Episode 10

109 11 0
                                    

Pada keesokan pagi Rose bertemu Emi untuk mengkhabarkan hal yang telah berlaku ke atas Dina.

Emi sangat terkejut lantas bergegas menuju ke kediaman Haru yang tidak berjauhan dari bangunan Guild iaitu di Merchant District.

Lokasi kediaman dan juga premis Haru tidak begitu strategik kerana berada di hujung jalan berbanding premis yang lain, para pelanggannya terpaksa berjalan jauh, membazir masa dan tenaga semata - mata untuk membeli barangan di premisnya.

Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak mematahkan semangat para pelanggannya yang setia.

Sejauh mana kaki melangkah, selama mana menunggu mereka sangup menghadapinya demi memperoleh barangan di premis Haru The Greatest Merchant.

Kelihatan Emi dan Rose tiba di hadapan premis Haru yang tidak beroperasi lalu melihat laluan mereka itu sesak dengan ramai orang yang sedang sibuk membeli - belah di premis yang berdekatan.

Laluan tersebut agak sempit disebabkan oleh para peniaga memasang meja di hadapan premis mereka yang bertujuan untuk mempamerkan barangan yang terkini dan menawarkan promosi.

"Mari masuk...! Mari masuk...!"

"Pilih! Pilih! Pilih! Pilih! Hari ni saja ada, esok belum tahu..!"

"Haaaaaa...! Murah! Murah! Murah! Murah!"

"Ada promosi! Beli satu percuma satu! Beli dua percuma tiga! Mari singgah...!"

"Barang baru sudah sampai! Mari tengok! Tak beli pun takpa! Kalau beli saya bagi love..."

Kedengaran suara para peniaga sedang sibuk menarik perhatian pelanggan di sepanjang laluan itu sehingga membuatkan suasana menjadi riuh rendah lantas Emi berasa sedikit terkejut kerana itulah pertama kali dia memasuki Merchant District dan menghadapi suasana heboh seperti di medan peperangan.

Dia kemudian meneliti premis Haru lalu membuat perbandingan, di dalamnya tidak penuh dengan barangan, sangat jauh dari laluan masuk, tidak sebesar premis yang terkenal dan nama premis itu tidak menjadi sebutan dalam kalangan para adventurers.

Emi bertanggapan bahwa Haru tidak mempunyai ramai pelanggan atau dia pengusaha baru.

Mereka berdua berjalan melalui lorong kecil menuju ke bahagian belakang premis Haru kerana di situ terdapat tangga naik ke kediamannya selain dari dalam premis.

Kedatangan mereka disambut oleh Haru lalu Rose menunjukkan bilik tidur Haru di mana Dina sedang berehat.

Emi membuka pintu lantas terlihat Dina sedang baring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"...! Dina!" Emi memangil Dina berulang kali sambil mengoyangkan bahunya namun tiada tindak balas.

"Dina! Bangun Dina! Dina!"

Emi bukan sahaja mengoyangkan bahu malah tubuh Dina dengan kuat namun hasilnya tetap sama, perasaan risaunya mula berubah takut. "DINA!"

"Bersabarlah, nanti dia sedarlah tu, keadaan dia semakin pulih." Kata Rose.

"Bukalah mata Dina..."

Dina bukanlah berada dalam keadaan koma seperti yang Emi sangkakan tetapi dia sebenarnya sedang tidur dibuai mimpi, wajah dan nafasnya kembali normal tidak seperti malam tadi.

Emi tidak mengetahui perkara yang sebenar, Rose hanya menjelaskan bahwa Dina pengsan ketika berlatih bersamanya.

"Hm.." Emi menggunakan cara lain, dia menggeletek kedua tapak kaki Dina dan perbuatan tersebut telah berjaya menyedarkannya.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now