Special Episode Haru and Rose 1

108 7 0
                                    

Kelihatan Haru sedang bersiap - sedia memulakan perniagaannya namun items dan equipment yang ingin dijual tidak disusun dengan rapi oleh kerana ketiadaan masa lapang memandangkan dia terlalu sibuk berjumpa dengan penaja.

Weapons, armors, accessories dan barangan lain dilunggukan ke satu tempat, tiada almari atau meja untuk mempamerkan barang - barang tersebut.

"Hm okay..." Selepas memastikan semua barangan mempunyai tanda harga lantas dia memulakan operasinya.

A few hours later.

Seperti biasa premisnya dipenuhi ramai pelanggan yang berpusu - pusu membeli sehingga kesemuanya habis dijual dan ada di antara mereka terpaksa membuat tempahan.

"Kepada pelanggan yang dihormati, dukacita dimaklumkan barangan telah habis dijual, mohon maaf kepada mereka yang tidak sempat membeli dan terima kasih kerana memilih premis ini, sila datang lagi."

Sudah lebih 2 tahun Haru membuka perniagaan di Merchant District yang terletak di bandar Xelion. Walaupun terdapat ramai pesaing namun perniagaannya tetap untung.

Setiap hari dia berjaya mendapatkan pelanggan tetap tetapi sehebat manapun dia tidak akan berdaya menguruskan semua urusan berseorangan diri.

Haru tidak dapat menjaga dirinya dengan baik, seperti makan dan minum, pakaian, rumahnya yang sentiasa dalam keadaan bersepah dan lain - lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan.

Hal ini bakal mendatangkan kesusahan ke atas dirinya, lambat - laun dia berkemungkinan tinggi untuk jatuh sakit.

*Sigh* "Aku perlukan pembantu."

Haru merancang untuk membeli hamba tetapi bandar tersebut tidak membenarkan sebarang aktiviti menjual hamba lalu dia mencari cara lain.

Haru menuju ke Worker District lalu memasuki bangunan yang menawarkan perkhidmatan mencari pekerja.

Dia diberikan files yang berisi info dan keperibadian pekerja - pekerja yang dikehendaki namun setelah semua lampiran habis disemak dia meninggalkan bangunan itu dengan wajah hampa kerana tiada seorang pun dapat menarik perhatiannya, mungkin takdir tidak menginzinkannya memilih pekerja pada hari itu.

A few days later.

Haru dikehendaki berjumpa penajanya di luar bandar Xelion dan dia bernasib baik kerana pesaing dan juga mentornya iaitu Old Geezer ingin menghantar barangan ke sana lalu dia mengambil kesempatan itu untuk menumpang kereta kuda mereka.

Pekerja Old Geezer mengupah beberapa pengawal peribadi untuk melindungi mereka daripada bahaya memandangkan mereka memilih jalan pintas iaitu melalui hutan tebal.

Bahaya boleh datang dengan dua cara, sama ada binatang buas ataupun penyamun tetapi perkara tersebut jarang berlaku.

Pada kebiasaannya perjalanan mereka akan berjalan lancar namun malang tidak berbau, mereka berhadapan salah satu daripada bahaya tersebut.

"Serang!"

"Bunuh semua pengawal!"

"Ambil semua barang mereka!"

Haru dan yang lain telah diserang oleh para penyamun yang bersembunyi di dalam hutan.

"HAAA....!"

"Ugh!"

"Diaorang terlalu ramai!"

"Tepi!"

"H-h-ha?"

Haru melihat para pengawal tiada sikap kerja berpasukan dan pentingkan diri maka pertarungan tersebut menjadi kelam - kabut.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now