Hana merupakan seorang pengguna kuasa elemen api dan air. Dia mempunyai seekor haiwan lagenda iaitu pada. Hana sedang berehat di pondok kecil di bawah pokok rendang. Belakang badannya menyandar pada tiang. Kakinya dihayunkan ke hadapan dan ke belakang. Matanya tertutup namun fikirannya masih terjaga.
"Haish, bosannya" rugut Hana.
"Hana" tegur burung phoenix yang sebesar tapak tangan yang berada di atas bahunya.
Hana mencelik matanya "Ya?"
"Burung phoenix milik Teera hubungi aku. Teera nak kau pergi ke pulau Ninga untuk ajar dia kawal kuasa elemen api dan air"
"Pulau Ninga? Jauhnya" rugut Hana.
"Nanti aku bawa kau ke sana. Jangan risau, aku bawa dengan laju. Lagi satu, jangan beritahu hal ini kepada sesiapa pun"
"Kenapa tak boleh beritahu?" soal Hana yang pelik.
"Pulau Ninga tu hanya beberapa saja yang tahu di mana lokasinya. Ia untuk keselamatan penduduk di sana. Itu pun tak boleh fikir "
"Eh, kau ni. Bila Teera nak aku ke sana?" soal Hana
"Esok"
"Baiklah, aku akan pergi bersiap"
Hana turun dari pondok menuju ke rumahnya. Dia mengemas barang yang perlu di bawa untuk ke pulau Ninga.
Sementara itu, Ash, Robin, Ruby, Akaily dan Nayrael menjalankan tugas mereka seperti yang disuruh. Mereka berjalan di sekitar kawasan Digra sambil berbual antara satu sama lain.
"Eh, Ash. Kau rasa Hana tahu tak di mana Teera?" soal Ruby.
"Entah" Ash mengangkat kedua bahunya.
"Aku ada baca dalam buku yang phoenix ni boleh berhubung dengan phoenix lain untuk memberitahu maklumat kepada tuan mereka. Aku sangka Hana tahu di mana Teera sekarang ni"
"Ah, aku pun tak sedar tentang hal itu. Hana dan Teera mempunyai seekor haiwan lagenda iaitu phoenix. Jadi, tak mustahil lah untuk Hana tahu lokasi Teera" sokong Akaily.
"Jadi, kita kena tanya Hana lah tentang hal ini?" soal Nayrael.
"Mari tanya dia sekarang" ajak Ash yang tidak sabar.
"Ash, untuk pengetahuan kau. Hana sedang cuti sekarang ni. Esok di kembali bertugas. Jadi, kita boleh tanya dia esok"
"Ala, nak tanya dia sekarang" rugut Ash.
"Tunggu esok. Tak lari pun si Hana tu" ujar Robin yang ketuk kepala Ash.
"Baiklah" pasrah Ash
Mereka berlima menjalankan tugas hingga masa yang ditetapkan. Selepas habis shif, mereka pulang ke rumah masing-masing.
[....................]
Keesokan harinya, mereka berlima ingin bertemu dengan Hana di bilik mesyuarat diraja. Jadi mereka berlima berada di bilik mesyuarat dan ingin menghubungi Hana melalui teknologi.
Ruby menghidupkan skrin di hadapan mereka berlima. Mereka dapati Hana berada di udara. Dia seperti sedang menunggang sesuatu "Ada apa call aku ni?"
"Hana, kau kat mana?" soal Ruby.
"Dekat awan"
"Aku tanya betul-betul ni" geram Ruby.
"Betullah. Aku kat awan. Tak percaya, tengoklah" Hana ambil teknologi itu lalu tunjukkan kepada mereka yang dia memang berada di awan.
"Kau naik burung phoenix ke?" soal Akaily.
"Ah"
"Nak pergi mana?" soal Nayrael.
"Maaf, aku tak boleh beritahu korang berlima. Aku juga tak boleh beritahu di mana Teera. Jadi, selamat tinggal" Hana menutup skrin itu. Mereka berlima belum menyoal lagi keberadaan Teera.
"Dia macam tahu je yang kita nak tanya di mana Teera" ujar Robin.
"Ala, dia tak nak beritahu Teera kat mana" kecewa Ash.
