Teera membuka matanya. Dia dapati dirinya di atas katil di dalam sebuah bilik. Dia dapati juga Ash baring di sisinya di atas kerusi.
"Ash" Teera bangun secara perlahan kerana dia tidak mahu kejutkan Ash.
Teera dapati matahari sudah diganti dengan bulan. Lampu bilik yang berwarna putih kecil dinyalakan. Dia bangun secara perlahan dari katil.
"Malam sudah" Teera menuju ke balkoni. Dia membuka tingkap kemudian keluar lalu memandang kearah luar.
Teera yang melihat permandangan di istana sendiri merasa rindu dengan suasana negaranya yang sudah lama dia tidak jejaki.
"Mana Atila?" soal Teera apabila dia menyedari hal itu.
Teera dengan segera memanggil naga di dalam jiwanya. Naga yang tidur terbangun apabila tuannya memanggilnya.
"Kenapa panggil aku tengah-tengah malam ini? Tak boleh tunggu esok ke?" soal naga itu dengan jengkel
"Eh, biadap punya naga. Aku ada hal nak tanya kau"
"Tanya lah burung tu. Kenapa kau kejutkan aku?" soal naga itu.
"Dia penat sebab banyak korbankan diri semasa di demansi lain. Kau buat apa je?"
"Tanya lah apa yang kau nak" naga itu seakan mengalah.
"Mana Atila?"
"Mana lah aku tahu. Aku bukan bodyguard dia nak tahu semua tu. Kau fikir aku akan biarkan kau berlawan seorang diri lagi ke?" bebel naga itu.
"Aku cuma tak nak menyusahkan orang lain saja"
"Tapi cara kau buat orang lain risaukan kau tahu tak? Kesian aku tengok teman lelaki kau tu"
"Aku tahu tapi aku buat ini semua untuk mereka semua"
Naga yang berada di dalam badan Teera hanya menggeleng kepalanya. Dia tidak tahu kenapa tuannya seorang yang keras kepala.
"Jazz sudah tiada ke?" soal Teera.
"Sudah. Kau boleh isytiharkan kedamaian kepada negara kau"
"Betul ke?" soal Teera seakan tidak percaya.
"Ya, jangan risau. Kalau ada pemberontak mereka tidak lagi mengugut kau kau dengan Jazz. Mereka akan hanya memberontak saja"
"Pemberontak susah nak kawal walau ketua mereka sudah tiada. Mereka akan tetap ada walaupun apa saja yang aku telah berikan" ulas Teera.
"Kau nak buat apa sekarang?"
"Aku tak tahu lah. Cuba kau beri cadangan kepada aku"
"Kau kahwin dengan Ash. Kesian aku tengok dia yang tunggu kau selama 24 tahun. Kau ini manusia atau tak" marah naga itu.
"Eh, biadap ya"
"Aku tak biadap tapi aku cakap apa yang betul. Kesian Ash. Kalau aku jadi dia, aku dah cari perempuan lain"
"Tengoklah dulu"
"Ada juga aku lempang kau" marah naga itu.
"Teera?" tegur seseorang yang berdiri di belakangnya.
Teera menoleh kepalanya. Ash sudah terbangun dari tidur. Teera mengukir senyuman. Ash dengan segera peluk Teera.
"Aku rindukan kau tahu tak"
"Ya, aku minta maaf sangat-sangat"
"Jangan tinggalkan aku lagi"
"Maafkan aku, Ash" Teera usap kepala Ash.
"Kau akan kahwin dengan aku kan?"
"Ya, sebab masalah kita sudah selesai. Terima kasih sebab tunggu aku, Ash"
Keesokan hari, Teera berjumpa dengan rakannya yang lain. Rakannya iaitu Robin, Ruby Akaily dan Nayrael gembira dapat jumpa dengan Teera.
"Kenapa kau tak beritahu yang kau pergi ke demansi lain? Aku risaukan tahu tak" bebel Akaily.
"Ya, betul tu. Aku kecewa dengan sikap kau" luah Nayrael
"Ya, aku minta maaf. Lagipun aku dan Ash akan kahwin minggu ini"
"Oh yeke? Kami akan datang ke perkahwinan kalian berdua, tahniah"
Teera mengukir senyuman. Jazz sudah tiada namun perberontak masih ada tapi dapat dikawal sepenuhnya.
Teera memerintah negara Digra dengan penuh adil dan saksama. Dia dikurniakan empat cahaya mata bersama dengan Ash.
Tamat
Hello guys, saya ada buat cerita batu iaitu I become Snow White stepmother. Jemput baca semua
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...