Teera elak ke kiri apabila not muzik sebesar pokok hampir menghiris pipinya. Not muzik itu terhempas pada dinding bangunan yang berada di sebelahnya.
Teera baling bebola api ke arah si pengguna kuasa muzik itu. Pengguna muzik itu melindungi dirinya dengan not muzik. Teera pecahkan tingkap bangunan dengan kuasa cahayanya, lalu dia masuk ke dalam bangunan tersebut.
"Mana nak pergi tu, hah?" dia ikut Teera masuk ke dalam bangunan.
Bangunan itu merupakan tempat pejabat. Terdapat banyak meja dan kerusi yang tersusun rapi di situ. Si pengguna muzik itu memandang ke arah kiri dan kanan, mencari Teera.
"Mana kau, Teera?" geram dia.
Dia memetik gitar menghasilkan gelombang menterbalikkan semua meja di situ. Namun Teera tiada di situ. Dia sangka Teera akan bersembunyi di bawah meja.
"Maaf, aku kat sini"
Teera menerpa ke arah belakang pengguna muzik itu. Pengguna muzik itu menoleh ke belakang dan dia terperanjat apabila Teera yang tiba-tiba menuju ke arahnya. Teera baling kuasa bebola api lalu dibalas dengan bebola air menyebabkan berlakunya wap air.
Pengguna muzik itu tidak nampak sebalik wap air yang banyak di sekelilingnya. Dia memetik gitarnya untuk hilangkan wap air itu.
Wap air mula hilang sedikit demi sedikit. Pengguna muzik mendapati Teera keluar dari bangunan tersebut. Dia menetap bibirnya kerana Teera memainkan dia.
"Tak guna kau, Teera!"
Dia keluar dari bangunan dan mendapati laluan ais. Dia ikut laluan ais yang telah dilakukan oleh Teera. Laluan ais itu menuju ke arah laut. Hana dan Teera berdiri di atas air kerana mereka mempunyai kuasa elemen air.
Kelebihan kuasa elemen air ialah pengguna boleh berdiri atas air serta boleh berjalan atasnya juga. Boleh juga dijadikan sebagai minuman jika tiada air di kawasan tersebut. Kuasa yang paling penting berbanding elemen kuasa yang lain.
Pengguna elemen air pada tahan lapan boleh kawal aliran darah dalam tubuh badan pengguna kuasa elemen lain. Kuasa itu dilarang digunakan dan dilarang untuk diajar kerana berbahaya.
"Baik, kau menyerah permaisuri Teera. Kalau kau serah diri, kami pun serah diri. Jangan risau, dunia ni tak perlukan elemen"
"Kau pasti ke?" soal Hana.
"Ya" pengguna muzik menggunakan bot muzik untuk dia berdiri di atas air
Pengguna muzik itu memetik gitar menghasilkan gelombang muzik. Teera dan Hana tidak mengelak malah membiarkan gelombang muzik itu ke arah mereka.
Tiba-tiba timbunan ais timb di hadapan Hana dan Teera gelombang muzik itu terhempas pada dinding ais menyebabkan not muzik itu terpantul. Pengguna muzik itu tidak dapat elak menyebabkan ni muzik itu terkena pada dirinya.
Dia terpelanting ke belakang menghempas pokok kelapa. Dia memuntahkan darahnya. Dia berdiri lu menuju ke arah Teera sambil menghunus pisau "Kau..."
Dia tanpa sedar masuk ke dalam air menyebabkan dia hampir lemas namun dia sempat terapung di atas ais dengan not muzik itu. Dia menuju ke arah Teera dengan geramnya.
"Woi, tenanglah. Jangan marah" nasihat dari Teera yang ambil pisau pengguna muzik itu.
Pengguna muzik itu menghasilkan kuasa muzik iaitu gitar, lalu kemudian dia hayun gitar itu ke arah Teera "Woi, jaga-jaga"
"Mati, mati, mati, mati" omel dia dengan geram sambil pegang gitar itu seperti seorang pembunuh.
"Dia macam pembunuh tapi guna gitar" gumam Hana.
