*Roar* WOOAAARGH!
Grrrrr....!
Party Haru bukan sahaja berhadapan Boss Monster Level 80 bahkan 50 juga, dia berasa hairan dan khuatir terhadap situasi tersebut, ia tidak sepatutnya dan tidak akan berlaku kerana sistem dungeon tidak diatur sebegitu namun sekarang bukanlah masanya untuk memikirkan hal tersebut lalu dia menoleh ke arah party membersnya.
Haru dapat membaca hati dan fikiran mereka yang berbaur pelbagai perasaan.
*Anger* *Despair* *Anxiety* *Doubt*
Dina sedang melutut dan tangannya yang memegang senjata menggigil kerana ketakutan manakala wajahnya pucat sama seperti malam tadi, dia tidak dapat menumpukan perhatian dengan keadaannya seperti itu.
Manakala Rose pula telah bersiap sedia untuk melakukan serangan namun Haru dapat melihat kerisauan dan keraguan pada raut wajahnya, sungguhpun dia dapat memegang rapier dengan kuat tetapi dahinya mengalir peluh dingin, keadaannya sama seperti Dina cuma dia dapat menyembunyikan ketakutannya.
Dia yakin mampu menewaskan Boss Monster Level 50 tanpa pertolongan Haru tetapi tidak apabila menentang Dullahan kerana ia bukan saingannya dan apatah lagi menentang kedua - duanya sekali gus.
Untuk menewaskan Dullahan sekurang - kurangnya memerlukan 2 full parties terdiri daripada Rank Gold yang berpengalaman namun party Haru itu tidak memenuhi kriteria tersebut, walau bagaimanapun situasi itu boleh diatasi oleh mereka.
Haru bukanlah semata - mata pengusaha, pembaiki dan pembuat senjata, dia juga salah seorang daripada Heroes yang memerangi pihak Demons pada beberapa tahun lepas dan dapat mengalahkan General Demon yang jauh lebih kuat daripada Dullahan itu.
Keupayaan dan kepantasan yang dimilikinya itu luar biasa sehingga berjaya menumpaskan Demon King yang telah menguasai dunia selama ratusan tahun dan dia dinobatkan sebagai The Greatest Heroes namun reaksinya ketika itu sangat cemas kerana dia telah melakukan kesalahan besar dan Rose mengetahuinya.
Haru tidak membawa 'partner'nya atau kata lain senjata yang telah membantunya menumpaskan Demon King iaitu Energy Dagger.
Dengan adanya senjata tersebut Haru dapat mengatasi masalah itu tetapi sikap memandang rendah terhadap dungeons telah memakan dirinya.
Perbuatannya itu telah membuatkan mereka berada dalam bahaya dan menganggap Rose mampu mengatasi apa jua masalah adalah salah.
Walaupun bersara dia seharusnya membawa senjata tersebut demi keselamatan dan langkah berjaga - jaga meskipun menghadapi dungeons Level bawahan kerana malang tidak berbau.
*Disappoint* *Regret* Wajahnya yang kesal itu telah dilihat oleh Rose, tanpa menunggu arahannya dia memulakan serangan ke atas dua Boss Monsters itu.
Dia tidak mahu memberi peluang kepada Boss Monsters membuka langkah menyerang party membersnya.
*Startled* "Rose!?" Haru tersentak dengan tindakan Rose itu lalu ingin membantunya.
"Selamatkan Dina dulu." Arah Rose lalu Haru melihat keadaan Dina yang tiada perubahan, masih melutut dan tidak bergerak.
"Dina! Dina!" Panggil Haru namun tiada tindak balas, dia perlu mengejutkannya daripada lamunan tetapi sebelum itu dia memastikan dahulu Rose mampu berhadapan dua Boss Monsters buat sementara waktu.
Rose dapat menahan, mengelak dan membalas serangan tetapi pergerakkannya agak perlahan mungkin kerana dia ingin menyimpan tenaga atau dia sedang cemas.
Skeleton Soldiers yang melindungi Boss Monster Level 50 itu dapat ditewaskannya dengan mudah.

YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...