41. Jazz mati?

60 7 0
                                    

Pertarungan antara adik dan kakak yang hampir menyebabkan sebahagian muka bumi hancur. Jazz dan Atila berlawan dengan kekuatan mereka masing-masing tanpa henti.

"Ambil ini, kuasa ais" Atila membekukan tubuh Jazz. Jazz dengan segera melepaskan kuasanya iaitu lohong hitam.

Lohong hitam itu menyedut ais ke dalamnya. Dia mara ke arah Atila yang membaling kuasa ais ke arahnya. Dia mengempal penumbuk lalu hayun ke arah pipi Atila.

Atila dengan segera menangkap penumbuk itu. Dia dengan segera sepak perut Jazz dengan lututnya. Jazz memuntahkan darah. Dia hayun kakinya yang diringi dengan kuasa ke arah kakak tirinya.

"Pelindung tanah" tanah terbentuk di pinggang Atila. Dia terundur ke belakang apabila kaki Jazz tepat menendang pinggangnya.

"Tembakan api" api menyala di sekeliling Jazz. Api itu menyeluru ke arah Jazz. Jazz cuba elak dari terkena api itu namun apa daya api yang dibaling Atila bersaiz matahari.

"Atila, aku akan dapatkan apa yang aku nak. Kau tak pernah rasa ke nak hidup di dunia yang tiada kuasa?" soal Jazz yang membaling lohong hitam ke arah Atila.

Atila membalas dengan menembak cahaya yang membuat lohong hitam itu lenyap "Tidak pernah"

"Cuba kau lihat mereka, mereka mula bermusuh iaitu semasa puak"

"Itu dari punca kau. Kau yang manipulasi mereka, Jazz" Atila mengikat kaki Jazz dengan akar tumbuhan.

"Ya, memang aku yang manipulasi mereka. Aku cuma nak dunia ini hanya ada satu puak dan tiada kuasa. Aku cuma nak ada manusia saja. Dunia akan lebih aman kalau macam itu"

"Jangan mengarut. Aku takkan percaya kata-kata kau" Atila menghentam Jazz di atas tanah dengan sekuat-kuatnya.

Jazz memuntahkan sejumlah darah. Dia memutuskan akar di kakinya dengan kuasa lohong hitam "Macam mana kau tahu yang aku berbohong, Atila?"

"Aku tahu semua itu. Dunia ini akan hancur kau buat. Betul tak semua itu?" soal Atila.

"Eh, memang betul. Aku bosan duduk di dunia ini. Biar dunia ini musnah. Aku pun tak kisah kalau aku tiada tempat tinggal asalkan apa yang aku nak dapat"

"Kau memang gila, Jazz"

Atila menyerang bahagian dada Jazz dengan menusuk pedang ais. Jazz sempat elak ke kiri tapi malangnya bahunya tersusuk dengan pedang menyebabkan bahunya berdarah. Jazz hancurkan pedang ais tersebut kemudian dia tumbuk perut Atila.

Atila mengundur ke belakang seketika. Dia memuntahkan darahnya. Bibirnya diketap kan "Kalau dunia ini musnah kau nak tinggal mana?"

"Aku dah beritahu. Aku tak kisah fasal semua itu asalkan dunia ini musnah. Kau tak faham ke?"

"Jazz, berhenti" seseorang hentikan pergerakan Jazz. Jazz tidak dapat bergerak langsung.

Dia dapati seorang klan Hyuga menuju ke arah mereka berdua. Dia pengguna kuasa darah. Jazz menelan air liurnya melihat klan Hyuga tersebut "Cis, kuasa ni juga kau tunjukkan"

"Atila, kau harus bunuh dia"

"Kau pasti ke kau boleh bunuh aku? Kalau aku mati, aku mampu untuk bangkit semula di dunia ini?" Jazz dengan segera melepaskan dirinya tapi perjalanan dia disekat.

"Aku akan bunuh kau" Atila menuju ke arah Jazz. Dia sentuh dada Jazz. Matanya sedikit terbeliak.

"Kau... kau jual jiwa pada syaitan? Kau biar betul?" Atila sedikit terkejut.

"Ya, betul tu"

"Kau tahu tak bahaya kau jual jiwa kau pada syaitan?" Atila agak terkejut.

