Episode 17

119 10 0
                                    

Baxia adalah sebuah kawasan atau negara yang terletak di hujung timur dunia dan berdekatan dengan negara Yordia(Negara Elves).

Penduduk yang menetap di Baxia terdiri daripada pelbagai jenis Demons dan Monsters.

Negara tersebut sentiasa berada dalam keadaan kucar - kacir dan huru - hara kerana mereka seringkali berbalah dan bertingkar sehingga mengakibatkan pertumpahan darah.

Keadaannya tidak pernah aman dan tenteram kerana dari sejak dahulu mereka telah dipupuk dengan sifat menindas yang lemah dan menyanjung yang kuat.

Walaupun Baxia berhampiran Yordia tetapi mereka sukar hendak mencerobohi sempadan negara Elves itu kerana di antara dua buah negara tersebut terdapat cerun yang sangat luas dan dalam manakala ruangan udara pula sentiasa diawasi oleh askar sempadan.

Beberapa tahun lepas terdapat beberapa jambatan menghubungkan dua negara tersebut yang dibina oleh pihak Demons.

Selepas peperangan tamat, jambatan itu telah dimusnahkan oleh para Heroes dan yang lain bagi menggelakkan daripada pihak Demons memasuki sempadan Yordia lagi.

Meskipun menang peperangan namun bilangan Demons masih ramai. Pernah mereka cuba mencerobohi sempadan Yordia dengan membina jambatan baru tetapi usaha mereka telah dipatahkan oleh para adventurers dan juga askar sempadan.

Kerajaan Yordia bersama kerajaan lain membuat keputusan membina benteng yang besar dan tinggi berdekatan dengan cerun itu bagi menghalang daripada para Demons memasuki dan menjelajahi kawasan lain.

Benteng tersebut bukan sahaja menjadi pertahanan ke atas Yordia malahan seluruh dunia.

Kini Yordia dan juga negara lain berada dalam keadaan aman dan harmoni, tiada lagi berlaku serangan dan ancaman dari pihak Demons.

Namun hal demikian telah menyebabkan para pengawal menjadi leka dan lalai kerana menganggap pihak Demons dan kuncunya telah berputus asa selepas ketiadaan Demon King.

Malangnya tanggapan mereka itu adalah salah, berpuluh ribu Demons dan Monsters buas berada di dalam hutan sekitar Baxia sedang memerhati sempadan Yordia dengan reaksi dan perasaan yang penuh dendam. Mereka semua telah bersiap sedia dan sedang menunggu masa yang sesuai untuk mencerobohi sempadan tersebut dan seterusnya menakluki dunia.

Di tengah negara Baxia terdapat sebuah istana yang sedang diawasi oleh Monsters yang berada di udara dan di darat.

Keadaan istana tersebut sangat teruk kerana separuhnya telah hancur dan terdapat dinding - dinding yang berlubang besar.

Jika dilihat istana itu dari jauh sememangnya kelihatan seperti bangunan yang terbiar dan tidak berpenghuni.

*Gallop* KDUK! KDUK! KDUK! KDUK!

Kedengaran bunyi tapak kaki kuda menghampiri pintu gerbang istana itu dengan laju lantas Monsters yang sedang mengawasi memandang penunggang kuda tersebut.

Kelihatan penunggang kuda itu bertubuh sasa, berpakaian Full Armor berwarna hitam manakala belakangnya tergantung sebilah pedang yang besar.

Setelah memastikan identiti penunggang itu Monsters kembali mengawasi istana dan tidak mengendahkannnya.

Selepas melepasi pintu masuk istana penunggang itu turun dari kuda lantas menuju ke tingkat bawah.

Terdapat pelbagai jenis bilik di bawah istana itu antaranya bilik besi seperti penjara, bilik yang penuh dengan alat atau senjata untuk mendera, bilik yang pintunya dirantai besi yang besar dan sebagainya.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now