Episode 21

104 9 0
                                    

Dayang terlebih dahulu tiba di ruangan Boss Monster Level 50 namun dia tidak menghampiri pertempuran yang sedang berlaku kerana ingin melakukan sesuatu.

Dia mengecilkan mata sambil mengaktifkan skill melihat jarak jauh dan skill ini juga dapat melihat kelemahan seseorang yang lebih lemah daripadanya.

EYES OF OMNIA

Muncul dua bulatan kecil di hadapan kedua - dua matanya yang berbentuk seperti scope senjata api berjarak jauh.

*Surprise* "!! ....Tsk." Ternyata apa yang dia ragui menjadi kenyataan.

Dengan menggunakan skill tersebut dia dapat melihat 3 Dullahan sedang mengaktifkan skillnya, party members raid yang berada dalam keadaan bahaya dan juga seseorang yang dia amat benci.

Dayang mengambil dua special arrows dari dalam quiver yang berada di belakangnya itu lantas casting magic light pada arrows tersebut sambil matanya melihat seseorang lalu teringat kembali perbuatan kejam yang telah dilakukannya. *Hate* *Angry* "...."

Tidak lama kemudian Marie dan Yuyun tiba lantas berdiri bersebelahannya.

"Dayang, apa yang kau nampak? Diaorang masih hidup?" Tanya Marie yang ingin mengetahui situasi raid party, dia mengharapkan bahwa mereka sempat tiba sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diigini.

"General Demon berambut merah bersama 3 Dullahan, aku tak ingat nama dia dan ramai yang terkorban." Balas Dayang sambil meletakkan dua arrows yang diselaputi light magic pada tali bownya.

"Jerum The Summoner." Balas Marie sambil berlari ke arah party raid itu bersama Yuyun manakala Dayang sedang menarik tali bow sehingga tangannya melepasi rahang lalu casting magic attack dan sasarannya adalah dua Dullahan.

Cast magic yang Dayang lakukan itu mengambil masa yang lama tetapi kekuatan yang akan dihasilkan oleh arrows tersebut sangat kuat, sesuai digunakan ketika musuh tidak sedari akan kehadirannya. Ia salah satu skill terkuat yang ada pada Sniper.

Dayang menyasarkan serangan ke arah Dullahan kerana kekuatannya mampu menghapuskan mereka tetapi tidak Jerum yang berkemungkinan dapat menahannya dan Dayang mengutamakan keselamatan party raid.

Sedang Marie dan Yuyun bergegas menghampiri party raid, Marie melihat Jerum telah melancarkan serangan ke arah adventurer yang berpakaian Nun lalu terkejut kerana dia sangat mengenalinya. *Surprise* "!!"

Kelihatan Nun tersebut sedang casting high magic namun tindakannya itu telah membuatkan Marie berasa sangat marah kerana magic itu bakal meragut nyawanya dan juga berasa kagum kerana sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan nyawa yang lain.

Marie berasakan bahwa Nun itu tidak akan sempat selesai casting memandangkan serangan Jerum semakin mendekatinya lalu Marie menghala staffnya yang berwarna putih dan emas ke arah Nun tersebut. *Shout* "Jangan kau sentuh anak murid aku!"

AEGIS

Muncul aura pelindung yang sangat kuat dan tebal meliputi tubuh Nun itu yang bertujuan melindunginya lantas serangan tersebut dapat dipatahkan, serangan yang berbentuk kayu besar dan tajam itu telah hancur menjadi debu akibat pelanggaran dengan aura pelindung.

*Pant* "Ah..." Marie menghembus nafas lega kerana dia sempat tiba di tempat kejadian,  jikalau dia lambat meskipun sesaat pasti nyawa anak muridnya melayang.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now