Episode 63

59 2 0
                                    

*Footsteps* TAP! TAP! TAP! TAP!

TANG! TUNG! KLAK!

*Footsteps* TAP! TAP! TAP! TAP!

"...." Haru mendengar bunyi tapak kaki yang berat disebalik kabus tebal itu semakin menghampiri mereka.

TANG! TUNG! KLAK!

Kuro, Josh dan yang lain masih meneruskan kerja merobohkan jambatan, mereka tidak sedari akan bunyi tapak kaki tersebut.

Walaupun bunyi yang dihasilkan mereka itu agak bising seperti bunyi di kawasan tapak pembinaan namun Haru tetap dapat membezakannya.

*Footsteps* TAP! TAP! TAP! TAP!

Tapak kaki tersebut datang dari arah Baxia, mereka bukanlah dalam kalangan sahabat atau jiran tetangga tetapi musuh bagi setiap kaum iaitu Demons.

Mungkin mereka(Demons) dapat berasakan gema daripada hentakan Kuro lantas ingin menyelamatkan satu - satunya laluan yang menjadi penghubung dua buah negara itu.

Kenapa baru sekarang mereka(Demons) bertindak? Kenapa mereka(Demons) tidak mengawasi atau melindungi jambatan itu dari awal? Mereka(Demons) diberi peluang untuk merentasi sempadan jadi kenapa masih lagi berada di Baxia?

Soalan - soalan tersebut sedang bermain difikiran Haru, dia hanya mampu mengemukakan soalan kerana tiada masa untuk mencari jawapan.

"...." Jikalau dibiarkan lambat laun dia dan yang lain akan menghadapi situasi yang dasyat, Haru tidak berasakan bahwa mereka mampu menandingi dengan bilangan seramai itu meskipun melibatkan kesemua ahli kumpulan Barb jadi dia perlu melakukan sesuatu, melambatkan kemaraan mereka(Demons).

Kelihatan Archer keluar dari salah satu khemah yang berada di situ sambil membawa sledgehammer, pickaxe dan ropes lalu menghampiri Josh.

"Ambil ni, bila nak roboh kalau guna shield kecil kau tu.

"Kira bagus jugalah daripada orang tu." Josh dan Archer melihat Slayer sedang cuba merobohkan jambatan dengan menggunakan daggernya.

TANG! KLAK!

Ketukan kuat daripada Slayer itu malangnya tidak mendatangkan perubahan ke atas permukaan jambatan.

*Sigh* "Baik kau bagi dia pickaxe tu, ada juga faedahnya. Tali kat bahu kau nak buat apa?"

"Hm... Entahlah, aku bawa jer." Archer memberikan Slayer pickaxe lalu melepaskan ropes disebelah Haru.

"...." Haru melihat ropes tersebut lantas mendapat idea. "Bagi aku pinjam Bow dan Quiver kau."

"Ha?" Archer terkejut dan hairan dengan permintaan Haru, apa yang Bownya boleh buat dengan jambatan itu, menggunakan barang yang keras seperti hammer atau pickaxe lebih efektif namun dia tidak menyoalnya. "Nah.."

Haru kemudian mengikat ropes pada salah satu arrows yang terdapat dalam Quiver dan perbuatannya itu menambahkan lagi kehairanan Archer, dia perlu tahu apa yang Haru cuba lakukan kerana perbuatannya itu sangat pelik. "Kenapa Haru?"

"Diaorang tahu." Balas Haru sambil mendongak sedikit kepala ke arah kabus tebal lalu dahinya berkerut seperti sedang merunsingkan sesuatu.

"Diaorang tahu!?" Tidak semena - mena wajah Archer bertukar pucat dan mula berkelakuan panik, dia tidak perlu tanya siapa yang Haru maksudkan selepas turut sama melihat ke arah kabus tersebut, sledgehammer yang dipegangnya telah dilepaskan. "Diaorang nak datang serang! Macam mana ni!? Macam mana ni!?" Archer membayangkan ratusan Demons sedang menghampiri mereka dengan pantas.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now