Gereja Faltar yang terletak di bandar Karuk itu merupakan gereja paling terbesar dalam negara, lokasinya berhampiran pelabuhan kapal dagang dan gereja ini juga terkenal dengan sejarahnya.
Suatu ketika dahulu, Aura-sama iaitu tuhan cahaya, telah turun dari langit untuk memberi rahmat kepada rakyat Karuk lantas membuatkan mereka hidup dalam suasana yang bahagia dan harmoni.
Dahulunya bandar tersebut terbiar sehinggakan tiada haiwan yang mampu hidup oleh kerana iklim yang sangat teruk, sering dilanda ribut petir dan tsunami.
Tiada sesiapa yang mengetahui puncanya.
Selepas mereka dikurniakan rahmat, tiada lagi bencana alam, tanah mula menjadi subur dan muncul sumber kehidupan di daratan dan juga lautan.
Mereka membina petempatan di situ, mengerjakan aktiviti perikanan, perdagangan, pertanian dan sebagainya.
Masyarakat di situ kemudian menamakan tempat tersebut Karuk yang membawa maksud rahmat.
Kini pelabuhan Karuk menjadi tempat menangkap hasil lautan dan perdagangan yang paling sibuk dalam dunia.
Mereka membina patung besar seakan Aura-sama di hadapan gereja Faltar bagi memperingati jasanya.
*Crowd* Kelihatan gereja tersebut dipenuhi oleh penganut dari pelbagai bangsa, ada yang sedang berdoa, menderma dan juga nuns yang sedang menyediakan makanan untuk fakir miskin dan anak yatim.
Bangun, belajar, berdoa, menghulurkan bantuan, menyediakan makanan, mengubati orang sakit, itulah rutin para nuns setiap hari di gereja tersebut.
Mereka akan menjalankan tugasan yang telah diaturkan oleh Mothers mengikut warna pakaian masing - masing, setiap warna mempunyai tugasan yang berlainan, ada warna sebagai pengajar, pencuci, pekebun, penghantar, dan sebagainya.
Kelihatan beberapa nuns sedang berdoa di hadapan patung kecil yang terletak di belakang bangunan tersebut.
Selepas berdoa mereka kembali melakukan tugas, salah seorang daripada mereka menuju ke peti surat yang tergantung di pintu masuk lalu mengambilnya dan memasukkan ke dalam raga bulat.
Pada hari itu Nun tersebut ditugaskan untuk menghantar surat. Dia menuju ke dapur, bilik persalinan, asrama, bilik guru dan ruang makan untuk memberikan surat kepada penerimanya, hampir 20 keping surat telah dihantar dan surat yang terakhir itu membuatkannya tersenyum kerana mengenali pemberinya lalu menuju ke taman yang tidak berjauhan dari gereja.
Pemandangan di taman tersebut sangat indah, cantik dan nyaman, ia dihiasi dengan pelbagai jenis bunga.
Nun tersebut kemudian memeluk tubuhnya kerana berasa dingin disebabkan oleh tiupan angin yang kuat datang dari arah laut lalu memegang surat dengan erat bagi mengelakkannya daripada terlepas.
Dia dapat melihat dua orang Nuns sedang berehat di kerusi panjang sambil berbual lantas mata mereka bertemu lalu mengukirkan senyuman.
Meskipun mereka berdua itu adalah Nuns tetapi reka bentuk pakaian mereka berlainan dengan Nuns yang lain, dari segi corak, gaya dan warnanya.
Pakaian tersebut dijahit khas hanya untuk mereka berdua sahaja.
"Mother Freya, ada surat untuk Mother." Nun yang baru tiba itu menghulurkan sekeping surat kepada Freya sebelum beredar, tugasnya pada hari itu telah selesai.
Mother Freya adalah salah satu Mothers yang bertanggungjawab menguruskan gereja Faltar dan para Nuns, beliau juga salah satu tokoh yang terpenting di dalam dan luar negara, berumur lingkungan 80-an, bertubuh kecil dan kurus, seorang yang peramah, penyayang dan pemurah.
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...