Demons, bangsa yang sangat kejam dan digeruni oleh setiap mahluk di pelusuk dunia. Mereka bersikap buas, tidak berperikemanusiaan, tidak kenal akan erti belas kasihan dan juga tiada kasih sayang walaupun terhadap bangsa sendiri.
Suatu ketika dahulu, Demon King yang bernama Morzan telah menakluki hampir 1/2 dunia.
Morzan bersama 6 Generals Demons dan bala tenteranya telah membunuh dan melakukan kezaliman terhadap setiap mahluk selama ratusan tahun lamanya, mereka ingin menakluki dunia dengan cara yang kejam dan tidak berhati perut.
Pada ketika itu, pemimpin Yordia (Negara Elves) telah membuat perjanjian dengan pemimpin Betholpe (Negara Humans) dan Orpaza (Negara Dwarves) untuk menghapuskan Demon King dan kuncunya.
Negara - negara tersebut bergabung tenaga dan bertungkus - lumus menentang dan menghapuskan bangsa terkutuk itu dari muka bumi meskipun ianya mengambil masa yang panjang.
Peperangan demi peperangan, kekalahan diikuti kemenangan, keazaman serta semangat perjuangan, akhirnya Morzan dan beberapa Generalsnya telah berjaya ditumpaskan oleh para Heroes dan juga atas kerjasama dari 3 buah negara.
Walaupun mereka memenangi peperangan namun kematian bukan hanya berlaku ke atas Demons ia turut berlaku di kalangan Heroes dan yang lain.
Isteri kehilangan suami, Ibu dan ayah kehilangan anak, kehilangan sahabat dan juga kekasih.
Setiap pengorbanan mereka itu memberi makna dan peluang bagi yang lain meneruskan hidup terutama sekali kepada pelapis masa akan datang.
Kini, mereka semua dapat jalani hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Mereka dapat meluangkan masa dengan berhijrah, membuka perniagaan, mencucuk tanam, memulakan hidup baru atau mengerjakan Quests tanpa berasa bimbang dan takut lagi namun adventurers yang berada di Dark Dungeons Level 50 sedang berada dalam ketakutan selepas mengetahui identiti lembaga berambut merah.
Mereka sedang berhadapan salah satu daripada General Demons yang mereka anggap telah kalah dan mati dalam peperangan sebelum ini.
""!!!!""
*Depress* *Disappoint* ""Ahh...""
"Kenapa Quest ni tak beritahu kena lawan High Demons, aku tak sanggup mati dan kawan aku masih belum langsaikan hutangnya lagi."
*Regret* "Patutlah ganjaran banyak dan Quest ni dikategorikan sebagai Hard. Aku sepatutnya dengar kata party members aku jangan sertai raid ni, menyesalnya aku."
"Ini ke High Demons yang mereka cakapkan tu? Hmm, aura dia menakutkan tapi seram lagi aura isteri aku bila dia tahu aku curang."
"Demon! Aku akan hapuskan kau dengan pedang 150 Gals!"
"Eh! Murahnya kau beli pedang, beli kat mana?"
"Kat kedai Haru The Greatest Merchant."
*Afraid* "HAA! DEMON!"
*Silent* "".....""
Pelbagai reaksi dapat dilihat dalam kalangan adventurers di situ. Ada yang cuba melarikan diri tetapi telah dihalang oleh party members yang lain, ada yang menerima keputusan ketentuan takdirnya, ada yang berani hendak berhadapan dan ada juga yang sedang berkongsi kisah hidup mereka.
*Laugh* "HEHEHE....." Jerum yang berada di hadapan mereka itu ketawa dengan kuat kerana terhibur melihat karenah para adventurers.
*Disgust* Para adventurers memandang Jerum kerana berasakan bahwa ketawanya itu sangat buruk dan menjengkelkan lantas dia berhenti ketawa selepas melihat reaksi mereka yang bermasam muka.
![](https://img.wattpad.com/cover/160571936-288-k74497.jpg)
YOU ARE READING
Haru The Greatest Merchant
AdventureHaru seorang bekas Heroes, yang kini hanya seorang peniaga. Dia menjalani kehidupan seperti biasa bersama pekerjanya yang setia sehinggalah dia memberi pertolongan kepada rakan seperniagaannya. Segalanya berubah. ~berlatarkan dunia fantasy & magic ...