Episode 11

107 11 0
                                    

Dungeons adalah tempat kemunculan pelbagai jenis Monsters, penuh dengan perangkap bahaya yang muncul secara rawak, laluannya yang simpang siur, luas dan bertingkat, terdapat chests yang mengandungi harta di ruangan rahsia dan juga items atau materials yang diperoleh daripada Monsters.

Setiap dungeons mempunyai lokasi yang berlainan berpandukan jenis Monsters yang muncul di dalamnya.

Dungeons bagi Monsters berelement Earth berada di bawah tanah, Fire berdekatan gunung berapi, Dark sekitar tapak perkuburan, Water berada di dalam laut dan lain - lain.

Mereka sering tertipu terhadap keluasan sesebuah dungeons terutama yang baru digelar adventurers kerana mereka hanya didedahkan dengan saiz pintu masuk.

Sebagai contoh, dari luar mereka melihat saiz dungeons hanyalah sebiji rumah kecil tetapi apabila berada di dalam ianya seperti menara tinggi atau bangunan besar, mereka dapati terdapat tangga menuju ke tingkat atas dan bawah, ruangan yang sangat luas atau sempit, berpintu atau berpagar dan sebagainya.

Tiada siapa yang mengetahui bagaimana dungeons berfungsi dan penciptanya kerana ia telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.

Orang terdahulu mempercayai bahwa tuhan menggunakan dungeons sebagai tempat membela dan membiak Monsters untuk hiburan mereka namun tiada bukti atau rekod yang dapat mensahihkannya.

Pemerintah telah menubuhkan organisasi yang bernama Guild untuk menguruskan hal ehwal dungeons dan organisasi tersebut memilih individu yang tertentu untuk menerokai dungeons, mereka itu digelar sebagai adventurers.

Mereka yang hendak mengejar kekayaan mahupun kekuatan dalam masa yang terdekat akan memilih kerjaya sebagai adventurers.

Dungeons terbahagi kepada dua kategori, level bawahan dan atasan.

Level 1 ~ 50 dikategorikan sebagai level bawahan manakala level 51 ~ 90 level atasan.

Level 91 ~ 100 dianggap level paling susah kerana tiada sesiapa yang berjaya keluar maka pihak Guild telah melarang memasuki level tersebut.

Ruangan Boss Monsters berada di setiap angka yang ke - 10 tidak kira apa jua elements, lokasi dan kekuatannya tidak akan berubah meskipun ia tidak dikalahkan.

Haru memilih dungeon di mana anak perempuan Maslin disyaki hilang iaitu dungeon element dark yang berdekatan dengan tanah perkuburan namun Dina tidak mengetahui akan hal tersebut kerana objektif quest Haru adalah mencari items bukan rescue.

Selepas Emi memastikan kesihatan Dina semakin pulih dia membenarkannya menyertai Haru.

Sebelum bertolak Haru membawa Dina ke restoran terkemuka dan segala perbelanjaan telah dibayar sebagai tanda maaf di atas ketidakhadirannya pada malam tadi.

*Bow* "Terima kasih kerana belanja saya makan dan menyelamatkan saya." Dina menundukkan kepala sambil mengucapkan terima kasih kepada Haru dan Rose yang sedang berdiri di hadapan pintu masuk dungeon.

"Sama - sama, nasib baik takda apa - apa buruk berlaku."

*Sigh* "Ah..."

"Hm..." Dina menyesal dengan tindakannya yang boleh membawa maut itu dan bertekad tidak melakukannya lagi. Dia kemudian terlihat Haru membawa beg besar yang berisi barangan kelengkapan lalu menghulurkan wang untuk membiayai bahagiannya.

*Shake Head* "Takpa, simpan balik duit tu."

"??"

"Boss belanja sempena hari pertama dungeon." Celah Rose.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now