Bab 6

1.5K 307 56
                                    


"MAWAR jangan buka pintu tau? Kalau ada orang ketuk ke, orang bagi salam, by all means, jangan buka. Bahaya sekarang ni, semalam Raid baca rumah dekat tingkat bawah kena rompak."

Raid beri pesan entah buat kali yang keberapa pun dia tidak tahu.

Setiap hari, sebelum dia keluar rumah untuk pergi bekerja dia akan titip pesan begitu. Tanpa jemu.

Mawar anggukkan kepalanya ringkas. "Okey."

Raid yang dah siap berpakaian pejabat itu dia lihat dari duduknya di birai katil. Kacak... bergaya.
Kemas dia mengenakan baju kemeja tanpa tali leher, lengan itu sengaja dilipat hingga bawah sedikit dari siku.

Suka benar Mawar melihat Raid bersiap untuk kerja setiap pagi.

Raid kata dia bekerja sebagai pegawai farmasi di hospital, Mawar pula dulu sebelum hilang ingatan, adalah seorang pereka dalaman.

"Mawar ada nak kirim apa-apa? Nanti sebelum balik Raid belikan."

Mata Mawar terjuling ke atas dengan sendiri, cuba-cuba fikir apa yang dia mahu. "Erm... tak ada apa-apa."

"Betul?"

Angguk.

"Betul."

"Okey, nanti kalau Mawar rasa nak apa-apa, Mawar telefon je Raid okey?"

Lagi Mawar mengangguk tanda dia faham. Raid ada belikan dia telefon baru, katanya telefon Mawar yang lama dah hilang semasa dia diculik dulu.

Melalui peranti pintar itulah Raid menghubungi dia dari tempat kerja.

Tapi setakat ini, Mawar tak pernah lagi guna untuk berkomunikasi dengan suaminya.

"Sayang dah makan ubat?"

"Dah."

Lelaki itu nampak seperti puas hati bila dia sudah menelan ubat-ubatan yang dibekalkan pihak hospital.

"Raid pergi kerja dulu. See you soon, sayang."

Lelaki itu sudah tunduk untuk mengucup ubun-ubunnya sebelum dia bergegas keluar dari kamar tidur mereka meninggalkan Mawar bersendirian bersila di atas katil.

Rumah sudah kosong, sepi untuk tempoh sekurang-kurangnya sepuluh jam dari sekarang sehingga Raid pulang dari kerja.

Mawar pandang sekeliling rumah, cuba-cuba mencari aktiviti untuk dibuat.

Nak keluar, Raid tak bagi, risau katanya Mawar masih belum sepenuhnya sihat. Nak masak, pun Raid tak bagi. Pagi-pagi dia sudah masakkan Mawar lauk-pauk. Mawar tinggal hangatkan saja dalam ketuhar gelombang mikro.

Nak tengok TV?

Naik jelak dah Mawar tengok skrin besar itu. Jemu.

Mudahnya dia bangun dari katil, kemudian Mawar pergi ke ruang tamu. Dia pandang beberapa bingkai gambar yang tergantung di dinding sepanjang menuruni tangga ke tingkat bawah.

Ada beberapa gambar dia dan Raid.

Apa yang Mawar boleh kata, rumah ini penuh dengan memori-memori mereka bersama. Namakan sahaja, dari usia 9 tahun, meningkat remaja, sekolah menengah, hari sukan, tilawah quran sampai ke alam dewasa, di mana-mana ada gambar mereka.

Kaki dia berhenti di bingkai gambar yang menempatkan foto dia dan Raid sedang berdiri sebelah-menyebelah, masing-maasing lebar sungguh tersenyum dan berpakaian seperti baju raya.

Dalam banyak-banyak gambar, ini antara gambar yang terbaru menurut Mawar jika hendak dibandingkan dengan yang lain.

Mawar tersenyum sendiri melihat gambar itu, teringat cerita yang Raid beritahu dia beberapa hari sebelumnya.

Red MawarWhere stories live. Discover now