Episode 19

116 12 0
                                    

*Roar* ROARRGH! ROARRGH! ROARRGH!

*Laugh* "HEHEHEHE..."

Kedengaran bunyi jeritan 3 High Monsters dan ketawa bergema di ruangan tersebut.

*Despair* *Give Up* ""....."" Para adventurers berputus asa dan patah semangat melihat situasi itu.

Dullahan yang tadinya hampir dapat ditewaskan oleh mereka telah kembali pulih dan bukan itu sahaja, Jerum mengeruhkan lagi keadaan dengan menambah bilangan High Monstersnya.

Kejayaan mereka untuk menghapuskan 3 Dullahan sangatlah mustahil, gabungan kekuatan Monsters tersebut jauh ketara berbanding dengan kekuatan para adventurers bagai langit dan bumi, ditambahkan pula dengan kehadiran General Demon.

*Observe* *Smile* Jerum melihat reaksi dan kelakuan mereka yang berputus asa itu lantas tersenyum. Ada di antara mereka melepaskan senjata bersedia untuk menyerah, ada yang jatuh melutut kerana kepenatan dan ada yang menangis ketakutan kerana mengetahui yang menanti mereka hanyalah kematian.

"Terima jer lah takdir korang, walau apa cara sekalipun korang nak buat tak kan boleh berjaya." Herdik Jerum dengan angkuh sambil mendongak dagunya, reaksi wajahnya yang bangga diri itu jelas kelihatan.

Aoran kemudian mengalih perhatian ke arah party membersnya tanpa mempeduli herdikan Jerum itu lantas wajahnya kelihatan muram kerana hampa, bukan disebabkan oleh penambahan bilangan Dullahan tetapi ada sesuatu perkara yang membuatkan Aoran berkelakuan begitu lalu dia menundukkan kepala sebagai tanda meminta kemaafan.

"Maafkan saya kerana tak beritahu tentang hal Quest ni yang berkemungkinan bakal menentang High Demons. Kami sepatutnya usulkan hal ni kepada pihak istana dan meminta bantuan daripada diaorang tetapi Master Yuyun jelaskan bahwa diaorang tak kan menghulurkan bantuan selagi takda bukti kukuh, kemudian saya beri cadangan kat Master supaya membuat party raid bagi menyiasat perkara ni tetapi malangnya kami tak sangka bahwa ramalan kami mengenai penglibatan High Demons adalah tepat."

Setelah mendengar penjelasan itu para adventurers mula berasa marah, geram, kecewa dan sedih.

"Sepatutnya korang kena beritahu hal yang sebenar, tak kira lah ia ramalan atau pun tidak. Kalau kami tahu Quest ni ada kaitan dengan Demons dah lama kami tarik diri."

"Kami yakin dengan kemampuan kami untuk mengalahkan Dullahan lebih - lebih lagi adanya korang bertiga tapi bila melibatkan High Demons kami tiada harapan, kami bukan Heroes dan Rank kami tak tinggi macam korang. Ada di antara kami cuma Rank Bronze dan ada yang baru saja bergelar adventurers, mana mampu nak tewaskan orang seperti dia(Jerum), kami akan mati dengan mudah."

""Betul tu!""

Para adventurers meluahkan perasaan ketidakpuasan hati mereka terhadap party leader yang tidak memberitahu perkara sebenar.

*Speechless* "...." Aoran tidak bersuara malah dia hanya menundukkan kepala kerana tidak sanggup membalas renungan mereka.

"Sekarang macam mana? Nak lawan? Memang matilah. Nak lari? Siapa pula nak korbankan diri jadi umpan."

""....."" Mereka semua memandang ketiga - tiga Rank Gold tersebut seolah - olah telah mendapat jawapan. Mereka bertiga harus bertanggungjawab terhadap situasi itu memandangkan mereka yang mencetuskan idea.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now