Bab 17

969 181 41
                                    


BAB 3 : RM (Manuskrip)

Mawar selak telekungnya naik ke atas bahu supaya tidak menyembunyikan tangan dia dari bebas bergerak sementara tunggu giliran untuk keluar dari surau.

Bagus betul penghuni rumah anak yatim ini, berdisiplin.

Nak keluar surau pun beratur, elok je tersusun. Bukan Mawar nak kata apalah, tapi dekat rumah anak yatim yang dia duduk sebelum ni, jangan kata beratur keluar surau, mereka solat ke tidak pun tak ada siapa kisah.

Haha.

Jadi, bila dia sampai di RAYA ni, jujur Mawar cakap, dia seperti terkena ejutan budaya, tapi kejutan yang positiflah.

Setakat tak sampai 24 jam Mawar tinggal di situ, pengalaman dia sangat menyenangkan. Seronok, selesa, tak rasa terpaksa macam rumah-rumah anak yatim sebelumnya.

"Mawar, nak pergi dewan makan tak?" Haha tanya sambil cuit lengan Mawar.

Sengih ditayang kepada Haha, baru dia geleng. "Erm, tak apalah. Aku nak balik bilik terus. Kau orang pergilah makan."

"Betul? Hari ni makan sedap tau?"

"Makan apa pagi ni?"

"Roti canai kuah dal. Sumpah aku cakap, roti canai Mak Bi paling sedap dekat Malaysia ni, rugi kalau kau tak makan." Haha sungguh-sungguh bercerita, tengoklah muka dia, sampai berkerut semata nak beritahu rasa roti canai itu dekat Mawar buatkan dia ketawa kecil.

Air liurnya ditelan dulu. Terliur, tapi...

"Alah, aku tak ada seliparlah nak pergi dewan makan. Segan, tak akan nak pergi berkaki ayam." Mawar akhirnya berterus-terang tentang mengapa dia tak mahu mengikut mereka makan.

Bukan Mawar tak lapar, lapar... tapi...

"Eh, selipar kau pergi mana?"

Mereka berdua dah keluar dari surau, yang lain semua dah beransur pergi dewan makan, tinggallah Mawar dan Haha saja di depan pintu.

Mawar muncungkan bibirnya dekat selipar dia yang tinggal sebelah di lantai, mahu tunjuk dekat Haha.

Pagi tadi, masa nak ke surau untuk solat subuh, macam-macam alasan Mawar bagi supaya mereka pergi dulu tanpa perlu tunggu dia.

Lepas nampak macam semua orang dah beredar, macam apa je dia terjengket-jengket memijak bumi.

"Selipar aku hilang sebelah malam tadi. Keluar-keluar je surau, tengok memang dah tinggal sebelah."

"Tak cari dalam longkang? Kadang-kadang orang tersepak, jatuh dalam longkang." Sambil bercakap, sambil Haha pergi menapak ke tepi longkang lalu dia jenguk ke dalam saluran air itu, kosong.

"Dah cari, tak ada. Tak tahulah bunian mana-"

"Oi! Bunian-bunian, jangan sebut!" Cepat-cepat Haha datang dekat Mawar dan tampar lengan dia perlahan dengan mata yang dah luas terbuka, sikit lagi nak terkeluar Mawar tengok.

Bibir Mawar rapat terkatup bilamana dia tengok reaksi Haha.

Oh.

"Sini ada 'dia' ke?" Mawar tanya sambil berbisik.

Haha angguk. "Ada, banyak. Belakang surau ni, orang cakap ada rumah 'dia'. Mulut kau jaga-jaga sikit tau."

Mawar telan air liur, kesat.

Mak ai. Siap ada rumah...

Nasib baik semalam Mawar tak caci maki hamba Allah tu lebih-lebih, kalau tidak jangan kata selipar, dengan Mawar sekali hilang kejap lagi.

Baru dia nak buka mulut dan tanya Haha dengan lebih lanjut, tiba-tiba satu suara menegur mereka berdua dari belakang buatkan Mawar dan Haha terperanjat.