"Mesti ada sebab. Tapi kenapa Teera panggil Hana untuk berjumpa dengan dia?" soal Ruby.
"Entah. Mungkin Teera nak jumpa dengan pengguna kuasa lagenda" ujar Akaily.
"Mungkin juga. Persoalannya sekarang, di mana Teera?" soal Ash.
"Pedulikan lah dia di mana sekarang ni. Apa aku tahu, aku nak tidur" ujar Robin yang telungkup mukanya di atas meja.
"Kerja kau asyik tidur je. Pemalas" Akaily menepuk bahu Robin.
"Bye, aku nak pergi jalankan tugas. Malas nak layan korang" ujar Nayrael yang berlalu dari situ.
Mereka masing-masing keluar dari bilik mesyuarat kecuali Robin dan Ash. Ash kecewa sangat tapi dia tak boleh buat apa sehingga dapat maklumat dari Teera.
Dalam masa yang sama, Hana telah sampai di pulau Ninga. Burung phoenix milik Hana membawanya dengan laju. Habis tudung Hana yang hampir tercabut. Burung phoenix itu mendarat di kawasan lapang. Hana turun dari burung tersebut.
"Hana, akhirnya kau datang juga" ujar Teera yang menuju ke arah Hana.
"Ah, jadi ini lah pulau Ninga"
"Aku nak tunjukkan kau keadaan di pulau ni memandangkan ini pertama kali kau datang ke sini"
"Boleh juga" setuju Hana. Burung phoenix milik Hana lenyap di hadapan mereka berdua.
Hana menyeret beg bagasi. Sebelum mereka pergi melawat satu pulau, Hana meletakkan beg nya itu di rumah nenek Teera. Mereka berdua bersiar-siar di sekitar kawasan pulau Ninga tersebut.
"Jadi, kau nak aku ajar kau kawal elemen api dan air?" soal Hana.
"Ah. Aku nak guna empat kuasa dalam masa serentak. Jadi aku kena kawal dua elemen itu"
"Kau dah dapat kawal elemen cahaya dan kegelapan?" soal Hana.
"Dah. Elemen api dan air belum lagi tapi aku banyak gunakan elemen api berbanding air"
"Tak apa. Nanti aku akan ajar kau. Nanti kau kena belajar keluarkan burung phoenix saiz sebesar tapak tangan"
"Burung phoenix saja? Naga tak boleh ke sebesar saiz tapak tangan?" soal Teera.
"Mana lah aku tahu. Aku tiada naga. Aku cuma ada phoenix. Kau pergi lah tanya sesiapa yang ada naga"
"Hehe" Teera mengarut kepalanya yang tidak gatal.
"Jadi, mereka tahu kau nak ke mana?" soal Teera.
"Tak. Jangan risau. Aku tak beritahu lah. Kenapa risau sangat kah ni?"
"Tak adalah. Aku cuma tak nak mereka risaukan aku saja. Aku cuma nak latih kuasa aku dengan sebaiknya sebelum aku ke Digra semula"
Hana mengangguk kepalanya. Mereka berdua terus bersiar-siar sambil itu mereka berbual. Tanpa disedari oleh mereka berdua. Beberapa orang memerhatikan mereka berdua. Mereka berdua diekori tanpa disedari.
"Yeager, betul ke itu orang perempuan yang kau nak lawan?" soal rakannya yang memakai hoodie di panas hari. Berpeluh-peluh mukanya.
"Ya, aku nak dia lawan dengan aku juga"
"Kalau dia tolak macam mana?" soal rakannya.
"Aku akan ancam kawan dia. Kalau dia tak nak, aku akan bunuh kawan dia"
"Berani lah kau. Kau tak takut ke nanti kau kena marah dengan cikgu?" soal rakannya itu yang sedikit risau.
"Jangan risau. Cikgu takkan tahu. Aku cuma nak berlawan dengan dia saja. Aku nak belasah dia dengan kuasa aku. Baru aku puas. Apa yang aku nak aku akan dapat"
Rakannya hanya geleng kepala. Dia tahu sikap rakannya itu. Yeager memang degil dan keras kepala. Dia memang tak boleh diberi nasihat walau banyak kali.
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasíaBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...