34. Kebangkitan (part 1)

69 10 0
                                    

Teera memandang tajam ke arah Yeager, Carla dan John. Perasaan dia kini bercampur kesal dan geram. Dia bercekak pinggang memandang ke arah mereka bertiga yang duduk di atas bangku di dalam khemah.

"Boleh beritahu apa yang berlaku?" soal Carla yang tidak tahu apa-apa.

"Malas aku nak beritahu. Kalau apa-apa terjadi kat Digra dan penduduk di sini, aku takkan maafkan korang. Bukan ke ketua dah beritahu yang penduduk di pulau Ninga tak boleh keluar?"

"Kami tak tahu apa-apa" ujar John yang tidak bersalah.

"Kenapa keluar dari pulau Ninga? Bukan dah diberi amaran ke? Ke korang bertiga ni tak dengar berita?" marah Teera. Dia hampir menengking tapi dia tahan perasaan itu.

"Teera, apa kita nak lakukan sekarang ni. Keadaan menjadi lebih parah" ujar Hana yang masuk ke dalam khemah.

"Aku tak pasti. Aku tak tahu nak lakukan apa sekarang"

"Aku tahu kau tertekan sekarang ni, apa kata kita pindahkan rakyat ke pulau Ninga?" cadang Hana.

"Pindahkan mereka? Tapi apa yang kita nak cakap dengan mereka?"

"Jangan risau. Aku ada cadangan untuk itu. Percaya cakap aku" ujar Hana. Dia keluar dari khemah tersebut.

"Korang bertiga kembali ke pulau Ninga. Kita tiada kesempatan waktu"

"Aku tak nak" bangkah Yeager.

"Kenapa pula?"

"Selagi aku tak lawan dengan kauz selagi tu aku takkan ke pulau Ninga"

"Aku malas nak layan kau. Kau punya fasal Jazz akan bangkit" geram Teera.

"Yeager, apa kata kita balik ke pulau Ninga. Kau tak tahu berapa kuatnya Jazz" nasihat Carla.

"Tiada siapa yang lebih kuat dari aku"

"Suka hati kau. Siapa suruh tak berlajar kat sekolah" geram John dengan perangai bodoh sombong Yeager.

Teera keluar dari khemah. Para unit tentera ditugaskan untuk menyuruh penduduk Digra naik ke kapal pergi ke pulau Ninga. Penduduk yang terpinga-pinga hanya ikut arahan. Mereka sebenarnya tertanya ap yang berlaku.

"Kenapa kita disuruh naik kapal?"

"Mana ahli kumpulan Tyzer?"

"Peperangan sudah tamatkan? Boleh kami balik rumah?"

"Apa yang berlaku?"

Persoalan yang dilemparkan oleh beberapa penduduk tetapi mereka hanya berdiam diri. Namun ada sebahagian penduduk enggan naik kapal. Mereka lebih rela duduk di rumah sendiri.

"Teera" panggil Ash yang menuju ke arah Teera.

"Ya?"

"Aku dengar kumpulan Tyzer dapat darah dari pengguna kuasa elemen cahaya dan kegelapan? Kau tak apa-apa ke?" soal Ash yang risau.

"Diorang tak ambil darah aku. Diorang ambil dari orang lain. Mereka dari pulau Ninga yang datang ke sini"

"Jadi, apa kita perlu buat?" soal Ash.

"Aku tak pasti. Apa yang kita perlu buat ialah bersedia"

Sementara itu, ahli kumpulan Tyzer berkumpul di tempat persembunyian mereka. Ketua ahli kumpulan Tyzer menerima tabung uji yang mempunyai darah. Ada lapan tabung uji yang di situ. Kini tinggal letak darah itu di tanah yang mempunyai tempat tinggal Jazz.

"Akhirnya, dapat juga darah Teera"

"Tuan, bukan darah Teera tapi darah pengguna kuasa elemen cahaya dan kegelapan yang lain. Aku terkejut bila dapat mengetahui bahawa pengguna elemen cahaya dan kegelapan masih hidup tapi kita tak tahu di mana mereka berada" jelas anak buahnya.

"Tidak kisahlah darah siapa tapi akhirnya Jazz akan bangkit. Kita akan pergi ke pulau di mana Jazz di tidurkan"

"Jauh tak pulau tu?" soal salah seorang anak buahnya.

