Bab 18

1K 173 15
                                    


BAB 4: RM (Manuskrip)

"Okey, ini semua Mawar punya." Umi tunjuk satu kotak sederhana besar  yang tersadai di sudut bilik pejabatnya dekat Mawar.

"Semua ni, Mawar punya?" Mawar tanya dengan nada yang tidak percaya.

"Iya... ni semua untuk Mawar. Mawar boleh bawa balik ke bilik, nanti Isnin, Umi hantar Mawar ke PPD, kita daftarkan sekolah baru untuk Mawar. Sama maca kawan-kawan Mawar dekat bilik, mana tahu rezeki Mawar dapat sekelas dengan dia orang."

Kata Umi lagi sambil tersenyum manis.

Mawar pergi duduk di tepi kotak kemudian dia buka penutupnya menyerlahkan isi dalam yang penuh dengan segala macam peralatan sekolah, siap dengan buku-buku teks pelajaran tingkatan empat.

"Terima kasih, Umi." Ucap Mawar penuh ikhlas, sungguh dia terharu.

Umi datang dekat dan usap kepala bahu Mawar, persis ibu-ibu.

"Sama-sama. Doakan Umi murah rezeki, supaya dapat jaga kau orang semua baik-baik, ya?"

Oh air mata Mawar, secara tiba-tiba jadi bergenang dengan sendiri. Masih ada manusia sebaik Umi di dunia ini.

***

MAWAR rendahkan sedikit kotak ke bawah supaya dia dapat melihat jalan di hadapan. Kosong, tak ada orang.

Mukanya dah berkerut seribu menahan rasa sengal dan kebas di tangan apabila harus bawa kotak pemberian Umi ke bilik asramanya.

Terharu tu terharu, tapi berat dia... alahai.

Untuk seminit yang pertama, Mawar rasa biasa-biasa sahaja, tidaklah berat mana, tapi bila dah masuk minit-minit seterusnya, tangan dia tu rasa nak tercabut je.

Sudahlah jarak antara pejabat Umi dengan bangunan asrama tu boleh kata jauh juga. Tidaklah jauh itu terasa kalau berlenggang kangkung, tapi sebab bawa kotak berat kan...

Dengan nak panjat tangga, lalu sana sini.

Ish!

Mawar tak tahan, bila sampai dekat depan surau, dia mahu letakkan sekejap kotak atas lantai simen, nak ambil tenaga, tapi tak tahulah mana silapnya, agaknya terlalu kuat dia hempas, kotak tiba-tiba pecah dan terburai menyebabkan segala isinya berterabur.

Dia kehilangan kata tengok barang-barang sekolahnya dah terkulai di atas lantai. Mawar terduduk di tepi kotak, sambil merengek sendiri.

Bengang dengan diri sendiri, dia lemparkan selipar yang tersarung di kakinya hingga terpelanting jauh dan berguling masuk tepat ke dalam longkang besar dan dalam di tepi surau.

Macam kena renjat eletrik, muka dia jadi ketat. Berlari Mawar pergi dekat longkang, kepalanya dijengukkan ke dalam. Selipar dia ada, tapi di dasar longkang sana.

Ya Allah! Apa malang sangat hidup dia ni?!

Aduhai!

Lepas satu... satu masalah datang. Mawar garu kepalanya yang bersarung dengan tudung sarung itu sambil fikir, apa yang patut dia buat untuk selamatkan seliparnya yang ternyata sangat malang itu.

Tapi kejap, Mawar patah semula pergi depan surau. Dia kutip segala macam barang dia dan susun dalam kotak yang masih boleh digunakan, lalu Mawar tolak pergi menyandar ke tepi dinding.

Tak mahu barang-barangnya menghalang jalan orang walaupun tengah hari macam ni, para penghuni semua sedang enak tidur di katil masing-masing.

Selesai berkemas, dia kembali semula ke tepi longkang.

Red MawarWhere stories live. Discover now