54.

45 5 0
                                    

Angin bertiup kencang hingga menyebabkan pokok yang berada di pulau itu tercabut dari tanah. Pokok-pokok itu memasuki lohong hitam itu. Atila memandang tajam ke arah Jazz.

"Kau nak bahayakan Teera sekali ke? Kau memang tak berhati perut"

"Apa nak dibandingkan dengan kau yang bunuh beribu orang yang tidak tahu apa rancangan kau" sindir Atila.

Teera memandang ke arah Atila dengan curiga "Apa maksud kau?"

"Maafkan aku, Teera. Aku akan menyusahkan diri kau. Aku harap kau tak kisah sangat"

"Aku tak kisah asalkan kawan-kawan aku tidak tahu tentang hal ini" senyum Teera.

"Teera. Walau kita baru kenal, aku harap kau tak terkilanlah"

Atila memandang tajam ke arah Jazz menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap diselindungi oleh awan. Jazz merasakan sekeliling berubah.

Pokok-pokok di sekitar itu berubah menjadi warna hitam. Langit berubah warna biru kegelapan campur dengan hijau gelap. Batu-batu kecil terapung di ruang udara.

"Apa yang kau cuba lakukan, Atila?" soal Jazz

"Teera, boleh keluarkan kuasa kau tak? Kuasa api dan ais lalu baling ke arah Jazz"

Teera tanpa berkata apa-apa hanya menurut apa yang disuruh oleh Atila. Kuasa yang dihasilkan Teera itu membentuk satu simbol yang tidak difahami oleh sesiapa pun. Teera mengerut kening apabila dia melihat perkataan di kuasa api dan ais.

"Apa maksud simbol di kuasa aku ini?" soal Teera kepada Atila.

"Aku ada tambah sedikit pembaikan. Aku harap kau tak kisah"

"Asalkan dapat bunuh Jazz"

Jazz dengan segera membaling lohong hitam ke arah mereka berdua. Atila menarik tangan Teera. Kuasa lohong hitam itu mengikut mereka. Atila membentuk satu pelindung melindungi mereka berdua.

"Teera, baling kuasa kamu ke arah Jazz"

Teera membaling kuasa itu ke arah Jazz namun begitu, Jazz mengelak ke arah kiri. Dia baru hendak melangkah kaki tetapi kakinya tidak boleh bergerak seakan ada paku yang memaku kakinya.

"Apa?" Jazz mula panik. Kuasa yang dibaling oleh Teera menuju ke arahnya.

Dua kuasa iaitu api dan ais bertembung menyebabkan Jazz terkena kuasa itu. Jazz memuntahkan darahnya. Dia memandang tajam ke arah Atila.

"Apa yang kau lakukan, hah?"

"Kau nak tahu ke? Aku gunakan mantera untuk kau" senyum sinis Atila.

Jazz mengetap bibirnya. Dia tahu mantera apa yang Atila gunakan kepadanya "Aku akan bunuh kau"

"Aku dah mati. Kenapa nak bunuh aku? Mayat masih ada tapi roh yang tiada"

"Apa sajalah"

Atila memasuki satu ruang bersama dengan Teera dan Jazz. Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Teera mengerut keningnya "Di mana..."

Atila menutup mulut Teera "Biar Jazz yang meneka"

Jazz memandang sekeliling kawasan itu. Kawasan itu seperti di taburi bintang kecil. Warna latar berwarna biru cair bersama dengan sinaran matahari.

"Kau letak aku di galaksi? Kau gila ke apa?"

"Jazz, kau akan mati. Biar kau terseksa dahulu. Teera keluarkan kuasa kamu dan gunakan kepadanya"

Teera mengangguk kepala. Kepalanya terasa berat. Dia uruti apa yang dikatakan oleh Atila. Jazz menetap bibir. Dia membaling lohong hitam namun Atila memadam lohong itu.

"Jangan nak buat sesuatu yang luar kawasan"

Dalam masa yang sama, kawan Teera iaitu Ash, Robin, Ruby, Nayrael, Akaily, Hana dan Mikael sampai di sebuah kawasan di pulau itu. Mereka bertujuh mendapati ada galaksi di situ namun tiada sesiapa di situ.