Macam ribut mereka berdua berpaling, kemudian masing-masing terpaku tengok siapa yang berdiri depan mata.

"Eh, Raid... kenapa sampai ke sini?" Haha yang kononnya 'ganas' tu tiba-tiba bercakap dengan nada suara yang lembut.

Tengoklah bibir dia, bukan main lebar senyum, siap tersipu-sipu.

Mawar kemam bibir, tahan diri dari tersenyum walaupun dia rasa terhibur menyaksikan babak drama depan mata. Oh... patutlah semalam bukan main berapi marahkan rakan sebilik mereka yang lagi tiga tu, rupa-rupanya...

"Nak bagi ni." Raid hulur selipar Mawar yang hilang tak temu bayang sejak semalam.

Bulat mata Mawar tengok apa yang Raid sedang pegang, sesaat kemudian, lelaki itu sudah letakkan selipar jepun buruk Mawar itu atas lantai simen tepi surau, betul-betul tepi selipar yang lagi sebelah.

Lengkap dah, sepasang.

"Mana awak jumpa?" Mawar pandang muka Raid yang nampak sangat tenang di pagi-pagi hari macam ni.

"Saya jumpa dekat belakang sana, Zaki ambil. Ingat nak bagi malam tadi, saya datang-datang awak dah tak ada."

Lah... semalam dia pergi hilang tu sebab cari selipar Mawar ke?

Kenapa tak cakap? Tak pasal-pasal Mawar berdosa sebab dah menyumpah si Raid ni macam tak ada hari esok.

Aduhai... ni nak kena minta maaf ke macam mana?

Belum 24 jam lagi duduk sini, dosa Mawar dah berbakul-bakul. Ish!

"Er, terima kasih... Raid eh?"

Angguk. "Haah, Raid."

"Ha, terima kasih Raid."

"Sama-sama."

Habis bercakap terus Raid pusing ke belakang dan berjalan tinggalkan mereka berdua di depan pntu surau sendirian.

Mawar pandang Haha, Haha pandang Mawar.

Pap!

"Aduh!" Mawar mengaduh kesakitan bila lengannya ditampar Haha.

"Aku duduk dekat sini dah dekat 3 tahun, dah dekat berjuta dah selipar aku hilang si Zaki tak guna tu curi, sekali pun Raid tu tak pernah carikan untuk aku, apasal dia tiba-tiba baik hati dengan kau?!"

Mawar ketawa tengok Haha yang nampak bengang semacam.

Seliparnya disarungkan ke kaki. Ha, baru betul, lengkap sepasang!

"Mana aku tahu." Jawab dia selamba buatkan Haha menjulingkan matanya ke atas.

"Untunglah kau... Mawar."

Mawar sengih aje, mereka berdua dah berjalan menuju ke arah dewan makan. "Haha."

"Apa?"

"Kenapa Zaki tu ambil selipar aku?"

"Dia tu memang gila! Entah kemaruk apa tak tahu, kerjanya ambil selipar orang! Selipar aku ni, tak tahu dah berapa kali dah beli baru." Luah Haha penuh dengan rasa bengang.

"Dia buat apa dengan selipar-selipar tu?"

"Entah. Tak tahu je aku, kalau pergi dekat tempat dia tu, selonggok selipar dia kumpul. Entah dari zaman bila, agaknya selipar zaman Jepun pun ada dekat situ."

Kening Mawar dah berkerut hebat.

"Habis tu kau orang tak pergi report dekat Umi ke?"

Mawar nampak Haha cebirkan bibir dia, jelas dia jengkel dengan Zaki.

"Apa je Umi boleh buat dekat si Zaki tu? Umi pun sayang bukan main dekat dia. Geram je aku tengok."

Mawar diam sambil buat konklusi sendiri, kuat birokrasi di rumah anak yatim ini.



Entah genre apa pun saya tak tahu dah hahaha
macam melo balik je...

Red MawarWhere stories live. Discover now