Episode 14

109 9 0
                                    

"Tumpang lalu! Tolong bagi laluan, terima kasih. Aduh ramainya orang. Tumpang lalu! Terima kasih!" Laluan pintas yang dipilih oleh Fang itu agak sesak memandangkan ianya laluan Merchant District maka dia terpaksa menjerit sedikit kuat mengarah beberapa orang di hadapannya itu membuka ruang dan mereka memberi kerjasama setelah melihat situasi di belakangnya.

"Kenapa tu!?"

"Tak tahu, kami jumpa dia dalam Dungeons."

"Ish! Teruk ke?"

"Tak pasti, kami nak minta tolong kat Guild."

"Pergi cepat!"

Joey mendukung Dina di belakang sambil berlari manakala Fang menjawab pertanyaan orang di sekeliling.

Pada mulanya mereka berasa hairan dan tertanya - tanya namun selepas mendengar perkataan Dungeons mereka kembali melakukan kerja masing - masing, situasi yang berlaku itu sudah lali dan hanya segelintir sahaja yang berasa simpati.

"Tolong! Ada orang perlukan rawatan sekarang!" Teriak Fang sesampainya dia di ruang makan dalam bangunan Guild.

*Pant* "Hah penat..." Joey kemudian membaringkan Dina di atas meja panjang lalu jatuh terduduk kerana keletihan.

"Kenapa dengan dia?" Soal salah seorang daripada adventurers di situ lalu mendekati Dina untuk memeriksa nadinya.

*Shake Head*

"Nadinya lemah dan dahinya panas, dia demam ni."

"Air... Air... Dahaga..." Jeoy berjalan seperti orang sakit menuju ke bilik air manakala Fang memanggil staff Guild.

"Apa yang dah berlaku?" Tanya Ekin yang baru tiba bersama dua rakan kerjanya yang membawa peti pertolongan cemas.

"Dia pengsan dalam Safe Zone." Jawapan yang diberikan oleh Fang itu bukanlah jawapan yang ditanya Ekin, dia tidak mengetahui perkara sebenar dan dia bukan seorang healer atau doktor untuk mengenalpasti kondisi Dina jadi dia memberitahu lokasi mereka menjumpainya.

"Mana party membersnya?"

"Dia seorang jer ada kat situ."

"Healer! Tolong bagi rawatan kat dia, kecemasan." Sebagai staff Guild Ekin perlu menjalankan tugasnya menolong Dina kerana keselamatan adventurers yang berada di dalam bangunan tersebut menjadi tanggungjawab mereka.

HEAL
PURIFICATION
REGENERATION

Kelihatan tubuh Dina bercahaya berwarna hijau dan kemudian kuning, magic tersebut memberikan mana dan juga mengembalikan tenaganya.

*Open eyes* Dina kembali sedar lalu membuka matanya dengan perlahan, dia melihat ramai orang sedang mengerumuninya. "..." Dina sedari bahwa dia berada di dalam bangunan Guild lantas air matanya mengalir kerana kegembiraan, dia tidak lagi berseorangan.

"Eh kenapa menangis? Kamu sakit lagi?" Soal Ekin.

*Shake Head*

"Kalau macam tu cuba kamu duduk. Haa kamu bawakan air minuman, dia perlu hidrat." Arah Ekin kepada Fang.

Dina membetulkan rambutnya yang menutupi separuh muka sebelum bangun lantas Ekin dapat melihat wajahnya.

*Startled* "Kamu bukan ke clie-" Tanpa menghabiskan katanya Ekin berlari memanjat anak tangga untuk mencari seseorang.

"Nah air, minum perlahan - lahan."

*Gulp* "Terima kasih..."

Fang melihat keadaan Dina semakin baik lalu dia berasakan masa tersebut sesuai memulakan pertanyaan.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now