"Aku tahu. Aku nakkan apa yang aku dapat. Aku pasti dapat"

"Perjanjian dengan syaitan mana kau dapat Jazz?" soal Atila.

"Ia berlaku 20 tahun dahulu. Aku jumpa buku tentang permukaan syaitan. Aku amalkan dan aku dapat kuasa tersebut"

"Aku akan masukkan kau dalam alam lain supaya tiada siapa yang akan cari kau"

Jazz dipenjara di suatu tempat yang dirahsiakan. Atila menghasilkan alam lain menyebabkan dia kehilangan sedikit tenaga. Alam itu akhirnya terbentuk kemudian Jazz dimasukkan ke dalam alam itu.

Jazz berkecai hancur hanya tinggal tulang. Buku syaitan itu disimpan di kota Atlantis. Puak di Digra bergaduh antara satu sama lain.

Atila tidur tanpa sedar. Klan Hyuga menyimpan Atila di suatu tempat. Peperangan antara puak diteruskan selama 1000 tahun kemudian sebelum muncul bulatan elemental yang baru.

[.................]

Mikael habis bercerita tentang kejadian beribu juta tahun dahulu. Teera seakan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Mikael.

"Aku tak percaya. Mana ada orang yang ada kuasa yang boleh kawal darah" bentak Nayrael.

"Sa... saya ada" ujar salah seorang dari klan Hyuga. Mereka di situ seakan terkejut.

"Itu menarik. Boleh tunjukkan tak? Sila serang aku"

Budak lelaki itu mengangkat tangannya di udara. Jarinya digerakkan menyebabkan pergerakkan Mikael ke hadapan. Budak lelaki itu juga gerakkan tubuh badan Teera, Nayrael dan beberapa puak di situ.

"Kuasa ni wujud seh" terkejut mereka yang berada di situ.

"Kuasa kamu masih lemah. Saya rasa budak lelaki itu patut dilindungi. Jazz akan bunuh pengguna kuasa macam kamu"

"Ba... baik" budak lelaki itu duduk.

"Itu yang terjadi rupanya. Macam mana kau tahu?" soal Ash.

"Susah nak beritahu. Kalau aku beritahu kalian tak percaya. Macam tadi" sindir Mikael. Nayrael menjeling Mikael.

"Kau mengata aku ke?"

"Eh, terasa ke?" sindir Mikael.

"Jadi, apa yang kita perlu buat untuk bunuh Jazz untuk kali ke dua?" soal Akaily.

"Mustahil. Sebab itu aku suruh sediakan rancangan sebelum menyerang"

"Jazz takkan berlawan sendiri. Dia pasti akan bawa tentera mereka sendiri" ujar Robin.

"Ya, betul tu. Semasa dia berlawan dengan kakak tirinya, dia bawa tentera dia namun tentera dia senang dikalahkan. Tapi, aku rasa tentera yang dia ada sekarang merupakan tentera yang kuat" jelas Mikael.

"Betul tu" angguk Ruby.

"Baiklah, apa rancangan kita?" soal Ruby.

"Teera, kau ikut aku sama juga dengan Hana. Ada sesuatu yang harus bincangkan. Kalian nanti aku berbicara"

Teera dan Hana memandang antara satu sama lain. Mikael menarik mereka berdua jauh dari kawasan orang ramai. Mereka berdiri di sebalik tembok. Kelihatan Mikael sedang berbincang bersama dengan Hana dan Teera.

"Kau rasa Jazz tu tak boleh dibunuh ke?" soal Robin.

"Entahlah. Atila berjaya bunuh di tapi ada seseorang yang bangkit dia ke dunia ini" jawab Ash.

"Susah nak percaya. Aku tak sangka ada klan yang wujud di dunia ini. Banyak misteri belum lagi diselesaikan" ulas Akaily.

"Memang betul. Aku misteri tentang kuasa Atila. Mayat Atila dan sebagainya" tambah Ruby.

"Ya, betul tu. Macam mana terbentuk bulatan elemental sebelum lapan elemen membentuk lapan elemen" ujar Akaily.

"Hal itu dibiarkan saja. Kita kena fikirkan yang kita perlu bunuh Jazz sebelum dia musnahkan bumi"

Mereka mengangguk antara satu sama lain.

Queen Teera Where stories live. Discover now