Episode 23

91 9 0
                                    

"Dina! Tunggu!" Jerit Marie sambil mengejar anak muridnya yang telah dikepung oleh Monsters namun jeritannya itu tidak dihiraukan malah langkah kaki Dina semakin laju.

Monsters yang berada di tepi penjuru mulai menyerang Dina dan serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh magic daripada Marie dan panah daripada Dayang.

"Nanti dulu Dina!"

*Stumble* *Run* Dina teruskan berlari walaupun telah tersandung beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan pada kedua lutut namun dia tidak pedulikannya.

"Marie, kenapa dengan anak murid kau tu? Dia cari siapa?" Tanya Dayang sambil menyerang Monsters yang cuba mendekati Dina. Dia dan Marie tidak perlu memikirkan keselamatan diri kerana tiada Monsters di situ yang berani menyerang mereka.

"Dia cakap nak cari party members dia. Dina! Sabarlah dulu!"

Dina berlari menuju ke pintu gerbang yang terbuka tanpa mengambil kisah sekelilingnya kerana dia mengetahui bahwa Marie dan Dayang akan melindunginya, fikirannya sekarang hanya memikirkan keberadaan Haru dan Rose, mungkin mereka memerlukan bantuan segera.

Sesampai Dina di dalam ruangan itu perasaannya berubah takut dan sedih.

*Afraid* *Sad* Terdapat satu magic circle yang besar di permukaan lantai dan juga kesan darah yang banyak sehingga hampir memenuhi saiz magic circle itu.

Dina melutut lalu menutup mukanya menahan tangisan kerana memikirkan nasib party membersnya yang telah dibunuh dengan kejam oleh Dullahan dan Jerum.

Marie dan Dayang yang baru tiba sedikit terkejut melihat keadaan dalam ruangan itu, ianya seperti tempat pemotongan daging.

*Sad* *Cry* "Cikgu.. Party members saya... Sob.. Takda orang, banyak darah.. Mana diaorang pergi? Mungkin dah terlambat, mungkin ni bukan darah diaorang. Mungkin... Sob.." Dina berasakan bahwa Haru dan Rose masih hidup meskipun telah melihat darah banyak, selagi tidak menjumpai mayat Dina tetap dengan penderiaannya tetapi hatinya berasa sedih.

"Cuba cerita sebenarnya apa yang berlaku?" Tanya Marie sambil memeluk tubuh Dina manakala Dayang menghampiri magic circle itu untuk melihatnya dengan lebih jelas.

Dina menceritakan semasa dia dan party membersnya menentang Dullahan, mereka berdua mengorbankan diri demi menyelamatkannya.

"Dina... Kau perlu bersyukur ditakdirkan masih hidup, sepatutnya kau kena sayang nyawa kau, bukannya berlari melulu macam tadi. Diaorang akan rasa kecewa tengok kau macam ni." Marie sebagai senior menasihati Dina jangan sesekali cuai meskipun dalam keadaan panik, kesilapan kecil berkemungkinan boleh membawa maut.

"...Sob."

"Ingatlah diaorang dalam memori, jangan lupakannya. Pengalaman pertama memang sedih Dina, cikgu tahu, terimalah kenyataan." Marie juga pernah berasa sedih kerana kematian, ramai sahabatnya telah terkorban dalam peperangan.

"...Tapi-"

*Surprise* "..! Marie! Tengok ni." Dayang menjumpai sesuatu pada magic circle itu lantas menyentuhnya. "Tulisan ni, kau tahu tak?"

"Ha?" Marie melihat terdapat beberapa patah perkataan mengelilingi luar dan dalam bulatan tersebut lalu dia menggelengkan kepala kerana tidak mengetahuinya.

Marie seorang cendiakawan yang hebat, pelbagai jenis ilmu sudah dia pelajari namun dia masih tidak memahami maksud tulisan itu begitu juga dengan Dayang yang telah hidup beratus tahun, itulah kali pertama mereka melihatnya.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now