Episode 8

128 12 0
                                    

Suasana dalam premis Haru The Greatest Merchant tetap sibuk meskipun tidak kedengaran suara yang memanggil pelanggan.

Hal ini kerana Haru tiada di premisnya, dia dikehendaki berjumpa beberapa penaja dan orang penting di bandar lain, tugasannya di premis diganti oleh Rose.

Haru menegaskan bahwa dia berkemungkinan pulang lewat dan tidak dapat berjumpa party member mereka maka Rose perlu menguruskannya.

Tujuan perjumpaan itu bukanlah untuk membincangkan strategi mahupun posisi tetapi hanyalah sekadar untuk memberitahu waktu kemasukkan ke Dungeons iaitu pada hari esok atau lusa, bergantung pada jadual Haru, dia akan cuba sedaya upaya menyiapkan semua tugasannya, jadi perjumpaan tersebut tidak mengambil masa yang lama dan Rose pun dapat berehat secukupnya memandangkan dia seharian menguruskan pelanggan.

Kelihatan ramai pelanggan di premis Haru sedang sibuk memilih, membeli, membandingkan harga barang - barang dan juga menempah barang. Mereka tersebut dilayani oleh tiga pekerja sambilan dan juga Rose.

Walaupun Rose mempunyai kemahiran berunding dan tawar - menawar yang tinggi namun dia tidak berkemampuan berada di banyak tempat dalam masa yang sama.

"...." Jam di dinding menunjukkan tepat pada pukul 5 lalu Rose melihat cuaca di luar yang kian mendung, menandakan hari hendak hujan.

"Kita tutup awal hari ni, ada hal." Arah Rose kepada pekerjanya lalu dia menuju ke biliknya untuk membuat persiapan bertemu party member manakala pekerjanya pula sedang mengemas menutup premis yang kebiasaan tutup pada lewat malam atau kehabisan stok.

Rose mengenakan pakaian outing berwarna hitam yang berjenama mahal, rambut diikat sanggul, membawa beg bimbit dan juga senjatanya. Sebelum bertolak dia menyiapkan makanan malam untuk Haru.

Sesampainya Rose di tempat perjumpaan, hujan mula turun dengan lebat. Dia memesan minuman dan makanan ringan untuk mengisi perutnya sementara menunggu kedatangan party member yang berkemungkinan akan lewat.

Meanwhile.

Setelah Dina selesai makan bersama Emi dia kemudian bersiap untuk berjumpa dengan party membersnya.

Dia memakai pakaian rasmi iaitu pakaian yang dipakai oleh para Nun dan senjatanya yang diselitkan di dalam jubah.

Dia berhasrat bertolak awal tetapi malangnya hujan telah turun dengan lebat maka dia terpaksa menunggu hujan reda, bukan dia takutkan pakaiannya basah, rumah penginapannya itu telah menyediakan payung kepada para tetamu cuma dia mahu mengelak daripada jatuh sakit yang boleh mendatangkan kesusahan ke atas party membersnya.

Dina kemudian melihat hujan tersebut sambil membayangkan dirinya sedang menentang Monsters bersama mereka. *Smile* Giggle* "Hehe..." Dia berasa gembira.

2 hours later.

Hujan semakin reda namun Dina dah terlambat, jam dinding hampir menunjukkan pukul 9 lantas dia bergegas tanpa menunggu hujan berhenti sepenuhnya. "Dah lambat."

Dia bukan lagi berjalan tetapi berlari ke restoran Wicked dengan harapan party membersnya masih menunggu, dia tidak mahu perjumpaan pertamanya dipandang serong.

*Pant* *Breath* "Ah.. Ah.. Fuh...." Dina sampai ke tempat perjumpaan lalu mencari party membersnya. "...." Dia melihat sekumpulan lelaki sedang meraikan sesuatu, pasangan tua yang sedang menjamah makanan, sekumpulan perempuan sedang berbisik lalu ketawa dan seorang gadis rupawan yang sedang menikmati minuman panas.

"Hm? Mana satu?" Dina hanya mengetahui bilangan tetapi tidak rupa mereka. Dia memandang sekumpulan lelaki lalu sekumpulan perempuan. Dia tidak berasakan mereka itu party membersnya kerana kedatangannya itu tidak dihiraukan.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now