Hari berganti hari, hingga hampir sebulan telah berlalu semenjak kali pertama Mawar celikkan mata dan terlupa tentang segala-galanya.Syukur, dia tidak terlupa sedikitpun apa-apa yang Raid beritahu dia sejak dari itu. Mawar mampu mengingati semua.
Nama dia, umurnya, beberapa perkara tentang Raid, semua dia boleh ingat tanpa sebarang masalah.
Cuma tentang masa lalu, memori dia benar-benar kosong. Pujian harus Mawar berikan kepada lelaki yang bernama Raid, kerana saban hari dia tanpa jemu dan culas menceritakan kepada dia perkara-perkara kecil mahupun besar yang telah terjadi dalam hidup mereka yang Mawar sendiri tak tahu.
Seperti sekarang.
"Dulu, masa dekat RAYA, sayang suka berkawan dengan Mak Bi. Setiap kali balik sekolah je sayang akan pergi dapur terus cari Mak Bi, tolong Mak Bi masak untuk makan malam. Orang lain semua makan dekat dewan makan, sayang sorang je Mak Bi bagi makan dekat dapur tempat masak sekali dengan acik-acik yang lain."
Raid bercerita sambil tenung sekeping gambar Mawar berdiri di sebelah wanita gempal yang umurnya sudah memasuki setengah abad, ceria tersenyum.
"Mak Bi?"
Raid angguk. "Yup, Mak Bi. Tukang masak utama dekat RAYA. The one that you really close with, dengan Umi pun Mawar tak rapat macam Mak Bi."
Mawar tunduk untuk melihat gambar di tangan Raid, tak lama untuk Raid pindahkan foto itu ke tangannya. Mawar bawa gambar lama itu lebih dekat dengan muka.
Benar kata Raid, dia nampak sangat ceria berdiri di sebelah wanita yang didakwa sebagai Mak Bi itu.
Raid hulurkan lagi beberapa keping gambar Mawar bersama Mak Bi, kebanyakannya semua di ruang yang nampak seperti dapur.
Raid tak tipu...
"Bila kita dah nak SPM, Mak Bi yang paling sedih. Sebulan sebelum kita keluar dari RAYA, hari-hari Mak Bi nangis bila jumpa Mawar sampai seminggu terakhir sebelum sayang fly, Mak Bi tak nak jumpa Mawar sebab dia sayang sangat nak lepaskan Mawar pergi."
Mawar tak ingat, tapi entah kenapa mata dia tiba-tiba jadi berkolam dengar apa yang Raid sampaikan.
"Really?"
Lambat-lambat Raid angguk. "Ya, you two so close and everyone know that. Mak Bi tak kahwin, dia tak ada anak. Lagipun, both of you entering RAYA at the same time."
Oh...
Mengertilah Mawar kini.
"Sekarang Mak Bi ada lagi ke dekat RAYA?"
Mawar pandang Raid yang duduk rapat di sebelahnya, bibir merahnya merekah dengan senyum, tapi tidak manis seperti selalu. Lambat-lambat dia geleng.
"Tak ada. Masa kita tengah belajar, Mak Bi meninggal. Breast cancer."
Mawar rasa kosong. Sedih itu walaupun tidak tahu puncanya dari mana, tapi mendengarkan perkhabaran itu tetap buatkan hatinya seperti diramas-ramas.
Hangat terasa di bahu bila tangan Raid dah melingkar elok memeluk dirinya dari tepi.
Tanpa sebarang kata, Raid memujuk dia hanya dengan bahasa badan. Tak tahu mungkin mahu memilih kata yang sesuai.
"Raid..." Hampir berbisik dia panggil suaminya.
"Ya, sayang?"
"Saya tak ingat, sumpah saya tak ingat langsung dekat Mak Bi." Mawar palingkan mukanya menghadap Raid, kebetulan wajah itu juga sudah ditalakan kepada dia.
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...