Bab 12

1.7K 286 152
                                    


"MAWAR! Bangun, bangun!"

Mawar terasa ada goncangan di bahunya seiring dengan suara yang memanggil-manggil buatkan dia terjaga.

Terpisat-pisat dia celikkan mata, berkerut muka bila mata bertemu dengan cahaya.

Kepala yang tadinya dia labuhkan ke tempat meletak tangan sofa dia angkat dan duduk tegak.

Mawar cepat-cepat lap muka yang separuh kebas tapi terhenti di tepi bibir bila dia rasa lembab di situ. Tangannya dia lihat, melekit, kemudian Mawar tengok atas kayu peletak tangan, ada cecair jernih terkumpul di situ.

"Ee, jijik betullah dia ni! Tidur sampai meleleh air liur, tak senonoh!"

Mawar pandang ke depan, ada dua orang lelaki sedang memandang dia. Seorang berdiri betul-betul tepi Mawar, seorang lagi bercekak pinggang tengok dia dengan muka yang dah berkerut, jelas geli dengan apa yang dia nampak.

Baru Mawar nak lap mulut dengan kolar baju, cepat-cepat tangannya ditahan. Lelaki yang berdiri di tepi Mawar itu hulurkan kotak tisu, menyuruh Mawar bersihkan sisa-sisa air liur basinya guna itu.

Tersenyum kambing Mawar jadinya, lambat-lambat dia ambil. "Thanks, Raid."

"Sama-sama, Mawar."

Mawar cepat-cepat lap mulut dia, kemudian dia ambil lagi beberapa helai tisu dari kotak dan sental tempat yang terkena air liurnya.

"Lepas cuci dengan tisu, lap dengan sanitizer. Berkuman kerusi aku." Si lelaki yang tadinya bercekak pinggang kini sudah turunkan tangannya ke sisi peha, tapi masih garang mata itu melihat dia bekerja.

Mawar jeling dia sekilas sambil tangan tetap bergerak mencuci kotoran yang berpunca dari dia. "Bisinglah, Red."

"Eh, ada juga aku halau bini kau ni kejap lagi, Raid."

Kata-kata dari Red itu berjaya buatkan Raid ketawa lepas. Mawar julingkan matanya ke atas. Selesai mencuci, Mawar letak kotak tisu ke tepi, kemudian dia bangkit dari sofa satu kerusi itu dan pergi ke dapur membawa tisu kotor yang dah digunakan.

"Sekarang jam pukul berapa?" Mawar laung dari dapur, bertanya sambil cuci tangan di singki.

"Dua setengah." Maawar dengar suara Raid menjawab.

Bulat mata Mawar. Dua setengah petang? Tadi rasanya sebelum dia pejam mata, baru pukul satu petang.

Lama juga dia terlelap. Solat zuhur pun Mawar belum tunaikan lagi ni. Dia tarik tisu dapur lalu lap tangannya kemudian pergi ke ruang tamu semula. "Kau orang dah solat?"

"Dahlah, dah pukul berapa ni, siap boleh tunggu asar sekali ni ha." Jawab Red dengan sarkastiknya buatkan Mawar jeling abangnya geram.

Perhatian Mawar teralih kepada Raid yang sedang ketawa dengan canda Red. Geram pula dia jadinya.

"Apa yang kelakar sangat tu, Raid?"

Raid makin galak ketawa sambil menggeleng-geleng buatkan Mawar rasa nak dicubit-cubit sahaja lelaki itu.

"Mawar pergilah solat dulu. Dah lewat ni." Kata Raid sejurus tawanya reda. Mawar tak membantah, memang dia nak pergi solat pun, tapi matanya tertancap dekat Red yang sedang baring atas sofa tiga kerusi sambil menatal telefon pintar dia.

Tiba-tiba Mawar teringat sesuatu. "Dah siap baca dah ke?"

Raid angguk. "Dah."

"Red?"

"Dah..."

"Okey--" Kata-kata Mawar diputuskan oleh Raid.

"Pergi solat dulu, nanti lepas Mawar solat kita bincang."

Red MawarWhere stories live. Discover now