Para tentera mencari Ash, Ruby, Robin, Akaily, Nayrael, Hana dan Mikael untuk memaklumkan apa yang mereka lihat. Mereka berpecah mengikut kumpulan dan mengikut haluan yang mereka rasa di mana bertujuh berada.
"Dapat jumpa salah seorang dari mereka?" soal tentera melalui walkietalkie.
"Belum. Kami masih di tempat kejadian untuk pastikan mereka bertujuh berada di sini"
"Kalau macam tu, kalian tunggu di situ. Kalau apa-apa berlaku beritahu dengan segera"
Tentera itu teruskan perjalanan untuk mencari mereka bertujuh. Dalam masa yang sama, Ash menuju ke arah hutan untuk mencari keberadaan Teera. Dia terlihat seorang tentera yang menuju ke arah kiri.
"Siapa di belakang?" tentera itu menoleh kepalanya. Dia dapati Ash berada di belakangnya.
"Ash? Saya memang cari kamu. Sila ikut saya. Ada sesuatu tak kena di sebuah pulau"
Ash mengerut keningnya. Dia tidak faham apa yang dibicarakan oleh tentera itu. Dia mengikut tentera itu menuju ke arah yang berlaku masalah.
30 minit kemudian, mereka berdua sampai di pinggir laut. Beberapa kilometer di hadapan mereka terdapat sebuah pulau. Ash dapati ada letupan di pulau tersebut.
"Eh, siapa yang berlawan di sana?" soal Ash
"Kami tak tahu, Ash. Sebab itulah kami cari kamu dan rakan kamu"
"Sabar. Saya panggil yang lain"
Ash mengambil walkietalkie miliknya. Dia menekan walkietalkie tersebut "Hello, sila datang ke penghujung benua Ghaz dengan segera"
Rakan-rakan Ash yang mendengar ucapan Ash dari walkietalkie itu mengangguk kepalanya kemudian mereka menuju ke arah penghujung benua Ghaz.
Hampir satu jam Ash menunggu mereka, akhirnya mereka sampai jua di kawasan tersebut.
"Lambat betul"
"Jauh lah. Kitorang kat benua lain" jawab Nayrael.
"Ish, kenapa ada letupan di sana?" soal Robin yang melihat pulau itu dari jauh.
"Itu aku tak pasti. Kita kena ke sana untuk siasat apa yang berlaku"
"Tiada sampan atau bot. Takkan nak berenang" ujar Akaily.
"Aku kan pengguna kuasa tanah. Jadi aku akan membuat jalan untuk kita ke sana"
Ash membentuk batu untuk jalan ke pulau itu. Mereka pun berjalan dia atas tanah dan menuju ke pulau itu. Apabila mereka sampai di sana mereka dapati ada pelindung gelap yang melindungi pulau itu.
"Ada musuh ke di sini?" soal Robin
"Sabar" Akaily sentuh pelindung itu. Aliran elektrik terasa di tapak tangannya menyebabkan dia menarik tangannya.
"Elektrik. Kita tak boleh masuk"
"Apa susah, kita masuk ke dalam air pastu gali tanah dari bawah air" cadang Mikael.
"Siapa yang boleh bernafas dalam air dalam masa yang lama?" soal Hana.
"Jangan risau. Kau kan pengguna kuasa air. Buat pelindung untuk masuk ke dalam air"
"Basah baju aku"
Hana menolak air laut ke dalam membentuk bulatan air. Mereka masuk ke dalam bulatan air itu. Hana menurunkan bulatan air itu ke bawah pulau itu. Kedalaman pulau itu kira-kira 14 meter.
Dalam sejam, mereka sampai di bawah pulau. Ash mengorek bawah pulau itu dengan kuasanya manakala Hana melindungi mereka dengan kuasa air.
"Baju aku" kecewa si Nayrael apabila dia dapati bajunya dipenuhi oleh tanah.
"Jangan lah kecewa sangat" nasihat Ruby.
Dalam masa yang sama, Teera dapat mengesan sesuatu dari bawah tanah. Dia dengan segera membentuk pelindung elektrik di atas tanah.
