Episode 20

96 8 0
                                    

A day before.

Suasana di bandar Walnot sungguh meriah walaupun ia baru dibina beberapa tahun lepas.

Bandar tersebut telah dibina oleh pemimpin daripada pelbagai bangsa untuk rakyat mereka mengetahui dan mengenali lebih dalam tentang cara kehidupan bangsa - bangsa lain.

Setiap bangsa akan menyambut hari istimewa mereka di bandar itu bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara bangsa.

Setiap kali tiba hari perayaan atau sambutan hari istimewa pasti bandar itu didatangi berpuluh ribu rakyat jelata dari seluruh negara untuk melihat kecantikan dan keunikkan yang diadakan oleh bangsa yang berkenaan.

Pada kebiasaan harinya, bandar Walnot dikujungi pengunjung atau pelancong yang membeli buah tangan atau cenderamata untuk dibawa pulang ke tempat asal mereka.

Bagi mereka yang hendak berehat atau menginap akan menuju ke rumah penginapan yang terdapat di bandar itu. Pelbagai jenis rumah penginapan yang disediakan mengikut cita rasa dan kemampuan masing - masing.

Di sebuah rumah penginapan yang berada di pintu masuk bandar Walnot, kelihatan seorang perempuan Elf berada di kaunter sedang menulis sesuatu di atas buku.

Di hadapannya terdapat beberapa tetamu yang sedang beratur dan dia sedang menguruskan mereka bermalam di rumah penginapannya.

Perempuan Elf itu berambut panjang berwarna hitam, rambutnya diikat sanggul, wajahnya sangat cantik dan mempunyai suara yang lembut lantas membuatkan para tetamu terpesona melihatnya.

Selepas selesai menulis rekod tetamu, dia mengarah pekerja yang berada di tingkat atas menunjukkan tetamu yang baru ke bilik rehat mereka lalu dia menguruskan tetamu seterusnya.

Sedang dia sibuk menguruskan tetamu datang seseorang dari tepi mereka lalu menegurnya.

"Hello my sweet friend.."

*Surprise* "!!" Perempuan Elf itu terkejut dengan kehadiran orang tersebut lalu memanggil salah satu pekerja bagi menyambung tugasannya.

*Smile* "...."

"Marie...!" Perempuan Elf itu menghampiri Marie lantas memeluknya. Walaupun ketinggian Marie dikategorikan sebagai normal namun ketinggian perempuan Elf itu hanya paras bahu Marie, bukan kesemua bangsa Elves mempunyai ketinggian yang sama sepertinya cuma dia telah ditakdirkan sebegitu.

"Dayang, kau sihat?" Tanya Marie.

"Sihat, baik - baik sahaja. Kau pula?"

"Sihat juga." Balas Marie.

"Dah lama kita tak jumpa, lebih kurang 5 tahun kan, kau nampak matang." Kata Dayang sambil melihat penampilan Marie, pakaian yang dipakainya itu sama seperti pakaian Gereja cuma rekaan dan warnanya agak berlainan, ia menunjukkan bahwa Marie mempunyai pangkat yang berbeza.

"Ya, aku dah lama tak jumpa kau. Kau nampak muda... Hm! Kenapa kau masih nampak muda, geram pula aku, berapa umur kau sekarang?" Tanya Marie dengan nada sedikit marah sambil memegang wajah Dayang yang muda dan berseri itu.

"Tak sopan tanya umur perempuan, haha.." Walaupun Dayang kelihatan muda tetapi umurnya telah melebihi 100 tahun namun wajah tuanya sedikit pun tidak kelihatan disebabkan oleh bangsanya.

Dayang kemudian menjemput Marie duduk di ruang menunggu sambil menyuruh pekerjanya menyediakan minuman.

"Macam mana dengan business kau sekarang Yang, banyak untung dapat?" Tanya Marie sambil memerhati hiasan dan rekaan dalam rumah penginapan tersebut memandangkan itu persinggahannya yang pertama.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now