Episode 13

108 11 0
                                    

*Silent* Suasana sepi, tidak kedengaran sebarang bunyi mahupun pergerakan di dalam ruangan Boss Monster Level 50, kelihatan Haru sedang melutut sambil melihat sekeliling mencari sesuatu.

"..."

Dullahan dan Rose tiada di ruangan itu manakala terdapat beberapa items dan beg kecil yang mengandungi wang di atas lantai, hal ini bermakna Rose telah berjaya mengalahkan Boss Monster Level 50 dan itu adalah hasilnya.

Boss Monsters atau Normal Monsters yang telah ditewaskan akan mendapat ganjaran melalui sistem Dungeons mengikut tahap kesukaran.

Boss Monsters dicipta hanya untuk menentang adventurers yang mencerobohi kawasannya, bukan memakan tubuh mereka seperti Monsters jenis carnivore yang berada di luar ruangan itu.

Mereka yang telah terkorban akan berada di tempatnya lalu kewujudan mereka diabaikan oleh Boss Monsters kerana mereka bukan lagi ancaman baginya.

Haru bertanggapan bahwa Rose berkemungkinan tinggi dapat melarikan diri menuju ke ruangan yang lagi dalam dan mungkin pintu di bahagian sana terbuka tidak seperti pintu dimasukinya tadi. Di sebalik pintu tersebut terdapat laluan menuju ke level 51 dan seterusnya.

Haru percaya dan yakin bahwa gadis itu masih hidup kerana dia bukanlah seorang yang lemah.

Rose seorang yang hebat dan dia juga semakin kuat, mereka berdua berusaha dan berjuang bersama - sama tidak kira apa jua rintangan dan Haru menyaksikan peningkatannya,  dia adalah...

*Close eyes* "...." Haru menyedari fikirannya cuba menyedapkan hatinya, meskipun dia tidak menjumpai tubuh Rose tetapi disudut hatinya berasakan bahwa dia masih hidup.

"Rose... Mana awak...?"

*Intense Cold Waves*

*Startled* "!?" Tidak semena - mena muncul satu gelombang aura dari arah pintu keluar lantas Haru dapat mengesan dan mengenalinya.

*Intense Cold Waves*

Gelombang aura itu ditujukan ke arah Haru seolah - olah mencabar untuk menghampirinya.

*Straight Face* "Hm..." Wajah sedih Haru berubah tegang lalu renungan matanya menjadi tajam, kedua tangannya digengam dengan kuat kerana perasaan amarah, pemilik aura tersebut telah mencederakan seseorang yang sangat dikasihinya. "DU..LLA..HAN..!"

Tanpa membuang masa lagi, Haru menyarung rapier dan mengikat sebelah tangan Rose di belakang badannya lantas berlari menuju ke arah aura tersebut.

Dia menyalur sedikit mana ke tangan itu bagi mengelakkan ia rosak dan busuk. Anggota badan yang terputus boleh bertahan untuk beberapa hari sekiranya ia disalurkan mana.

A few hours later.

"..."

Kelihatan Dina sedang termenung menunggu kepulangan party membersnya di Safe Zone.

Haru menegaskan sekiranya mereka tidak kembali maka dia harus menanti kedatangan party lain dan memberitahu mereka akan 'Code Zero'.

Suasana sangat sunyi seperti berada di luar angkasa lantas fikirannya mula memikirkan perkara yang buruk.

Dia mula teringat akan kenangannya sewaktu berada di gereja, anak - anak kecil yang ditinggalkan ibu bapa dihantar kerana tiada tempat bergantung, para adventures yang kerap kali singgah untuk berdoa dan menderma tidak lagi berbuat demikian, beberapa kenalannya yang telah tamat pelajaran tidak lagi bertemunya, begitu juga dengan segelintir pengasuh.

Haru The Greatest MerchantWhere stories live. Discover now