MAWAR pandang kosong skrin tabletnya yang masih kosong dan bersih dari sebarang contengan.Lama, dia berbuat begitu. Rasanya kalau hendak dihitung waktu, mungkin sudah hampir satu jam dia duduk di meja makan ini tidak lakukan apa-apa.
Hanya sekadar merenung skrin dengan memegang pen digital, termenung.
"Sayang... dah dapat idea?"
Mawar toleh ke kiri malas-malas pandang Raid yang tengah duduk bersila di atas lantai sambil mengadap komputer ribanya yang dia letak atas meja kopi kecil di bahagian ruang tamu.
Terus berubah keruh muka Mawar bila Raid tanya macam tu. Bibirnya dah tercebir hebat, dengan kening yang jatuh tanda dia sedang berduka.
"Belum... dari tadi Mawar berangan, tak dapat apa-apa..." Mawar merengek kecil, rambutnya yang dah sedia kusut itu dia serakkan lagi.
Sumpah Mawar serabut, dari semalam, sejak pulang dari rumah Red, otak dia tak berhenti berfikir tentang jalan cerita. Red suruh Mawar fikir-fikirkan jalan cerita baru, nanti lagi dua hari, mereka akan berjumpa dan berbincang.
Tapi...
Isy. Otak Mawar beku!
Balik-balik jalan cerita yang sama, klise!
Kalau cerita dekat Red, buat kena jelir lidah aje dek abang dia tu.
Dengan ekor matanya, Mawar nampak Raid sedang tersenyum simpul walapun mata itu tidak memandang dia.
Itu, mesti tengah terhibur tengok Mawar tengah serabut. Raid kata, kalau dia dah duduk serumah dengan Mawar, Raid dah tak perlukan TV, sebab ada Mawar sahaja dia sudah terhibur.
Mawar itu adalah hiburan untuk Raid... katanya.
Tapi memang betul pun, sampai ke sudah rumah mereka tak ada TV, dan Raid pun sampai ke sudah tengok Mawar dan ketawa tak henti-henti.
Bengang aje Mawar rasa kadang-kadang tu.
Contohnya seperti sekarang.
"Raid... tolonglah Mawar..." Mawar separa merayu dari atas kerusi meja makan.
Raid masih dengan senyumnya menaip sesuatu menggunakan komputer riba dia, bila siap baru dia pandang Mawar. "Nak tolong apa? Meh cakap, kalau Raid boleh tolong, Raid tolong."
"Tolong fikir story line. Dari semalam Mawar cuba fikir, tak dapat."
Raid pula yang termenung sambil pandang siling sementara Mawar, tenung Raid. Setia menanti.
"Sayang-"
"Ha, dah dapat?!" Tegak badan Mawar dengan mata yang dah segar.
"Tak pun. Raid tak boleh fikirlah."
Jatuh semula bahu Mawar, muka dah kendur semula. Cis!
Dia jeling Raid yang dah tergelak-gelak sebelum dia pusing semula badan hadap tablet. Bagi harapan palsu betul!
***
"So, shall we start our brainstorming session now?" Red dah datang ke dalam bilik kerjanya sambil membawa satu buku nota baru yang belum digunakan lagi bersama sebatang pen lalu dia letakkan atas meja bulat kecil yang terletak di tengah-tengah bilik.
Kerusi ditarik sedikit, baru dia labuhkan duduknya di situ, menghadap Mawar.
"Jom, jom." Mawar buka tablet dia, sedia untuk bekerja.
"Kau ada jalan cerita baru ke?" Red bertanya bila dia tengok Mawar yang nampak berkeyakinan semacam.
Yang pertama-tama Mawar buat, adalah mengukir senyum... yang sangat lebar dekat abang dia.
YOU ARE READING
Red Mawar
RomanceBangun-bangun sahaja Mawar, ada seorang lelaki di hadapannya. "Sayang dah bangun?" "Awak siapa?" "Sayang tak ingat saya?" "Awak siapa?!" "Raid. Saya Raid. Suami awak." Ya, dia tiada memori tentang lelaki itu. Hilang, langsung terbang dibawa angin...