"Kenapa kau buat pelindung? Ada orang lain ke masuk ke sini?" soal Jazz. Teera hanya mendiamkan diri.
"Tak jawab pula"
Jazz membaling lohong hitam ke arah Teera sambil menuju ke arahnya dengan menghayunkan penumbuk. Teera dengan segera elak lohong hitam itu tetapi perut nya ditumbuk oleh Jazz.
Teera memegang pergelangan tangan Jazz kemudian dia pulas tangan Jazz lalu menolak Jazz hingga ke atas tanah. Jazz terhempas di atas tanah.
Jazz mengangkat kakinya lalu hayun ke arah Teera. Kepala Teera terkena kaki Jazz menyebabkan dia melepaskan tangan Jazz. Jazz dengan segera menolak Teera.
Dia menendang kakinya ke arah Teera namun Teera dapat menghalang dengan kedua tangannya. Teera menghayun kakinya ke tepi untuk sungkurkan Jazz. Jazz terjatuh di atas tanah.
Teera membentuk pedang ais lalu menghayun ke arah leher Jazz. Jazz dengan segera elak dari pedang itu.
Dia membaling lohong hitam untuk menyedut pedang Teera namun Teera membalas dengan kuasa cahaya. Cahaya itu disertakan dengan api bersama ais.
Jazz mengetap bibirnya "Kenapa kau suka serang macam tu?"
"Untuk bunuh kau. Apa lagi?"
"Sepatutnya kau kena bersama dengan kawan kau untuk kalahkan aku" Jazz menuju ke arah Teera dengan pantas.
Teera membaling bebola api bersama dengan bebola ais untuk menyerang Jazz. Jazz hanya elak saja. Dia harus bunuh Teera untuk dapatkan apa yang dia mahukan.
"Jazz" suatu suara yang jelas kedengaran di telinga Teera dan Jazz menyebabkan mereka berdua terkejut.
Seorang wanita muncul dari langit. Dia keluar dari lelagit pecah sedangkan pulau itu dilindungi oleh pelindung. Wanita itu berambut merah jambu.
"Atila, bukan ke kau dah mati?" soal Jazz.
"Aku di sini untuk bunuh kau. Teera kau boleh bantu aku cuma aku tak harapkan kau akan selamat"
"Apa saja, asalkan dapat bunuh dia"
Atila menuju ke arah Teera lalu dia mencium dahi Teera. Dia memegang tangan Teera "Aku memang sudah mati cuma mayat aku masih ada. Jiwaku masih di sini untuk selamatkan dunia"
"Mustahil. Kau telah merampas semua kuasa elemen. Kau patut tahu yang..."
"Ya, aku tahu" Atila memintas kata-kata Jazz.
"Tunggu, Atila. Kau tak rasa pelik ke kenapa kita ada pelbagai puak? Kenapa kita boleh ada kuasa. Kau patut tahu"
Atila dan Teera berada di sebelah Jazz. Jazz terkejut dengan kepantasan mereka berdua "Aku tak perlu tahu semua itu"
Jazz berundur ke belakang. Dia menghasilkan lohong hitam sebesar-besarnya. Dia mahu menyedut Atila dan Teera untuk masuk ke dalam lohong hitam itu.
Lohong hitam itu menarik beberapa pokok di situ. Kekuatan lohong hitam itu menyebabkan pelindung elektrik itu terputus.
Atila dan Teera masih berada di posisi yang sama. Mereka hanya memandang Jazz dengan pandangan tajam saja.
"Atila, boleh kita berbicara sebentar?" pinta Jazz
"Kalau betul kau nak berbicara dengan aku, sudah pasti kau dah lakukan 3 abad yang lalu. Maaf lah, aku takkan dengar apa yang kau katakan"
Mereka bertujuh akhirnya berjaya mengorek tanah itu. Mereka keluar dari tanah dan mendapati ada lohong hitam yang besar menarik mereka.
"Pegang sesuatu yang dapat bertahan lama" ujar Akaily.
"Apa dia?"
"Manalah aku tahu"
Jazz semakin resah gelisah. Atila melepaskan tangan Teera "Bersedia untuk mati, Jazz"
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...