MAWAR pandang ke sekeliling, gelap. Langsung tidak ada cahaya buatkan dadanya terasa sempit, seolah dihimpit sesuatu.Tangan yang terkulai di atas peha dia ramas-ramas sekuat mungkin sebagai cara untuk hilangkan debar di dada.
Tempat ini lagi, tempat yang paling dia benci.
"Mawar..."
Sayup-sayup Mawar dengar namanya dipanggil, berbisik di tepi telinga buatkan bahunya terhenjut sendiri hingga dia terjatuh ke tepi, badan sudah separa terbaring di atas lantai yang sejuk.
Mawar toleh kiri dan kanannya, kosong.
Yang terlihat di mata dia kini cuma gelap, hitam pekat.
Jantung dia dah berdegup kencang.
"Mawar..."
Suara itu berbisik lagi buatkan Mawar menekup telinga dengan kedua tangan dia. Air mata mula bertali arus di pipi, matanya dipejamkan rapat dengan muka yang terbenam di lutut yang sudah merapat terlipat ke badan.
"Pergi... jangan kacau aku. Aku benci kau, aku benci kau." Kata dia dalam esak dan suara yang terketar-ketar.
"You hate me?"
Badannya pegun bila terasa hembusan nafas mengena pipinya seiring dengan bisikan halus itu.
Sesaat kemudian, Mawar rasa pipinya diusap perlahan dengan satu jari buatkan tangisan dia jadi terhenti serta-merta.
"Really? You hate... me?"
Kini pipinya sudah dicengkam sepenuhnya oleh tangan itu buatkan air mata yang tersejat sebentar kini sudah bertali arus semula.
Bibir Mawar terketar-ketar kerana ketakutan, matanya dipejam rapat.
"Kau nak apa? Lepaskanlah aku." Dalam gentar dia cuba merayu dengan suara yang terputus-putus.
"Apa aku nak...? Mawar tanya apa aku... nak?"
Perlahan-lahan, tangan itu melepaskan pipinya. Deras-deras Mawar mengesot ke belakang hingga badan dia bertemu dinding.
Tak nampak dengan mata, tapi dia dengar bunyi tapak kaki yang menapak pergi ke tepinya.
Tak lama untuk dia rasa ada hembusan nafas terhela di tepi telinga.
"Aku nak... Mawar? Boleh?"
Buntang mata Mawar yang mendengar, terus dia tolak badan itu hingga kedengaran bunyi seperti orang terjatuh lalu Mawar mengesot pula ke tepi.
Telinganya menangkap bunyi orang ketawa, mula-mula perlahan kemudian bertukar kuat.
Entah apa yang menggeletek hatinya, seronok mungkin dia lihat Mawar ketakutan begini.
"Mawar... Mawar..."
Mawar dengar bunyi seperti orang sedang bangun dari duduk, kemudian bunyi seluar ditepuk untuk membuang habuk. Dia berjalan pergi ke pintu lalu diselak membuatkan Mawar menyimpan muka disebalik telapak tangan akibat cahaya yang tiba-tiba datang.
Silau!
"Dia tak akan datang. Your beloved husband will never have you, again. Now you are mine, rose."
Tak sempat dia nak melihat, pintu sudah tertutup rapat meninggalkan Mawar dan gelap sebagai teman.
Setitis air mata jatuh.
Lagi dan lagi hingga pipi sudah dihujani dengan mutiara jernih itu.
Esakannya mula kedengaran bergema di sekeliling bilik kurungan dia.
"Red!!"
***Mawar bangun dari tidurnya sambil memegang dada yang sudah berombak kuat sambil cuba membetulkan nafas.
Dia toleh ke sekeliling, terang.
Tidak gelap seperti dalam mimpinya.
Mawar tidak berada dalam bilik itu, sebaliknya bilik tidur yang dia kongsi bersama dengan Raid.
Dia tilik jam digital kecil di tepi meja, baru pukul 4 petang. Masih berbaki kira-kira satu jam setengah sebelum Raid pulang dari kerja.
Mawar raup mukanya yang sudah basah diselaputi dengan peluh. Dia cuba menghirup udara untuk stabilkan pernafaasan dia yang tidak sekata.
Mimpi itu...
Mimpi itu datang lagi.
Masuk kali ini, sudah beberapa kali dia mengalami mimpi yang sama. Dalam bilik gelap, bersendirian, kemudian ada lelaki yang Mawar tak tahu siapa akan berbisik di tepi telinga dia.
Sumpah menakutkan.
Mawar capai botol air di tepi katil lalu dia teguk air itu rakus. Bibirnya kering, tekaknya kering, seolah dikejar-kejar sesuatu.
Bila sudah minum, Mawar letak botol air ke tempatnya semula kemudian dia pergi ke cermin besar di dalam bilik air.
Mukanya di dalam cermin dia tenung dalam-dalam.
Wajahnya sudah sedikit berbeza dengan kali pertama dia lihat sejak dia bangun dahulu.
Tidak cengkung, sebaliknya makin berisi.
Lengannya juga sudah tidak terlalu jelas menampakkan tulang.
Dia raut rambut yang sedikit terjuntai di dahi pergi ke belakang, kemudian dia rapatkan mukanya dengan cermin.
Mawar lihat matanya sendiri dalam-dalam.
Ada apa dengan mimpi itu? Kalau sekali, mungkin ianya satu kebetulan. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi masuk tadi sudah empat kali dia dapat mimpi yang sama.
Cuma Mawar je yang tidak bercerita dengan Raid, sebab dia fikir itu cuma mimpi biasa, mainan lena.
Tapi sampai sekerap ini... Mawar tak rasa ianya adalah sesuatu yang normal lagi.
Adakah mimpi itu ada kena mengena dengan apa yang Raid ceritakan dulu? Tentang dia diculik?
Dia? Dia yang culik Mawar?
Mimpi-mimpi yang dia dapat itu adalah cebisan memorinya yang hilang?
Mawar jatuhkan tangannya ke sisi peha, kemudian naik semula memaut gigi singki lalu dia sandarkan badannya ke depan.
Matanya lurus memandang ke arah berus gigi dia yang elok tersusun dalam cawan di sudut singki.
Merah. Berus gigi itu berwarna merah.
"Red!!"
Terngiang-ngiang suara dia menjerit di dalam mimpi.
Merah... red... merah... red?
Snap!
Mawar angkat mukanya, lalu dia tenung matanya di dalam cermin, dalam-dalam.
Red?
red who? hoho
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...