BEHAVIOURAL characteristic of psychopath-making decision on the spurs of the moment with little regards to the consequence if an immediate goal is to be achieved
-the emotional manipulation of others, for example pretending to be interested in someone simply to achieve a goalMawar baca nota yang dia tulis atas kertas itu berulang-ulang kali sambil sebelah tangan dia pintal rambutnya yang terjuntai di tepi pelipis.
Apa ya...
Yang dia boleh tulis menggunakan maklumat yang sejemput ini?
Adengan apa yang boleh dicipta daripada dua baris info itu?
"Romance..." Mawar bulatkan perkataan yang dia dah tulis sejak dua jam yang lalu.
Romance... psycho... romance...
Mawar pejamkan mata dia sambil mengeluh. Dia letak kepala atas meja. Putus asa bila satu idea pun tidak menjengah dalam kepala.
Tapi tak sampai beberapa saat pun, tiba-tiba kepala dia dah tercacak semula, tegak duduk dengan mata yang dah terbeliak luas.
Mawar tekup mulut dia yang dah mula melebar dengan senyuman.
"Mawar! Genius!"
Papan kekunci yang berada jauh di hujung meja itu Mawar ambil dan letak betul-betul depan dia, kemudian dia ambil tabletnya yang sekian lama dibiarkan gelap dan buka.
Mawar buka aplikasi Words.
Fonts, Arial.
Size, 12.
Allignment, justify.
Spacing, 1.5.Dia tersenyum simpul sambil laraskan format untuk fail bab baharu.
Mawar taip sesuatu di barisan pertama.
"Bab 6: RM (Manuskrip)."
Tap!
Enter.
***
BAB 6: RM (Manuskrip)
"Hai Mawar!"
Mawar jadi pegun bila dia lihat satu sosok tubuh itu sedang berdiri elok di luar surau sambil melambai-lambai ke arah dia.
Tak perlu lihat ke sekeliling untuk dia menebak reaksi orang di tepi-tepinya. Dengar sahaja suara mereka yang sudah seperti langau bercakap sama-sama sendiri sekarang pun Mawar dah tahu.
Merah muka dia menahan malu. Raid buat apa depan surau ni?!
Perlu ke tegur-tegur Mawar depan semua orang macam tu?
Ish!
Deras-deras dia keluar dari situ dan cari seliparnya. Punyalah Mawar segan, sampai rasa nak aje dia terjun dalam longkang dan bersembunyi di situ.
"Mawar-"
Tak sempat Raid nak bercakap pun, Mawar terus berlalu dari situ. Urgh!
***
"OKEY, dah sampai!"
Sebaik van yang dipandu Pak Wan berhenti, Mawar terus sangkut beg sekolah ke bahu. Meluru dia ke depan untuk keluar.
"Mawar, tunggu!" Suara Raid lantang menyeru namanya buatkan Mawar makin mahu melajukan langkah dia.
Sebaik jejak sahaja kakinya ke tanah, macam lipas kudung Mawar berjalan, langsung tak toleh-toleh ke belakang walaupun suara Raid kuat memanggil nama dia.
"Mawar, tunggulah Raid!"
Tunggu Raid? Heh! Tak kuasa!
Tak cukup lagi ke Raid kucar-kacirkan hidup dia sejak dua menjak ni?
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...