"Dah semestinya jauh. Aku pernah pergi sana. Jom, kita semua pergi"

"Baik, tuan"

Ahli kumpulan Tyzer bersiap sedia untuk ke pulau di mana tempat Jazz ditidurkan. Mereka menaiki kapal untuk ke pulau itu. Rintangan dan halangan ditempuhi oleh mereka. Nama pulau itu ialah pulau Laz.

Pulau Laz merupakan pulau yang terpinggir dari Digra. Selain itu, pulau itu jauh dari Digra kira-kira 100000 km. Pulau itu dipenuhi halangan seperti ribut taufan, raksasa air dan sebagainya. Ia akan mengambil masa kira-kira dua atau lima bulan untuk ke sana.

Beberapa kapal yang dinaiki ahli kumpulan Tyzer tenggelam dan ada yang musnah akibat pukulan ombak besar dan raksasa. Namun, ketua tersebut tidak mengalah. Dia lakukan apa saja asalkan Jazz dapat bangkit semula.

[.............]

Haiwan mitos ataupun haiwan lagenda yang tinggal di sebuah pulau terkejut selepas mendengar berita darah pengguna kuasa elemen cahaya dan elemen kegelapan diambil. Mereka tidak sangka kejadian tersebut berlaku.

"Apa yang kita perlu lakukan? Kalau Jazz sudah dibangkitkan, susah macam ni" gelisah si pegasus iaitu kuda yang mempunyai sayap burung yang besar.

"Jazz susah dikalahkan. Hanya Queen Atila saja boleh kalahkan dia tapi Queen Atila sudah mati"

"Queen Atila belum mati" ujar seekor naga.

"Macam mana kau tahu dia belum mati?" soal unicorn.

"Sebab sumber kuasa dia masih wujud. Tapi aku tak tahu dia di mana. Aku tahu dia akan sedar tentang kebangkitan Jazz"

"Habis dunia ini, Jazz akan hancurkan seperti 2000 ribu juta tahun yang pernah dia lakukan" risau seekor naga.

"Perlu tak kita beritahu pengguna kuasa lagenda tentang hal ini?" soal seekor phoenix.

"Aku tak pasti. Kalau kita beritahu, macam mana kita nak mulakan?" soal seekor naga.

"Jangan risau" ujar seorang lelaki yang membawa sebuah buku.

"Eh, Mika. Kau ke mana? Dah lama tak nampak" sapa haiwan di situ.

"Jalan-jalan. Aku akan beritahu mereka tentang apa yang berlaku. Siapa Jazz dan bagaimana terbentuknya kuasa" Mika menawarkan dirinya.

"Jauh tau Mika dari sini ke Digra. Nak aku bawa kau tak?" seekor unicorn mempelawa Mika menaikinya.

"Aku nak naik phoenix"

"Suka hati lah kau nak naik siapa. Asalkan kau sampai ke Digra secepat mungkin" ujar seekor naga

"Tapi aku nak rehat"

"Mikael" geram haiwan tersebut.

Mikael hanya tersengih. Dia garu kepalanya yang tidak gatal "Aku gurau. Itu pun tak boleh ke?"

"Naik atas badan aku. Kita kena pergi sekarang" seekor burung phoenix biasa mempelawa Mikael.

Mikael naik atas badan burung phoenix tersebut "Aku pasti akan rindu korang semua"

"Kami tak pernah rindu kau. Berambus sana" halau haiwan di situ.

"Sampai hati"

"Pegang badan aku kuat-kuat Mika, aku nak terbang laju ni"

Burung phoenix itu membuka kedua sayapnya. Dia terbang di langit kemudian beredar dari pulau itu ke Digra secepat mungkin. Mikael menjerit sepanjang perjalanan membuat burung phoenix itu menyampah dengan perangai Mikael.

"Nasib baik dia pengguna kuasa lagenda, kalau tak dah lama aku campak dalam laut" bisik hati burung phoenix itu.

"Hei, burung. Aku tak sabar nak ke Digra. Mana tahu ada perempuan cantik"

"Jangan nak mengada. Kita ke sana ada misi"

"Hehe" sengih Mikael

Burung phoenix itu terbang membelai awan. Terbang selajunya untuk menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Queen Teera Where stories live. Discover now