43. Teera hilang?

55 8 0
                                    

Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael berjaya lepaskan diri dari halangan selepas Hana bekukan kawasan itu.

"Ash, mana Teera?" soal Nayrael

"Ikut Mikael rasanya"

"Hana pun sama ke?" tanya Akaily.

"Aku tak perasaan pula. Tiba-tiba je Hana hilang dari pandangan mata"

"Kita nak ke mana?" soal Robin.

"Cari Jazz. Itu saja jalan penyelesaian. Tiada jalan lain"

"Baiklah"

Mereka berlima memasuki rumah dan bangunan di situ. Mencari maklumat di mana Teera dan Hana berada. Mereka masih dikejar oleh kumpulan Tyzer. Untuk elak dari dihalang, mereka bersembunyi sementara waktu.

Waktu yang sama, Teera, Hana dan Mikael menjumpai Jazz. Jazz seakan bersediap sedia untuk berlawan dengan mereka bertiga. Jazz mengukir senyuman sinisnya

"Tak sangka kalian sudah sampai di sini"

"Kami akan berlawan dengan kau, Jazz" ujar Mikael.

"Takutnya"

Mikael menerpa ke arah Jazz sambil mengeluarkan batuan di tangannya. Dia menumbuk perut Jazz membuat Jazz mengundur ke belakang. Jazz sempat halang dengan kuasa lohongnya. Nyaris-nyaris dia hampir musnahkan rancangan dia.

"Ciss, tak guna" Jazz membalas balik dengan membaling batuan itu kepada Mikael.

Hana membekukan batuan itu dari terkena Mikael. Dia menghasilkan pedang ais bersalut api merah. Dia hayun pedang itu ke arah leher Jazz.

Jazz tak sempat elak namun tangannya sempat menangkap pedang itu. Pedang itu di tepi leher Jazz. Tapak tangannya terhiris terkena pedang tersebut. Darah keluar melalui tapak tangannya.

"Kau manusia rupanya. Mesti ada cara nak kalahkan kau" Teera lompat di atas udara lalu menerkam ke arah Jazz dengan mengacu pisau ais.

Jazz menolak Mikael dan Hana ke hadapan dengan kuasa lohongnya. Dia ke depan membuat Teera terjatuh di atas tanah. Nasib baik dia sempat buat slied ais untuk elak dia hentam di permukaan tanah.

"Tak guna kau" Teera menuju ke arah Jazz

Jazz menoleh ke belakang. Dia dengan segera mengeluarkan kuasanya iaitu lohong hitam. Mikael dengan pantas menendang kepala Jazz membuat dia terjatuh dua meter ke tepi.

"Ciss, macam mana kau tahu" geram Jazz yang meludah air liur. Sebatang giginya tercabut.

"Hati-hati Teera. Kuasa lohong hitam tu mampu sedut kau sekali. Kalau kau masuk ke dalam lohong hitam, kau takkan boleh keluar" nasihat Mikael.

"Aku tahu cuma aku tak perasaan"

Jazz dengan segera mengeluarkan balik serangan balas dia pendam. Hana menembak Jazz dengan kuasa apinya. Apinya balas balik ke arah mereka bertiga.

"Hana, jangan main serang" ujar Mikael.

"Maaf"

"Mikael, ini masanya ke?" soal Teera.

"Sabar. Tunggu arahan aku. Kita kena pastikan tiada orang di sekeliling kita. Sebelum itu, kita kena tinggalkan pesanan sebelum kita pergi"

Mikael membentuk golem tanah. Golem tanah itu menuju ke arah Jazz lalu menghentamnya dengan penumbuk tanah. Jazz terpaksa membatalkan kuasa lohong hitam untuk melindungi dirinya dari tumbukan itu.

"Ambil ni" Jazz dengan segera menahan tumbukan golem tersebut.

"Arggh!" Jazz tidak sempat halang kerana golem itu terlalu dekat dengannya.

Queen Teera Where stories live. Discover now