15000 juta tahun dahulu...
Kelihatan sebuah istana yang ditampung dengan awan di langit. Istana itu berwarna biru cair. Mempunyai empat bahagian berbeza dan bahagian itu mempunyai fungsi masing-masing.
Di istana itu, pemerintah duduk di istana itu bersama dengan klan Hyuga. Klan Hyuga diberikan keistimewaan tertentu namun sebahagian klan Hyuga tidak tinggal bersama dengan pemerintah.
Di dalam istana pula, terdapat perselisihan faham antara ahli keluarga mengenai Jazz. Jazz ketika itu berumur tujuh tahun.
"Anak luar nikah?" soal si isteri kepada suaminya. Si suami mengangguk dengan perlahan.
"Awak ada hubungan sulit dengan orang lain, sampai hati awak" si isteri menampar si suaminya. Kecewa serta remuk hatinya.
"Saya minta maaf tapi tolong lah, dia juga anak saya. Saya nak tenusu kesalahan saya" pinta si suami. Dia menyesal kerana dia menodai seorang wanita.
"Itu bukan masalah saya. Halau saja anak ini"
"Saya tak boleh. Saya bertanggungjawab untuk jada anak ini"
"Suka hati awak" si isteri dengan geram berlalu dari situ.
"Hei, kau ayah aku ke?" soal Jazz. Si raja menoleh melihat anaknya itu.
"Ya. Minta maaf sebab tidak menjaga kamu selama ini"
"Hmm"
"Oh ya. Kamu ada seorang kakak. Dia tua dua tahun dari kamu. Mari ayah kenalkan dia kepada kamu"
"Tak perlu. Aku ni anak luar nikah. Aku nak hidup bebas"
"Ayah betul-betul minta maaf. Tolong lah tinggal bersama dengan ayah. Ayah akan bertanggungjawab untuk semuanya" pinta si raja kepada anak sendiri. Dia menunduk di hadapan Jazz.
"Hei, Hei. Jangan lah macam ni" Jazz sedikit terperanjat. Dia mengarut kepalanya yang tidak gatal.
"Tolonglah, tolong"
"Yelah, yelah. Aku tinggal kat sini"
"Terima kasih"
Jazz mulai tinggal bersama dengan keluarganya walau kedatangannya tidak disambut mesra oleh ibu tirinya. Ibu tirinya berdendam dengan Jazz menyebabkan beberapa kali Jazz hampir terbunuh. Disebabkan itu, Jazz duduk di kawasan klan Hyuga.
"Hei, Jazz" tegur salah seorang klan Hyuga. Jazz yang termenung memandang tingkap, mengalih pandangannya ke arah lelaki tersebut.
"Kenapa klan Hyuga diberikan keistimewaan? Boleh beritahu tak?" pinta Jazz.
"Kami seiras dengan manusia dan bunian tapi kami bukan puak dari salah satu dari puak tersebut. Jangka hayat kami panjang dan kami boleh berkebolehan untuk bertukar tapi itu untuk beberapa dari klan saja"
"Itu saja?" soal Jazz.
"Kami ada kuasa yang sudah dijumpai oleh beberapa puak yang lain. Hanya klan Hyuga saja yang ada kuasa ni"
"Sebabkan kuasa kalian jadi istimewa?" Jazz seakan tidak puas hati.
"Semestinya tidak. Nenek moyang sebelum ini, pernah menolong raja dan permaisuri. Kami diberi anugerah besar oleh pemerintah, sehingga sekarang"
"Oh, kuasa istimewa tak menarik sangat. Aku cuma keliru kenapa kalian duduk bersama dengan golongan diraja" Jazz beredar dari situ.
Klan Hyuga pada ketika itu diketahui oleh semua puak. Ketika itu, puak masih aman. Keistimewaan klan Hyuga diketahui oleh pelbagai puak.
Jazz suatu hari sedang berehat di dalam biliknya. Tiba-tiba pintu biliknya ditendang dari luar. Rupanya ibu tirinya yang masuk ke dalam biliknya.
"Apa kau nak, perempuan?" soal Jazz dengan biadap nya. Dia memang malas nak berbual ibu tirinya.
"Betul ke kau berbual dengan klan Hyuga?"
"Ya, apa masalahnya?" soal Jazz.