"Hmm, betul tu. Kalau dia guna sabit nampak nampak rasanya dia memang pembunuh"
"Mati kau!" dia berlari kearah Hana dan Teera lalu hayun gitar kearah mereka berdua.
Ais yang timbul dari bawah air yang menajam ke arah dia. Ais itu mencucuk ke arah badan pengguna kuasa muzik itu. Ais itu mencucuk beberapa bahagian badan seperti lengang dan perut.
Dia memuntahkan darahnya menyebabkan air laut menjadi merah. Namun, darah itu membeku menjadi ais. Dia tarik dirinya dari ais itu menyebabkan darah dari badannya mencucur keluar dari badan.
"Kau ingat dengan membunuh aku dapat mematikan aku, hah?"
"Dah semestinya. Dah nama pun bunuh"
"Permaisuri apa macam ni, bunuh musuh sendiri" geram dia.
"Musuh apa macam ni, tak bersedia untuk mati" sinis Teera
"Dah nama pun musuh, mestilah kena mati" tambah Hana.
"Cis" geram dia. Dia ingin berlawan namun dia lemah akibat banyak darah yang dia hilang.
Kepalanya berdenyut-denyut. Bibirnya menjadi warna putih akibat pucat. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan seperti orang tak betul "Cis!"
"Teera, kita kena tangkap dia walaupun apa saja pun cara"
"Jangan risau, aku takkan bunuh dia cuma beri ugutan saja"
Ais mengelilingi pengguna muzik itu. Pengguna muzik itu terperanjat apabila dia di dalam penjara ais yang dilakukan oleh Hana. Dia hilangkan not muzik untuk dia masuk ke dalam air namun air itu telah dibekukan.
"Tak guna" geram dirinya.
Kedua belah tangannya dilekatkan dengan ais bagi mengelak dia membunuh diri. Pengguna muzik itu meronta-ronta untuk melepaskan dirinya tetapi tidak boleh.
"Maaf, ya. Kau dah masuk perangkap" ujar Teera.
Teera memang bercadang untuk menangkap musuhnya itu di laut untuk menjimatkan masanya menghasilkan kuasa. Separuh kawasan laut itu telah dibekukan dengan ais tetapi pengguna muzik itu tidak perasaan tentang hal itu.
"Jadi, kita nak buat apa dengan dia?" soal Hana.
"Bawa dia ke penjara yang khas untuk musuh negara. Aku akan bawa dia ke sana. Jom ikut aku"
"Kau ajak aku? Jauh tak penjara tu? Aku tak pernah pergi sana"
"Jangan risau, tak jauh pun penjara tu"
Teera mengapungkan penjara yang di dalamnya mempunyai seorang musuh. Hana mengikut Teera dari belakang. Mereka berdua dihalang oleh beberapa kumpulan Tyzer.
"Jangan harap kau boleh bawa dia ke penjara" seseorang mengacu pedangnya ke arah Teera.
"Teera, macam mana ni? Kita nak lawan ke?" soal Hana dengan perlahan.
"Jangan risau" Teera ke belakang beberapa langkah.
Kumpulan Tyzer menerpa ke arah Teera tanpa berfikir panjang menyebabkan mereka dibekukan oleh ais dari dalam laut. Mereka tak boleh gerakkan badan mereka dari ais tersebut.
"Maaf, kau dah masuk perangkap. Ramai juga yang masuk penjara ni" senyum Teera.
Kumpulan Tyzer yang terperangkap dalam ais cuba melepaskan diri dengan kuasanya mereka tetapi tak berjaya. Ais itu seakan-akan tebal. Hana bawa mereka yang dibekukan dengan kuasanya.
Mereka berdua segera beredar dari situ lalu membawa musuh ke penjara. Namun perjalanan mereka disekat disebabkan beberapa kumpulan Tyzer cuba menyerang Teera.
"Aduh, mereka ni memang tak boleh biarkan kita pergi ke?" keluh Teera.
"Tuanku, jangan risau. Kami akan lawan mereka" ujar beberapa unit tentera.
"Terima kasih"
Unit tentera melawan kumpulan Tyzer untuk halang mereka dari menghalang laluan Teera dan Hana menuju ke penjara.
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...