Di dalam bangunan Persatuan Peniaga Bersatu, PPB yang terletak di bandar Walnot kelihatan kawasan tersebut sedang sibuk dengan orang keluar dan masuk.
Mereka terdiri daripada usahawan yang terkemuka, bangsawan dan promoters yang sedang mempromosi barang - barang baru mereka.
Segala hal ehwal berkenaan pengurusan perniagaan akan dibuat di dalam bangunan tersebut seperti memohon lesen perniagaan, memohon bantuan modal, membayar yuran dan sebagainya.
Di sini mereka akan dilatih menjadi usahawan, pengurus, peniaga yang berjaya, bertangungjawab dan mampu mengatasi segala kesukaran dalam isu perniagaan.
Kepada mereka yang berbakat dan berkebolehan akan ditaja oleh penaja - penaja yang hebat.
Di dalam salah satu bilik di bangunan itu kelihatan Haru sedang berbincang dengan seseorang. Dia bercakap dengan nada yang penuh semangat supaya orang tersebut berasa yakin terhadapnya.
Haru melampirkan beberapa kertas yang mengandungi hasil keuntungannya beberapa bulan yang lepas dan ianya sangat memuaskan. Untuk menambahkan lagi keyakinannya Haru menjelaskan bahwa yang mengajarnya dalam bidang perniagaan adalah Puan Maslin dan Old Geezer, mereka adalah antara peniaga yang terkemuka.
Haru kemudian menerangkan strategi seterusnya, dia berazam untuk memperluaskan lagi bisnesnya di bandar - bandar lain.
"Hm...." Penaja itu sedang berfikir sambil melihat kertas lampiran hasil keuntungan perniagaan Haru.
Haru tidak mendesak, memujuk atau memuji kerana itu bukanlah gayanya, dia hanya menunjukkan hasil perniagaannya yang semakin meningkat.
"Baiklah, saya setuju." Akhirnya dia membuat keputusan untuk menjadi penaja Haru yang pertama.
Mereka berdua menandatangi kontrak.
"Terima kasih kerana setuju. Saya yakin Encik Mosh takkan menyesal menjadi penaja saya." Haru bersalaman dengan penajanya.
Dia beredar lalu pengusaha lain pula memasuki bilik itu dengan tujuan yang sama sepertinya.
Haru kemudian bertemu dengan beberapa ahli perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
****************************
Selepas membuat pendaftaran menjadi adventurer Haru kemudian bertolak menuju ke bangunan PPB untuk berjumpa dengan penaja.
Dia meminta Rose menguruskan premis dan berjumpa party member di Restoran Wicked sekiranya dia tidak sempat.
Selepas berjumpa dengan penaja dan menguruskan penempahan items dan equipment baru, dia pun pulang ke rumah yang berada di tingkat atas premisnya.
"Saya dah balik."
"...." Tiada suara yang menyambut kepulangannya.
*Knock* Haru membuka lampu ruang tamu lalu mengetuk bilik Rose.
"...." Tiada tindak balas.
"Hm?" Haru berasa hairan lalu memikirkan keberadaan Rose, jam menunjukkan pukul 9 tetapi dia masih belum pulang.
Perjumpaan dengan party member mereka sepatutnya seketika, hanya memaklumkan masa bertolak dan Haru telah pun menyiapkan semua tugasannya maka mereka boleh bertolak esok.
"Hm.." Haru memikirkan mungkin Rose ada urusan lain atau berjumpa dengan teman - temannya.
Sementara menunggu kepulangannya Haru menjamah makanan yang terhidang di atas meja sambil menyambung sedikit kerja.
An hour later.
Haru telah selesai makan dan kerjanya juga telah disiapkan namun Rose masih belum pulang, dia berasakan ada sesuatu yang tidak kena, kebiasaan Rose akan pulang sebelum pukul 10 meskipun telah diberitahu bahwa dia tidak mengambil berat akan waktu kepulangannya.
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AventuraHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...