"Dengar siniz hanya golongan diraja saja yang boleh berbual dengan klan Hyuga. Kau tiada hak untuk cakap dengan mereka. Kau fikir kau siapa hah?" marah si ibu.
"Suka hati lah aku nak cakap dengan siapa. Kau tiada hak nak tentukan hidup aku"
"Nasib baik si raja tua tu benarkan kau duduk kat sini, kalau tak dah lama aku halau kau" si ibu tiri menuju ke arah Jazz.
Jazz tidak bergerak. Bajunya ditarik oleh ibu tirinya. Dia dibawa ke sebuah bilik yang kosong. Dia dicampak masuk ke dalam bilik tersebut.
"Kau duduk dalam ni sampai suami aku balik. Kau tak boleh dapat makanan" si ibu tiri menutup pintu lalu mengkunci pintu.
Jazz hanya berdiam diri. Dia tak boleh buat apa-apa selain duduk berdiam diri "Hmm"
Jazz menolak sebahagian batu bata yang berada di dinding. Dinding itu ditolak ke tepi memberi laluan rahsia. Jazz masuk ke laluan itu untuk keluar dari situ.
Dia masuk ke bahagian tempat tinggal klan Hyuga. Beberapa klan Hyuga yang sedang melakukan aktiviti biasa terkejut melihat Jazz.
"Jazz, apa yang kamu buat di sini?" soal beberapa klan Hyuga.
"Kena denda lagi ke dengan ibu?"
"Diam. Dia bukan ibu aku" marah Jazz.
"Jazz, apa kata Jazz duduk kat kawasan klan Hyuga? Kami akan jaga kamu dengan baik" kata seorang wanita tua.
"Boleh ke? Nanti kalian kena hukuman"
"Jangan risau. Kami klan Hyuga yang banyak beri bantuan pada golongan diraja. Mereka takkan apa-apakan kami"
"Baiklah"
Akhirnya Jazz menetap bersama dengan klan Hyuga. Si permaisuri yang mengetahui hal ini hanya berasa marah tapi dia tidak boleh lakukan apa-apa.
[..........]
"Jazz" tegur Atila kepada Jazz yang sedang baring di atas tanah.
"Kau nak apa?" soal Jazz.
"Betul ke kau anak haram?"
"Betul"
"Oh" gumam Atila yang duduk di atas dahan pokok.
"Kau dah kenapa kat sini?"
"Aku bosan lah. Tiada teman untuk bermain"
"Jauhkan diri kau dari aku. Kau anak kesayangan permaisuri dan raja berbanding dengan aku"
"Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak kisah kau anak saf taraf atau tak. Kau tetap adik aku" ujar Atila.
"Ibu kau akan marah kalau dia dengar"
"Aku tak kisah" Atila lompat dari atas pokok lalu dia mendarat di atas tanah.
Jazz mengelak dari terkena pijakan Atila "Ish, kau ni"
"Maaf, jom kita main bersama" pinta Atila.
"Malas lah"
"Cepat lah" Atila tarik tangan Jazz.
Jazz nak tak nak terpaksa mengikut Atila. Mereka berdua tidak berapa rapat disebabkan sikap Jazz yang suka mengelak dari Atila.
Jazz sering kali dicari oleh Atila menyebabkan Jazz tidak senang duduk. Dia bersembunyi dari dicari oleh Atila. Tapi dia sering dijumpai oleh Atila.
"Ah, macam mana kau boleh jumpa aku?" soal Jazz yang melarikan diri dari Atila.
"Hmm, aku selalu ikut kau. Dari kau tidur sampai kau bangun"
"Itu bukan namanya stalker? Itu mengerikan. Jauhkan diri kau dari aku"
"Tak nak. Mari kita bermain bersama, Jazz" Atila berlari ke arah Jazz.
Sememangnya Atila lari laju menyebabkan Jazz sering ditangkap. Jazz sering dijadikan mangsa buli Atila setiap masa.
YOU ARE READING
Queen Teera
FantasyBook one : Legend of Teera. (Digalakkan untuk baca buku pertama) "Menjadi pemimpin merupakan tanggungjawab yang besar yang saya laksanakan. Bukan saja adil pada rakyat malah adil juga pada alam" Teera bertanggungjawab untuk mencari jawapan sejarah 1...