Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael mencari Teera namun mereka tak jumpa sama juga dengan Hana.
"Kita balik je. Mana tahu mereka lawan kat tempat lain" ujar Robin.
Mereka setuju. Secara tiba-tiba letupan berlaku di sekitar kawasan tersebut menyebabkan mereka berlima terpelanting. Nasib baik mereka sempat elak dari terkena serpihan tersebut kerana Nayrael mengalihkan mereka ke bawah tanah.
"Kalian tak apa-apa ke?" soal Nayrael yang melihat rakannya yang terkejut melihat situasi tadi.
"Tak apa-apa. Terima kasih" ujar Ruby yang mengusap dadanya. Mungkin barangkali terkejut.
"Kenapa tiba-tiba ada letupan?" soal Ash.
"Aku tak tahu lah. Mungkin kumpulan Tyzer ada baling bom" teka Akaily.
"Ka... kalian kena tengok ini" ujar Nayrael yang melihat dari bawah tanah. Ada segaris lubang di tanah itu yang boleh menampak kan di atas tanah.
"Apa benda?" soal Robin yang ingin melihat luar sama juga mereka bertiga.
Mereka berlima terkejut melihat Jazz yang muncul di situ. Mereka tergamam seketika. Jazz hanya memandang kawasan sekeliling sebelum ahli kumpulan Tyzer menuju ke arah Jazz.
"Apa yang berlaku? Mana Teera dan Hana?" soal Ash
"Aku tak tahu"
"Jazz, apa yang kita patut lakukan? Adakah kita perlu bunuh puak atau pengguna kuasa elemental?" soal salah seorang ahli kumpulan Tyzer.
Jazz tidak pedulikan ahli kumpulan Tyzer. Dia menuju ke suatu tempat. Ash, Robin, Ruby, Nayrael dan Akaily mengikuti Jazz melalui bawah tanah. Jazz berhenti seketika.
"Kalian tahu tak di mana letaknya tempat persembunyian rakyat Digra?" soal Jazz
"Eh, dia nak ke tempat persembunyian rakyat lah. Macam mana ni?" soal Ash yang resah.
"Kita nak halang dia ke?" soal Akaily.
"Kami... kami tak tahu, Jazz" jawab salah seorang ahli kumpulan Tyzer. Mereka berlima memandang ke arah Jazz.
"Tiada masalah. Kalau begitu, aku bunuh kalian"
"Tuan Jazz tak bergurau kan? Kenapa tiba-tiba nak bunuh..." belum sempat dia habis berbicara kepalanya terputus dari badan. Jazz yang memancung kepalanya itu.
Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael terkejut melihat tindakan Jazz. Sama juga dengan kumpulan Tyzer. Jazz mengambil kepala yang tergolek di atas tanah lalu mengangkatnya.
"Dia berbohong. Dia tahu di mana tempat sembunyi rakyat. Beritahu aku dengan jujur. Kalau tidak nasib kalian akan sama dengan dia" amaran Jazz.
"Kami boleh tunjukkan di mana tempat persembunyian itu tapi kami tak boleh masuk atau pecah masuk. Maaf" pinta salah seorang ahli kumpulan Tyzer.
"Kenapa tak cakap awal-awal?" Jazz mendekati ahli kumpulan Tyzer itu. Dia menunduk kepala nya di bawah. Badannya menggeletar seluruh badan kerana takut.
"Bagus. Aku suka kau"
"Tuan takkan bunuh aku kan?" soal ahli kumpulan Tyzer itu. Takut dengan Jazz.
"Dah semestinya tidak. Kau cakap dengan jujur. Tak macam dia tadi. Boleh tunjukkan di mana tempat persembunyian itu?"
"Boleh, tuan"
"Hei, kita kena menuju ke tempat persembunyian rakyat sekarang. Aku mempunyai firasat yang tidak baik" ujar Ruby.
Mereka bersetuju dengan cadangan Ruby. Mereka berlima dengan segera menuju ke arah tempat persembunyian rakyat. Mereka arahkan para tentera untuk rakyat keluar dari tempat persembunyian menuju ke pelabuhan.
Nasib baik mereka berlima sempat sampai di hadapan kawasan persembunyian bersama beberapa tentera. Mereka akan mengawasi kehadiran Jazz dan kumpulan Tyzer.
