Kelihatan seorang nun sedang minum di kedai makan bersama seorang gadis yang sedang sibuk semak sesuatu di atas kertas, walaupun perutnya sudah kekenyangan tetapi wajahnya tampak muram.
"Tak ada seorang pun yang jual amanroth. Emi, pagi tadi kau kata kedai kat area sana tu ada jual, penat aku cari." Nun itu mengeluh.
Emi yang sedang sibuk membuat kerjanya memandang ke arah gadis itu.
"Dina, sabarlah. Item yang kau nak tu rare. Tak semua Monsters drop item tu. Item tu drop kat Dungeon Level 50 ke atas. Adventurer mana yang nak gadaikan nyawa tanpa full party masuk kat dungeon tu."
"Tapi Emi, aku telah ditugaskan mendapatkan item tu segera. Ini dah lebih 2 minggu aku tak jumpa."
"Macam ni lah Dina, role kau healer/support kan. Apa kata kau join adventurer. Lepas kau join, kau request party untuk pergi ke dungeon tu."
"Aku kan dah beritahu kau yang aku nak teruskan belajar. Cikgu aku cakap banyak benda lagi yang kena practices . Lagipun, aku tak tahu cara nak fight Monsters."
"Rugilah Dina, Guild memerlukan role Healer macam kau ni. Pasal fight Monsters kau jangan risau, tugas kau hanya support jer, party member lain akan lindungi kau. Lagipun, kau pandai dan aku rasa tahap kau dah layak dapat Silver Rank. Kau boleh buat Dungeon Level 50 ke atas pun. Tinggal nak cari party members je, takpa yang tu aku boleh uruskan."
"Tapi Emi aku datang sini nak cari item tu jer, bukan nak join adventurer lawan Monsters, jadi kaya, berkenalan dengan adventurer lain, jumpa dengan adventurer yang handsome, jatuh cinta, lepas tu kahw-in.." Wajahnya bertukar merah apabila memikirkan apa yang telah dia sebutkan.
"Asyik sibuk belajar, sedar - sedar dah tua. Waktu ni lah kau nak berkenalan dengan lelaki kacak. Kau tak nak kahwin ke?"
"Mestilah nak! Tapi aku tak fikirkan lagi hal tu. Aku nak fokus belajar untuk menjadi High Priest."
"Cita - cita kau sangat besar Dina tapi aku yakin kau mampu buat."
Dina mendongak kepala sedikit ke atas sambil meletakkan tangan ke dadanya lalu membuat muka bangga. "Huh!"
Emi tersenyum melihat gelagat sahabatnya yang pantang dipuji lalu meneruskan kembali kerjanya.
"Hm..." Dina tidak mahu menganggu kerja sahabatnya lalu memandang orang di sekeliling.
Pelbagai jenis orang yang Dina nampak.
Ada golongan elves long ears, short ears, ada golongan big dwarfs, small dwarfs, half demon, half bloods dan humans.
Elves berkongsi meja dengan dwarfs dan half bloods, humans pula dengan half demons.
Mereka masing - masing sedang berbual, menanya khabar, ketawa kegembiraan, seakan - akan sebuah keluarga yang besar.
Ada yang berpakaian besi lengkap, yang hanya memakai helmet besi, perisai besar, perisai kecil, senjata besar, senjata kecil dan macam - macam lagi.
Kedengaran beberapa orang sedang bercakap berdekatan dengan meja makan Dina.
"Kau ada dengar cerita tak pasal ramai orang mati dalam dungeons baru - baru ni?"
"Ada juga, mayat mereka tak jumpa kan."
"Mungkin kena makan dengan monsters."
"Tapi takda orang pun yang jumpa kesan kena makan, sungguh misteri."
"Keluarga mangsa takda buat apa - apa report ke?"
"Jiran aku, dia dengan party members dia tak keluar dari dungeons dah lebih sebulan. Isteri dia dah maklumkan dekat pihak guilds tapi diaorang beritahu suami dia mungkin dah mati."
"Perkara tu biasalah, nak buat macam mana, dah sampai ajal."
Dina terdengar kata - kata mereka lalu bertanya kepada Emi.
"Emi, betul ke kisah ramai orang hilang dalam dungeons?"
"Tak tahulah aku, master guild ada beritahu, diaorang hilang mungkin bukan disebabkan mati tapi benda lain. Master tak buat apa - apa tindakan, takut menimbulkan kerisauan dekat para adventurers dan mereka tak jumpa sebarang bukti lagi." Balas Emi.
"Emi, dungeons bahaya ke?" Tanya Dina lagi.
"Bahaya Dina, tu antara risiko para adventurers kena hadapi."
"Aku takutlah Emi, aku dahlah tak pernah masuk dungeons, siapa nak tangung kalau diaorang mati sebabkan aku." Kata Dina dengan nada yang risau, dia tidak mempunyai pengalaman dan ilmu tentang Monsters.
"Kau jangan risau Dina, aku akan pilih party members untuk kau."
"Hm... Nantilah aku fikirkan Emi, aku kena tulis surat dulu."
Selepas makan, Dina pulang ke bilik penginapannya di pinggir bandar itu.
Dia menukar pakaian tidur lalu membuka tingkap bilik untuk menghirup udara malam.
Dia kemudian duduk kerusi yang berada di sebelah katilnya lalu mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen.
Dia menulis tentang khabarnya dan ingin menjadi adventurer untuk sementara kerana duit yang dibawanya hampir kehabisan.
Dina tidak menjelaskan kenapa duitnya habis, dia takut dimarahi oleh cikgunya jikalau cikgunya dapat tahu sebabnya.
Dina menghabiskan ayatnya memberitahu dia akan pulang selepas mendapat item amanroth.
Setelah selesai menulis, dia memberikan surat itu kepada penjaga rumah dan menyuruhnya menghantar ke gereja di Karuk.
Sebelum tidur, dia berangan - angan menjadi adventurer yang termasyhur, mengalahkan ratusan monsters dan mendapat pujian orang ramai. Dia ketawa kecil sambil mengoyangkan kedua kakinya di hujung katil.
Tidak lama kemudian, dia pun tertidur sambil dibuai mimpi yang indah.
*Giggle* Masih lagi ketawa kecil walaupun sedang tidur.
![](https://img.wattpad.com/cover/160571936-288-k74497.jpg)
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...