Bab 19

985 198 55
                                    


BAB 5: RM (Manuskrip)

"Okey, kita dah sampai." Kata Pak Wan si pemandu van yang menghantar mereka semua ke sekolah sebaik van yang dipandunya berhenti betul-betul depan pagar.

Mawar biarkan orang lain turun dahulu, sebab kaki dia bukan elok sangat lagi. Bengkak dah surut, tapi sakit masih bersisa.

Boleh jalan macam biasa, tidak perlu terhencot lagi dah selepas diurut Mak Bi semalam, cuma masih belum sembuh sepenuhnya.

Sakit-sakit tu masih ada.

"Terima kasih, Pak Wan." Ucap satu suara yang menarik perhatian Mawar.

Dia pandang sahaja tubuh badan Raid yang selamba turun dari van sekolah itu, langsung tak menoleh ke belakang buatkan Mawar mengetap bibir.

Semalam, Umi bawa Mawar pergi Pejabat Pelajaran Daerah, daftarkan Mawar sekolah. Cuba teka, berita malang apa yang Mawar dapat?

Dia dan Raid akan berjumpa dengan lebih kerap lagi selepas ini.

Kerana apa?

Kerana mereka berdua sekelas. Ya, dalam banyak-banyak kelas yang ada dekat sekolah itu, tak tahulah malang apa, kelas yang ada si Raid tu juga Mawar tercampak.

Cuma mereka berdua, di kelas yang pertama.

Murung Mawar jadinya satu hari. Tapi lain pula reaksi sahabat dia yang berempat itu, rasa nak lebam lengan dia ni kena tampar semalam sebab mereka cemburu dengan Mawar.

Urgh!

Dia orang ni tak tahu ke perangai Raid tu pelik? Tolonglah...

Mawar jalan perlahan-lahan, bertatih dia masuk dalam kawasan sekolah itu buat pertama kalinya.

Dia nampak kelibat Raid dah jauh berjalan ke depan, sikit pun tak tunggu Mawar. Baru dia nak panggil, Raid dah berhenti berjalan, kemudian kepalanya ditelengkan sedikit seperti melihat kebelakang.

Sumpah demi Allah, mata mereka bertemu. Tak lama pun, Raid dah pandang depan semula dan sambung perjalanan dia pergi ke kelas meninggalkan Mawar di belakang.

Mengenangkan hal itu sahaja buatkan Mawar mengetap bibir, geram.

Tengok?

Raid bukan tak tahu, hari ini adalah hari pertama Mawar di sekolah baru, sekelas lagi. Tak boleh ke dia tunggu kejap?

Bawa Mawar, tunjuk sampai ke depan bilik kelas?

Ini tak, menonong aje. Urgh!

Berkerut dahi Mawar bila kakinya terasa sakit akibat berjalan laju cuba mengejar jejak bayang Raid. Sesaat kemudian, dia berhenti. Ah, sudahlah!

Mawar tahan salah seorang pelajar yang lalu tepi dia. "Erm, hai awak. Tumpang tanya boleh? Kelas 4 Merkuri dekat mana?"

Mawar pandang mana tangan si pelajar itu menghala, dia hadam baik-baik segala arahan yang diberikan.

"Jalan lurus, lepas tu pusing kiri, jumpa tangga, naik setingkat." Mawar ulang petunjuk arah supaya dia tidak lupa sambil berjalan.

Okey... Mawar jumpa tangga.

Dia panjat perlahan-lahan. Naik satu anak tangga, dia berhenti. Begitulah seterusnya sampai Mawar berjaya daki ke tingkat satu. Tak perlu jauh mencari, kelas 4 Merkuri itu letaknya betul-betul tepi tangga.

Baru Mawar nak masuk kelas, tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang buatkan Mawar berpaling.

"Oi!"

Mawar senyum bila nampak Tim dan Dodi berdiri di depan dia, masing-masing dengan beg sekolah masih di bahu.

"Oi. Baru sampai?"

Red MawarWhere stories live. Discover now