"Dina... Apa yang berlaku kat Haru dan Rose bukan salah kau."
"Emi... Ni kali kedua diaorang selamatkan aku. Apa yang aku balas kat diaorang? Bersembunyi dalam Safe Zone."
"Jangan cakap macam tu Dina, diaorang selamatkan kau bukan sebab nak tengok kau salahkan diri kau."
"Hm..."
Dina kini berada di dalam bilik penginapannya bersama Emi. Dia menceritakan kejadian yang berlaku ketika partynya berada di dalam Dark Dungeon.
Rose bukan sahaja perlu berhadapan Boss Monster Level 50 malahan Dullahan. Dina ingin membantu tetapi pertolongannya itu telah menambahkan bebanan ke atas mereka. Haru kemudian meninggalkannya di Safe Zone lalu dia kembali kepada Rose, malangnya mereka berdua tidak muncul dari ruangan Boss Monster tersebut.
"Dina..." Emi berasa sedih melihat nasib rakan karibnya itu, dia ditimpa nasib buruk berhadapan sesuatu yang dasyat dan Emi juga tumpang simpati ke atas Haru dan Rose yang telah terkorban.
Emi memberitahu hal yang berlaku dalam bangunan Guilds semalam, Master Yuyun telah membuat Quest yang bertujuan untuk menyiasat Dungeon tersebut dan ramai adventurers dijangka bakal menyertainya.
Emi tidak sempat menghabiskan penjelasannya berkenaan ganjaran dan bahaya Quest tersebut kerana dicelah oleh Dina.
"Aku rasa Haru dan Rose masih hidup, mungkin sekarang diaorang sedang bersembunyi, sesat atau hilang macam yang berlaku kat adventurers lain, diaorang bukannya mati."
"Dina..."
"Emi.. Firasat aku kata diaorang masih hidup, mungkin diaorang dapat larikan diri dari Dullahan."
"Dahlah tu..."
"Aku tak percaya selagi tak jumpa mayat diaorang, aku nak tengok dulu."
"Dina... Kenapa kau cakap macam tu?"
"Aku nak buat Quest tu juga, aku nak ikut."
"Badan kau masih lemah Dina, kau kena banyakkan berehat dan lagipun kau tak perlu risau, dalam kalangan party members tu ada yang veteran."
"Aku dah sembuh, tengok ni." Dina mengerakkan seluruh anggota badannya lalu menghasilkan magic ke atas Emi.
HEAL
Tubuh Emi bercahaya berwarna hijau menandakan tubuhnya sedang dirawat, segala luka ringan akan sembuh sepenuhnya namun magic tersebut tidak memberikan kesan kerana Emi tidak mengalami sebarang luka tetapi bukan itu yang Dina ingin tunjukkan.
"Aku mampu casting magic." Tambah Dina.
"Tak boleh..."
"Alaa Emi... Aku nak berjuang bersama diaorang selamatkan Haru, Rose dan yang lain. Manalah tahu kemahiran aku ni diperlukan." Dina masih memikirkan party membernya masih hidup dan mereka memerlukan pertolongan dengan segera.
*Sigh* "Okay macam ni lah, ramai adventurers akan masuk dungeon tu untuk selamatkan Haru, Rose dan yang lain, ditambahkan lagi 3 adventurers Rank Gold, jadi kau tak perlu risau."
"Kan bagus kalau lagi ramai." Dina masih berdegil, dia ingin menyertai party raid itu.
*Mad* "Dina! Cukuplah dengan apa yang kau dah hadapi, jangan tambahkan kesusahan hati aku, nanti kalau apa - apa jadi aku nak jawab apa dengan cikgu kau!"
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...