"MAWAR!"Mawar terkejut bila bahunya disentuh seseorang hingga dia dengan sendiri jadi terbangun dari duduk.
DI hadapannya kini, ada seorang wanita yang Mawar percaya umurnya dalam lingkungan awal 30-an.
Tapi Mawar tak kenal.
"Ya Allah! Memang betul Mawar!" Mata wanita itu sudah bulat apabila dia dapat melihat muka Mawar dengan jelas.
Kakinya dengan sendiri mengundur selangkah ke belakang bila wanita itu seperti ada ura-ura untuk mendekati dia. "Awak siapa?"
"Mawar, ni akaklah. Mawar tak kenal ke?"
Lambat-lambat Mawar gelengkan kepala dia. Wanita ini kenal dia?
Mawar nampak wanita itu seperti terkejut tengok Mawar menggeleng. Lihatlah tangan itu sudah menekup mulut.
"Awak siapa?"
"Kak Anne."
"Kita kenal?"
Laju-laju wanita yang mendakwa dirinya sebagai Kak Anne itu mengangguk. "Lebih dari kenal. Takkan Mawar tak ingat? Macam mana Mawar boleh ada dekat sini? Red tahu?"
Sekarang giliran Mawar untuk membulatkan mata.
"Awak sebut apa tadi? Red?"
Mereka silih berganti bertukar reaksi terkejut. "Mawar tak kenal Red?"
Bibir Mawar dah kering, mata dia dah terasa berpinar. Kakinya yang tadi teguh terpasak di bumi kini mula terasa lemah hingga dia jadi terhuyung-hayang.
"Red..."
"Red!!"
"My red rose."
"I'm red and you are rose. You are mine and I am yours."Mawar pejamkan mata sambil pekup telinga. Dia tak tahu dari mana punca suara itu datang, tapi dalam kepala dia sekarang sedang bergema dengan bisikan-bisikan itu.
"Mawar! Mawar!"
Mawar tak sedar apa yang berlaku, yang dia tahu badannya seperti dipaut seseorang sebelum dia ditarik pergi dari kawasan itu dengan mata yang terpejam cuba melawan suara asing dalam kepalanya.
Siapa dan ke mana, Mawar tak tahu.
***"Sayang, sayang! Are you okay?"
Mawar buka mata perlahan-lahan, tangan yang menekap telinga dia jatuhkan ke riba. Suara itu sudah hilang.
Dia bukan lagi berada di bangku di tepi kolam dan taman permainan, sebaliknya di atas sofa di rumah. Raid sudahpun duduk melutut di depan dia dengan muka yang kerisauan.
"Raid?"
"Ya Mawar, Raid ni. Mawar okey?"
"Macam mana Raid boleh ada dekat sini?"
"Tu tak penting, yang Raid nak tahu, Mawar okey ke tak? Sakit dekat mana-mana? Dia ada buat apa-apa dekat Mawar?"
Geleng.
"Tak, saya okey. Tak luka, tak ada apa-apa."
"Betul?"
"Betul."
Daripada melutut, kini Raid dah terduduk di atas lantai sambil meraup muka. Bahu itu jatuh.
"Thanks god... Mawar, jangan buat macam tu lagi, please? I swear you make my heart skip a beat."
Daripada risau kini muka Raid sudah bertukar serius. Tajam mata itu pandang Mawar sambil bercakap dengan suara yang tertahan-tahan.
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...