"Cepat, cepat. Pindahkan rakyat. Jazz akan datang ke sini sekejap lagi" arah Nayrael kepada para tentera.
Rakyat yang berada di tempat persembunyian terpinga-pinga. Mereka diarahkan keluar mengikut pintu kecemasan. Satu persatu dari mereka menaiki kapal. Kapal tersebut akan membawa mereka keluar dari Digra menuju ke pulau berdekatan sebelum sampai di pulau Ninga.
20 minit kemudian, Jazz dan ahli kumpulan Tyzer Sudha sampai di hadapan tempat persembunyian. Mereka berjaga-jaga dengan tindakan Jazz itu.
"Jazz, mana Teera?" soal Akaily.
"Aku tak tahu. Kalau aku tahu pun apa yang kau boleh buat"
"Apa yang kau nak, Jazz?" soal Ruby.
"Aku tahu kalian dengar apa yang aku cakapkan tadi. Aku tahu kalian bersembunyi tapi aku tak nak kacau kalian. Tak sangka kalian sampai dahulu"
"Apa maksud kau? Apa yang kau nak buat dengan rakyat ni hah?" Robin berbicara.
"Bunuh mereka. Itu saja cara nak musnahkan bulatan elemental"
"Jangan harap. Kau kena lepasi kami semua" mereka berlima bersama pasukan tentera maju ke hadapan. Mereka akan lengahkan masa untuk rakyat beredar dari situ.
"Jangan salahkan aku jika ada yang mati. Kalian juga kena la an mereka. Aku tiada masa nak lawan dengan yang lemah"
Jazz bersama ahli kumpulan Tyzer mula maju ke hadapan. Mereka berbalas serangan kuasa. Jazz melontarkan lohong hitam untuk musnahkan pelindung namun dia dihempap dengan batu.
Jazz mengundur ke belakang. Dia menarik semua batu ke dalam lohong hitam lalu melontarkan baling batu itu. Tiba-tiba dia merasakan dadanya sakit. Sama juga kaki sebelah kirinya.
"Apa yang mereka bertiga lakukan pada badan aku?"
Seseorang mengacu pedang ke arah Jazz. Jazz tidak sempat elak menyebabkan dadanya ditusuk oleh pedang. Seorang ahli kumpulan Tyzer memancung kepala orang yang menyusuk pedang di dada Jazz.
"Tuan tak apa-apa ke?" soal ahli kumpulan Tyzer.
"Tak. Jangan risau fasal aku. Teruskan menyerag. Aku nak pergi ke suatu tempat dahulu. Nanti aku kembali" Jazz hilang kan dirinya.
"Ke mana dia pergi?" soal Ash
"Mana lah aku tahu"
Jazz masuk ke dalam dunia di mana Jasadnya berada. Dia terkejut apabila dia menyedari badannya diikat dengan tali. Dia diletak di atas api panas. Dia memandang ke arah mereka bertiga.
"Oi, apa yang kalian lakukan pada badan aku?" soal Jazz.
"Cuba nak bunuh kau" Hana keluarkan sebilah pisau.
Jazz memandang ke arah perutnya. Perutnya ada kesan luka dan ada darah menitis dari perutnya itu. Dia memandang tajam ke arah Hana.
"Takutnya"
"Kalian boleh cederakan aku tapi kalian tak boleh bunuh aku di sini. Nak bunuh aku kat dunia sebenar"
"Kami tahu itu. Saja nak sakitkan badan" ujar Teera.
"Apa sajalah. Aku pergi dahulu" Jazz tutup matanya lalu dia kembali di dunia nyata.
Pertempuran antara kumpulan Tyzer dan tentera masih berterusan. Dia memegang perut nya yang sakit itu "Tak guna betul"
"Jazz, ada apa-apa masalah ke?" soal salah seorang ahli kumpulan Tyzer.
"Tak. Aku akan musnahkan pelindung ini dan bunuh semua rakyat di dalam tempat persembunyian. Kalian ke tepi"
"Jangan harap. Kuasa muzik" Nayrael membentuk muzik lalu melontarkan ke arah Jazz.
Jazz hanya tangkis dengan tangannya "Kalau nak berlawan dengan aku, bersungguh-sungguh lah"
Jazz mula menyasarkan tempat pelindung. Bila-bila masa saja dia akan musnahkan tempat itu. Rakyat di dalam tempat persembunyian masih beransur-ansur keluar dari situ.
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...