Bab 23

957 170 19
                                    

BAB 7: RM (Manuskrip)

"Mawar, nanti jangan lupa tau, pulangkan kunci ni dekat Umi."

"Ya... aku nak pinjam bilik ni kejap je. Dah siap kerja nanti aku terus pulang semula kunci dekat Umi, jangan risau." Mawar tepuk bahu Dodi dalam usahanya untuk meyakinkan dia yang Mawar akan jaga kunci bilik TV itu baik-baik.

"Okey. Aku naik bilik dulu." Dodi dah pun beransur pergi ke pintu meninggalkan Mawar bersendirian di situ.

"Okey, bye Dodi."

"Bye."

Mawar tunduk bila kelibat Dodi sudah hilang dari pandangan. Dia capai mesin kira-kira dan pensel tekan.

Masa untuk siapkan latihan Matematik Tambahan!

Mawar boleh sahaja buat kerja sekolah dalam bilik, tapi dia tak suka. Sebab bising, macam-macam bunyi ada.

Baru nak fokus, tiba-tiba ada orang mengilai ketawa, itu belum kes berborak sampai sebatu dengar. Tak apalah... Mawar lagi rela duduk dekat bilik TV ini sorang-sorang.

Hujung batang pensel dia lalukan atas bibir, sambil berfikir solusi kepada masalah fungsi yang sedang cuba diselesaikan.

"Macam mana nak buat reverse function ni?" Kening dia dah berkerut bila tak jumpa jalan penyelesaian.

Penat fikir, Mawar tinggalkan dulu soalan itu kemudian pergi ke soalan seterusnya, pun soalan jenis sama. Tapi dia boleh jawab, hanya sebaris.

Lepas tu, dah tak tahu nak buat apa.

Mawar selak helaian kertas soalan yang lain-lain, soalan semua lebih kurang. Lah...

Macam mana ni? Siapa Mawar nak tanya?

Dekat dalam RAYA ni, yang ambil subjek matematik tambahan itu cuma Mawar dan... Raid.

Patut ke Mawar tanya dia cara nak selesaikan soalan itu? Ah, tak mahulah Mawar!

Tak pasal-pasal Raid tu buat perangai nanti. Mawar nekad untuk cuba selesaikan sendiri, tapi semangatnya tidak membantu dia untuk keluar dari jalan buntu.

"Ah, malaslah aku buat. Tidur lagi bagus." Mawar campak pensel tekannya atas buku latihan kemudian dia tolak ke tepi.

Kedua tangan dia silangkan atas meja kecil di bilik TV itu, baru dia letak kepala. Mawar nak tidur!

Nanti-nantilah dia siapkan kerja sekolah ni.

***

Mawar terjaga dari lena bila telinganya seperti menangkap bunyi papan kekunci ditekan betul-betul tepi telinga dia.

Perlahan-lahan dia angkat muka dengan mata yang mengecil. Mawar masih di bilik TV, tapi tidak bersendirian sebaliknya ditemani seseorang.

Terus segar mata dia, hilang terus kantuk yang kononnya bersisa tadi.

"Apa awak buat dekat sini?!" Keras dia bertanya dekat sang remaja lelaki yang nampaknya sangat santai duduk di meja yang sama dengan Mawar, cuma sisi sahaja yang berbeza.

Raid angkat mukanya sedikit dari terus tunduk mengira, kemudian dia senyum segaris. "Buat kerja sekolah, macam Mawar."

"Kenapa awak buat dekat sini?" Mawar tak puas hati, macam mana Raid tiba-tiba boleh ada dekat sini pula?

Ish!

"Raid memang selalu guna bilik ni untuk buat kerja sekolah. Tadi Raid minta kunci dekat Umi, Umi kata Mawar dah bukakan."

Tenang Raid jawab soalan Mawar, buatkan rasa bengang Mawar mengendur berganti dengan rasa segan.

Oh.

Red MawarWhere stories live. Discover now