"Membazir kita ke sini" runguk Robin

"Tidak. Kau tak perasaan ke ada cas kuasa di sini" soal Akaily.

"Ah. Takkan kau tak rasa ke?" soal Nayrael.

"Cuba lihat dalam galaksi itu ada apa" Hana menuju ke arah galaksi itu.

Dia cuba intip dalam galaksi. Dia cuba melihat ada apa di dalam itu
"Hello"

"Eh, itu bukan Teera, Jazz dan itu siapa pula?" soal Akaily yang menunjukkan ke arah galaksi itu.

"Mana Teera?" Ash meninjah ke arah galaksi itu. Dia cuba masuk ke galaksi itu tapi ada sesuatu yang halang.

"Atila? Dia datang ke sini nak bantu Teera ke?" soal Mikael.

"Itu Atila. Cantik" puji Ruby

"Macam mana kita nak masuk untuk tolong Teera?" soal Nayrael

"Maaflah. Tiada cara cara untuk masuk ke dalam galaksi. Kita hanya dapat melihat"

"Jangan nak bergurau. Takkan nak biarkan mereka dalam tu!" marah Ash kepada Mikael.

"Maaf Ash"

Ash menetap bibir "Aku akan tunggu di sini. Kalau kalian nak beredar dipersilakan"

Mereka semua memandang antara satu sama lain. Mereka tidak boleh memaksa si Ash. Akaily agak kecewa dengan sikap Teera yang selalu rahsiakan sesuatu dari mereka.

"Ash" panggil Akaily. Ash tidak membalas.

"Maafkan sikap kawan aku itu. Aku tak tahu apa di dalam fikiran dia"

Mereka beredar dari situ. Ash hanya berdiam diri. Dia meletakkan tapak tangannya di galaksi itu. Matanya ditutup erat olehnya.

Teera memandang ke arah luar galaksi. Dia tidak nampak apa-apa di luar kerana diselindungi dengan kabus tebal berwarna biru pekat.

"Teera, mari kita sama-sama kalahkan Jazz"

Atila membebaskan pancaran matahari ke arah Jazz. Jazz mengelak lalu membalas dengan membaling lohong hitam ke arah mereka berdua. Teera dan Atila beredar dari situ. Mereka berdua membaling kuasa ke arah Jazz juga.

Jazz hanya membaling kuasanya secara langsung. Dia tidak peduli keadaan di sekitarnya "Aku akan bunuh kau"

"Jazz" Atila yang berada di jauh dari Jazz kini di samping Jazz membuat Jazz terkejut. Tapak tangannya menyentuh Jazz.

"Sana" Jazz menghalau Atila namun itu hanya bayangan saja.

Teera dengan segera mengeluarkan pedang ais lalu hayun ke arah Jazz. Pedang itu hayun ke arah badan Jazz. Jazz dengan segera mengelak. Dia terkejut dengan tindakan Teera.

"Kau betul ke atau bayangan?" soal Jazz yang terketar-ketar.

"Betul lah"

Atila menuju ke arah Teera lalu memegang tangan Teera. Mereka berdua menerpa ke arah Jazz bersama. Jazz menetap bibirnya. Dia membentuk satu lohong hitam yang besar untuk melindungi dia dari serangan mereka berdua.

"Awal lindung diri" tegur Teera yang berada di belakang Jazz membuat Jazz terkejut.

Lohong hitam yang dihasilkannya itu musnah kerana pengguna kuasa tidak fokus dan fikiran dia terganggu. Dia menerpa ke arah Teera lalu menghayun pedang yang dia ambil dari lohong hitam.

Teera membalas dengan hayunan pedang. Dua bilah pedang berlaga antara satu sama lain. Teera terus menyerang Jazz dengan pedang. Jazz pula menyasarkan perut Teera dengan pisau kecil yang dia ambil dari lohong hitam.

Atila dengan segera ambil pisau itu. Tapak tangannya berdarah apabila bergesel dengan pisau itu. Jazz terkejut dengan kepantasan Atila.

"Maaf, Jazz. Aku takkan benarkan kau cederakan dia"

Jazz menelan air liurnya. Dia melepaskan pisau itu lalu mengundur diri dari situ. Dia perlukan rancangan untuk bunuh Atila dan Teera.

Queen Teera Where stories live. Discover now