Muncul portal di ruangan bawah tanah istana Baxia iaitu tempat yang sama Jerum dan Movius bertolak, kelihatan seseorang sedang memerhati Jerum keluar dari portal tersebut.
*Confuse* Orang tersebut berasa hairan melihat dahi Jerum berkerut seperti menahan kesakitan dan dia berjalan menggunakan tongkatnya seumpama terseliuh lalu melihat ke arah kakinya lantas terkejut. *Shock* "Jerum! Apa dah jadi dengan kau!?"
"...?" Sebelum menjawab Jerum melihat penampilan orang tersebut.
Dia seorang lelaki berbangsa Demons, bertubuh sederhana dan sedikit bongkok, dahinya terdapat dua tanduk kecil dan di sisinya terdapat sebatang tongkat yang dipenuhi dengan biji mata pelbagai jenis kehidupan.
Rupa tongkatnya sangat mengerikan, biji - biji mata yang dicantum itu sedang bergerak - gerak sambil melihat sekeliling seolah - olah ianya masih berfungsi.
"Terserempak 2 durjana dalam Dungeon." Balas Jerum sambil menunjukkan keadaan sebelah kakinya yang terputus angkara Dayang.
"HA!? Apa yang diaorang buat dalam Dungeon tu!?" Nada suara Dalang lebih ke terkejut daripada hairan. Dia tidak bertanyakan nama atau gelaran dua durjana itu kerana mereka semuanya sama iaitu mahluk 'perosak', rancangan Demon King untuk menakluki dunia telah dirosakkan oleh mereka.
Durjana atau Heroes adalah golongan yang sangat kuat, mereka dapat mengalahkan Boss Monsters dengan mudah meskipun ia dari Level 80 jadi memang tidak sesuai bagi golongan ini memasuki Dungeons kerana Monsters di situ bukanlah tandingan mereka meskipun ingin meraih kekayaan.
Segala permintaan mereka akan ditunaikan oleh raja. Mereka mahukan tanah akan diberikan tanah, mereka mahukan darjat akan dikurniakan darjat kerana mereka ini orang yang penting selepas raja dan kerabatnya.
"Aku rasa mereka dah mula syak. Kita kena percepatkan ritual. Mana item tu?" Tanya Jerum lalu melihat tubuh Dalang untuk mencari sesuatu.
*Shake Head* *Depress* "Aku gagal."
*Confuse* "Ha gagal? Kan kita dah tahu kelemahan Sage tu, apa masalahnya lagi?"
"Bukan dia tapi orang yang sama cederakan aku hari tu." Kata Jerum sambil memegang dadanya yang masih lagi terasa sakit walaupun kecederaan itu berlaku beberapa hari yang lalu.
"Ha? Macam mana dia boleh ada dekat situ, bukan kau dah tutup semua laluan ke?"
"Aku tak pasti, nasib baik Movius datang dan aku sempat lari. Dia dah bertolak ke bandar Raxion."
"Macam mana ni? Kalau takda, tak jadi proses ritual." Tanya Jerum dengan nada gelisah.
"Jangan risau, aku ada plan B."
"Oh yelah, plan yang tu. Hehehe..." Jerum ketawa mengingatkan rancangan yang masih belum dilaksanakan dan kata - katanya kepada dua durjana tadi.
Mereka kemudian berjalan menuju ke kawasan ritual.
"Dalang pasangkan aku kaki baru." Arah Jerum kepada Dalang mencari kaki baru di timbunan mayat di kawasan ritual itu.
*Search* Dalang mencari kaki yang sesuai untuk Jerum di timbunan tersebut, mayat lama tidak boleh digunakan kerana sudah reput lantas dia mencari di timbunan - timbunan mayat yang masih elok.
"Hmm, ni sesuai rasanya." Dalang memilih mayat yang tidak reput, tinggi dan besarnya lebih kurang Jerum.
AIR CUT
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...