka akan selamat"

"Macam mana aku tak risau. Peperangan ni berlaku secara tiba-tiba. Sudah berapa hari peperangan ni berlaku?" soal Teera.

"Sudah dua hari"

"Kenapa tak beritahu awal?" soal Teera.

"Aku tak nak risaukan kau. Lagipun kau perlu kawal kuasa kau dulu baru kau boleh berlawan"

"Aku guna apa yang aku boleh buat. Kita bergerak sekarang je Digra"

Teera keluar dari bilik. Dia dapati Hana iaitu pengguna kuasa elemen api dan air terkejut melihat Teera yang bersiap untuk keluar.

"Teera, kau nak ke mana?" soal Hana.

"Pergi ke Digra"

"Jadi, kau dah tahu tentang peperangan tu?" soal Hana. Teera angguk kepala.

"Kau nak tolong mereka ke? Teera kau kena kawal kuasa kau dulu"

"Tak perlu risau. Aku guna kuasa yang aku boleh kawal dulu. Aku nak bergerak sekarang. Aku tiada masa lagi"

"Sekejap. Aku pun nak ikut. Tunggu aku ya" Hana masuk ke dalam bilik.

Teera menunggu Hana untuk bersiap. Lima minit kemudian, Hana sudah bersiap. Mereka menulis nota di atas kertas di letak di meja kopi agar nenek Teera tidak risau tentang Teera.

Teera dan Hana keluar dari rumah. Mereka berdua keluarkan burung phoenix dari tubuh badan mereka. Mereka menaiki burung phoenix itu. Burung phoenix itu terbang berlalu dari situ. Tanpa disedari mereka berdua beberapa orang melihat mereka.

"Mereka nak ke mana?" soal seorang perempuan

"Kita ikut mereka nak?" soal seorang lelaki.

"Tapi kita tak tahu diorang ke mana"

"Jangan risau. Kita ada alat tu kan. Kita kena beritahu hal ni kepada Yeager"

Perempuan itu mengangguk. Lelaki dan perempuan itu beredar dari situ. Mereka beritahu tentang Teera dan Hana kepada Yeager.

[................]

Burung phoenix mendarat di belakang istana. Ayah Teera iaitu Weedi terkejut melihat dua ekor burung phoenix di belakang istana. Weedi menuju ke belakang istana. Dia dapati anaknya dan seorang perempuan turun dari burung phoenix.

"Teera, Hana. Kenapa kamu berdua datang ke Digra? Lebih baik kamu berdua duduk saja di pulau Ninga"

"Anak pakcik ni degil. Dia nak juga pergi ke Digra untuk tolong rakyatnya" ujar Hana. Teera tersengih dan mengarut kepalanya yang tidak gatal.

"Teera, kami dah belajar kawal kuasa kamu?" soal Weedi.

"Ayah tak perlu risau. Teera boleh guna kuasa Teera yang boleh kawal" senyum Teera.

"Suka hati kamu lah. Tapi kamu kena berhati-hati ya" nasihat Weedi.

Weedi beredar dari situ. Burung phoenix milik Teera dan Hana masuk ke dalam tubuh mereka. Mereka berdua masuk ke dalam istana menuju ke bilik mesyuarat.

"Teera, kau ada rancangan ke?" soal Hana kepada Teera.

"Dah semestinya. Aku tak serang membuta. Aku ada rancangan. Jangan risau"

"Jadi, apa rancangan kau?" soal Hana.

Teera gelak kecil "Kau percayakan aku dengan rancangan aku, Hana?"

"Kau bijak. Dah semestinya aku percayakan kau"

"Baiklah, dengar rancangan aku"

Hana mendengar dengan teliti rancangan Teera. Dia cuba faham lalu mengangguk kepala. 12 minit Teera memberitahu rancangannya kepada Hana. Hana garu kepalanya.

"Faham tak?" soal Teera.

"Okey, aku faham cuma pelik sedikit"

"Baiklah, mari kita pergi ke medan perang ikut rancangan aku"

Hana angguk kepala. Mereka berdua keluar dari bilik mesyuarat. Hana ikutkan saja rancangan Teera walau Teera sendiri tidak tahu adakah rancangan dia berjaya atau tidak.

Queen Teera Where stories live. Discover now