Episode 5

128 15 0
                                    

Lelaki dan perempuan yang berpakaian kemas itu memasuki bangunan Guild lalu memerhati para adventurers yang sedang sibuk melakukan tugas masing - masing.

Mereka sedang berbincang, membahagikan ganjaran, menyemak equipment, meminta nasihat daripada orang lama, menjamah makanan, bersuka ria dan sebagainya lantas membuatkan lelaki dan perempuan itu tersenyum lebar.

Lelaki itu kemudian menuju ke salah satu kaunter lalu duduk di hadapan staff guild bersama pasangannya.

Staff tersebut berasa sedikit hairan dengan kehadiran mereka yang tidak kelihatan seperti adventurers kerana kaunter itu khas untuk pendaftaran baru dan penyerahan quests, kaunter yang menguruskan demand atau membuat request bagi yang bukan adventurers berada di ruangan lain. "Nama saya Ekin, apa yang saya boleh tolong Encik?" Tanya staff guild kepada lelaki itu.

"Saya Haru dan ni Rose, kami nak masuk dalam dark dungeon.

"Hm..." Ekin mengambil sedikit masa untuk berkata kerana sedang menilai kekuatan mereka berdua yang nampak sederhana. "Saya tak menggalakkan Encik masuk ke dungeon tersebut dengan hanya dua orang, lebih selamat kalau Encik tubuhkan full party tapi sebelum tu boleh saya tengok emblem Encik?"

".... Saya takda emblem."

"??" Ekin menyengetkan kepalanya sedikit kerana terkejut akan jawapan diberikan Haru itu. Setiap orang mengetahui bahwa syarat untuk memasuki dungeons adalah mereka perlu mempunyai emblems. "Encik kalau tak ada emblem tak boleh masuk dungeons. Hanya yang ada emblems sahaja yang layak masuk.

"Oh.. Hm.. Betul juga." Haru telah melupakan perkara tersebut dan dia sebenarnya mempunyai emblem tetapi tidak mahu mempamerkan bagi mengelakkan identitinya terdedah. "Haa... Kalau masuk dungeon tu full party tanpa saya jadi adventurer boleh tak?" Haru cuba cara lain, mungkin syaratnya telah berubah.

"Tak boleh Encik. Walau macam mana pun Encik kena jadi adventurer untuk masuk dungeons. Apa kata Encik daftar." Bunyi nada Ekin sedikit tegas, dia tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut.

"Saya tak lama jadi adventurer. Takda cara lain ke?"

"Takda Encik, itu syaratnya."

Bukan Haru tidak mahu mendaftar tetapi setiap kali events atau perkara lain yang melibatkan para adventurers dia diwajibkan hadir. Haru kalau boleh hendak mengelakkan diri daripada terlibat dengan mana - mana perkara yang tidak membabitkan perniagaannya.

"Kalau party member saya Gold Rank dan dia jadi bodyguard saya, boleh tak saya masuk?" Haru masih lagi berdegil walaupun telah diberitahu berulang kali namun selepas mendengar sebutan Gold Rank wajah Ekin berubah.

Selama bertugas Ekin tidak pernah melihat adventurer Gold Rank kerana ruangan mereka bukan di situ dan mereka juga jarang melakukan quest. Mereka lebih memilih untuk menjadi Royal Knight atau bodyguard bangsawan kerana ganjarannya lebih besar dan selamat daripada memasuki dungeons.

Quest Board Hard iaitu untuk adventurer Gold Rank hanya terdapat di ruangan yang berada di hujung bangunan. Ruangannya sangat cantik dan selesa, mereka dibekalkan makanan dan minuman yang istimewa secara percuma oleh pihak guild.

Dungeons yang layak dimasuki oleh mereka iaitu Level 80 ke atas sangat berisiko meskipun mendapat keuntungan yang banyak.

Sekiranya hendak melakukan quest di level tersebut mereka memerlukan full party iaitu 4 ke 6 adventures berRank Gold ataupun full raid party yang melibatkan sekurang - kurangnya 15 adventurers dan seorang atau lebih di kalangan mereka itu seharusnya berRank Gold manakala yang lain Silver, Bronze dilarang menyertainya.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now